Cuci-cuci mata je... ratus-ratus pound harganya...
tak ingat nama shopping center ni, area Mable Arch,
Central London kalau tak silap.
Pejam celik... pejam celik... dah nak masuk bulan Mac. Rasanya baru je masuk tahun baru... tahun 2013... dan diam tak diam dah dua minggu aku kembali dari UK. Bila dikenang-kenangkan kembali... lama juga aku bercuti... sampai ada kawan-kawan di pejabat cakap... mengalahkan cuti orang kahwin... pun tak sampai lama macam tu... Dahhh, bukannya selalu dapat pergi, tambangnya pulak ribu riban...perjalananya berjam-jam... satu hari masa habis di situ saja... kalau pergi dua tiga hari... rugilah kan... alang-alang pergi biar puas dan berbaloi. Lagipun dah lama menyimpan hasrat... macam yang aku cakap... kalau tak kerana si abang tu study di sana... belum tentu aku lepas menjejakkan kaki ke kota London yang terkenal di kalangan kaki shopping tu.
Ramai juga yang bertanya, aku shopping tak di sana... malah sebelum berangkat tu... ramai yang mengingatkan, "jangan lupa shopping, dia punya diskaun, gila-gila.." Terus terang, aku memang tak berminat untuk bershopping... Tujuan aku pergi tu pun sebab nak jumpa dengan abang selain dari memenuhi impian menjejakkan kaki di kota metropolitan tu. Aku tak bawak duit banyak pun... Bila si abang tanya, berapa banyak aku bawak duit, aku cakaplah sekian-sekian. Pun abang kata banyak... kalau untuk makan saja... jumlah duit yang aku bawak tu memang melebihi dari cukup sebab makan di London/UK terutamanya di Sheffield murah. Ya, setelah mengalami sendiri... aku akui memang murah.
Hasil minggu pertama.
Murah 6 pound.
Waktu aku masuk Waitrose supermarket di Sheffield, aku terjumpa satu breadmaker. Barang-barang letrik di situ murah-murah... setelah di convertkan ke RM pun masih murah lagi. Aku cakap dengan abang aku berkenan dengan breadmaker tu... abang cakap "macam mana mak nak bawak balik..." Hmm! nampaknya pendam jelah dalam hati impian untuk memiliki breadmaker tu. Betul juga kata abang, macam mana aku nak bawa balik... kalau hantar dengan kargo... tak berbaloi pulak... satu barang je. Tapi dalam hati masih memasang angan-angan ingin memilikinya.
Ketika balik semula ke London dari Sheffield, kesian kawan abang, terpaksa menolong mengangkat dan membawa barang-barang 'souvenir' aku tu. Yang kelakarnya, barang-barang tu aku isi dalam jumbo laundry beg... Dalam hati berkata-kata juga, macam mana nanti aku nak bawa sendiri ke airport agaknya... Beg pun dah 'beranak pinak'. Abang ada offer beg pakaian yang dia bawa masa nak 'fly' dulu. Besar beg tu... boleh isi semua barang-barang yang aku beli... jadi tak perlulah menjinjit dua tiga beg. Tapi masalahnya.. bila dah isi semua barang-barang termasuk baju-baju yang dibawa, beg tu dah terlebih berat... dah lebih 20 kg. Misinya tak boleh lebih 20 kg. Habis macam mana...
Malam sebelum balik ke Malaysia, aku repack semula barang-barang. Tertonggeng-tonggeng aku mengerjakannya. Bukak.. susun.. bukak susun... Adik yang memerhatikan aku terkekek-kekek ketawa melihat aku ber'puli-puli' menyusun semula barang-barang tu. Lepas tu aku berlatih pulak menarik dan mengangkat semua beg-beg tu... Macam mana gaya dan caranya aku nak berjalan turun dan naik tangga di setesen underground nanti. Handbag aku gantung kat leher... haha.. kalau you all tengok keadaan saya masa tu mesti korang ketawa pecah perut... Seboleh-bolehnya aku memang tak mahu ambil teksi untuk ke airport... sajalah nak adventure sikit...
Adik: "Haritu ke Bandung, tempat murah kau tak beli apa pun..."
Aku: "...ehhh! ini barang London.. (haha..) Baju-baju ni aku pakai masa di airport."
Adik: "Semua? Berlapis-lapis...baju-baju ni berat jugak ni."
Aku: "Haah! Kalau kat KLIA, lebih satu kg kena tambah RM100. Kat Heathrow tak tau berapa pulak... dalam pound tu.. so aku pegang je beg-beg ni bawak masuk dalam flight."
Adik: Macam mana kalau masa check-in tu, orang tu cakap dia tak nak timbang beg, tapi nak timbang dengan kau sekali... (ketawa bagai nak pecah perut).
Sampai airport, aku timbang dan repack lagi barang-barang dengan adik. Aku pakai baju dua lapis, sweater selapis dan trench coat. Boleh bayangkan rupa aku macam mana... nasib baik winter... kebetulan hari itu snow ada turun sikit-sikit... Akhirnya hand luggage aku lebih 10 kg tidak termasuk handbag yang juga ada macam-macam dalamnya. Dalam kapal terbang semua tukar, baju pakai selapis saja dan kasut pun tukar yang sesuai dengan cuaca di negara kita.
Itulah kenangan manisnya... tak datang tak tahu... tak sangka aku boleh tershopping sakan di London. Dan sesiapa yang nak ke London bershopping tu jangan lupa minta resit dan isi borang VAT. Kalau ada lebih duit syiling harga 2 pound dan 50 pence tu belanjakanlah di London. Sebab bila di airport duit tu dah tak sahlaku walaupun duit tu duit negara mereka.