Mak suka buat kek. Antaranya Japanese Cotton Cheesecake ini yang merupakan kek kegemaran anak-anak. Nampak macam payah nak adun tapi sebenarnya simple saja. Mak mula-mula dulu rasa cuak juga nak buat. Tapi alhamdulillah sejak kali pertama cuba terus saja menjadi.
Mak tak hadir mana-mana kelas pun cuma belajar dari you tube saja.
Dah tak ingat dah... ini kali yang keberapa mak buat... dan dah lupa juga dimana mak copy resipi ni. Setiap kali buat mak tukar-tukar topping atasnya.
Hmmmm! sepotong Japanese cotton cheesecake yang halus dan gebu...
Bahan A:
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 sdk garam
60 gm tepung kek / tepung superfine
20 gm tepung jagung
Bahan B:
140 gm gula castor
6 biji putih telur
1/4 s/k cream of tartar
Cara mengadun:
1. Cairkan cream cheese, butter & susu dengan teknik double boiler. Bila dah cair... sejukkan. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dalam adunan cream cheese & gaul hingga sebati. (Bahan A)
2. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama cream of tartar sampai berbuih-buih. Kemudian tambahkan gula dan pukul lagi sampai ringan/bertanduk. (Bahan B)
3. Masukkan sesenduk Bahan A ke dalam Bahan B dan kacau rata. Kemudian baru masukan selebihnya bahan A dan gaul sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek bulat berukuran 8 inci, yang digriskan bawah dan tepi serta alas dengan kertas baking. Tuangkan adunan.
4. Bakar kek lebih kurang sejam, dengan cara waterbath pada suhu 160 C /325 F. (oven yang saya guna jenama europa)
Baru keluar oven. Sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.
Untuk nak nampak bergaya sikit ayakkan icing sugar di atasnya.
Begitulah rupanya setelah di potong.
gebu gebas dgn rasa cheese yg mewah..
ReplyDeleteYa... nohas dah try buat ke? Ingat saya pernah beri nohas resipi ni dulu kan.
Deletesedapnya. sekarang ni jarang sgt buat kek. kalau buat asik nak makan je. naik la berat badan
ReplyDeleteSaya pun jarang juga buat kek Hana... kadang2 bila ada permintaan dari anak-anak atau saya sendiri teringin sangat nak makan baru buat.
DeleteCantik kejadiannya
ReplyDeleteNieda. your blog jadi balik tak boleh nak comment.
DeleteSaya pun dah wasap kat Nieda Yan pasal masalah blog dia tu... Agaknya dia tengah cuba cari puncanya.
DeleteBuat sekali ni mmg betul2 cantik jadinya... saya pun puas hati Nieda.
Deletelooks sooo nice n beautiful. sure lembut sungguh2 ni kan..
ReplyDeleteyoutube mmg banyak boleh kita belajar. i buat makanan kelantan pun dari youtube. seronok.
Betul Yan, setakat ni banyak juga resipi2 masakan yang saya pelajari dari you tube.
DeleteAduhaiii... Rasa mcm bak mkn jew nie... Tolongggg🙄🙄
ReplyDeleteSilalah buat sendiri cik bunga... pasal yang mak buat ni dah selesai kena ngap!
Deletegebu dan nampak betul2 sedap..salam kenal. done follow makk. :)
ReplyDeleteTQ jadi rakan mak...:)
Deletegebu nya. geram nau kami tengok, hehe
ReplyDeleteGeram ke Umi... hehheh...
Deletecantik dan elok menjadi. kena tengok youtube gak ni baru pandai buat.
ReplyDeleteYa... kalau hadir kelas baking mahal fizah... belajar online kat you tube je... insyaAllah boleh.
Deletepandainya sweetie buat kek gebus menjadi
ReplyDeleteTaklah pandai kak PI... kek yg simple2 gini bolehla...
Deletegebu nampak japanese cotton chessecake nih
ReplyDeleteSenang buat kek ni mama aryan
Delete