Kapten Cruises berbaju putih di hadapan kanan. Sementara
yang berbaju putih di hujung sana adalah jurutera cruises.
Malam ini semua orang berpakaian kemas, bersolek dan berdandan rapi. Seorang crew kapal menghubungi dan mengingatkan aku tentang majlis makan malam nanti. Ada dua
seating sebenarnya majlis makan malam ini. Maksud aku penumpang di bahagikan kepada dua kumpulan.
Seating 1 majlis mereka di adakan di Spice Restaurant deck 9 jadi aku tidak tahu bagaimana suasananya.
Seating 2 pula majlis makan malam mereka di Western Restoran deck 4. Aku di
seating 2 dan majlis/makan malam aku di Western Restaurant.
Persembahan tarian rancak dari kumpulan Sensation.
Gambar ini saja aku boleh 'belanja' untuk rakan-rakan blogger
semua... yang lain biarlah jadi simpanan peribadi aku ya..
Sebelum majlis bermula kami semua di hiburkan dengan persembahan tarian dari kumpulan Sensation di
pre-dinner cocktail yang bertempat di Stardust Lounge deck 5. Inilah malam ‘panas’ yang aku maksudkan. Seketika lampu di Stardust Lounge di padamkan dan
sportlight di halakan ke arah seorang demi seorang penari yang keluar ke pentas. Persembahan tarian mereka sungguh rancak dalam kostum yang sungguh seksi.
Lepas satu demi satu tarian mereka persembahkan dan ada ketikanya mereka melompat ke bawah pentas dan menari di tepi meja tetamu. Gema muzik memenuhi seluruh dewan. Para tetamu bersorak dan bertepuk tangan. Sesekali penonton juga di tarik naik ke pentas.
Selesai persembahan kami semua masuk ke Western Restaurant untuk majlis makan malam. Kapten cruises telah bersedia menyambut kedatangan para ‘tetamunya’
Surprise untuk aku malam ini apabila aku, kakak, adik dan Daryl di iringi ke meja utama dan aku lihat nama-nama kami telah di letakkan di situ bersama kapten cruises.
Waiter dan
waitress telah bersedia menanti kehadiran kami semua di situ dan menarikkan kerusi untuk kami duduk. Selain dari aku berempat ada sepasang anak muda yang telah sedia duduk di meja utama tersebut. Jadi untuk meja utama ada lapan orang yang duduk makan semeja termasuk kapten dan
engineer kapal. Sebaik kami duduk kapten dan
engineer kapal datang bersalaman dan memperkenalkan diri mereka.
Makan malam ini sungguh formal. Menunya adalah western dan ala-carte. Di meja kami ada dua orang pelayan yang di tugaskan. Ketika pelayan datang dan menunjukkan sebotol minuman aku tergamam sekejap. Dan kapten kapal mengingatkan pelayan tersebut agar memastikan, minuman yang ingin di hidangkan itu tidak mengandungi alkohol. Ianya cuma sparkling.
Untuk pertama kalinya dalam hidup aku mengucapkan ‘
cheers’ sambil mengangkat minuman dalam gelas berkaki. Terpaksalahkan... dah begitu adatnya.
Untuk permulaan kami di beri roti dan butter yang telah disediakan di atas meja. Kemudian aku memilih smoke salmon. Makanan yang kita makan bergantung pada menu yang kita pilih yang di letakkan atas meja. Selesai hidangan itu lagi sekali kami di beri roti dan
pumpkin soup. Untuk penyudahnya kami di beri tart sebagai pencuci mulut.
Kami makan sambil berbual. Mulanya aku agak kekok makan tertib begitu. Tapi keramahan kapten menghapuskan rasa janggal. Sedang asyik makan... tiba-tiba lampu di suramkan. Muzik bergema... dan tiba-tiba saja aku lihat
waiter dan
waitress menari di segenap sudut restoran.
Semua orang bertepuk tangan mengikut rentak lagu... satu persatu crew kapal yang bertugas di restoran keluar dan di perkenalkan kepada kami semua termasuk chef yang menyediakan menu makanan malam pada hari itu. Orang Malaysia berbangsa Melayu.
Satu demi satu
surprise di berikan oleh crew kapal pada kami malam itu. Tiba-tiba saja sekumpulan pelayan restoran menghampiri meja di sebelah kami dan menyanyikan lagu “
Happy Birthday”.. dan kami semua turut menyanyi sama. Sebaik lilin kek di tiup kedengaran pula meja di belakang kami di beri ucapan tahniah! Aku tak pasti mereka di raikan sebab apa.
Jurugambar cruises pula akan datang pada setiap meja ‘tetamu mereka’ dan mengambil gambar. Kami semua benar-benar diraikan seperti VIP dan
superstar. Agaknya itulah sebabnya cruises ini di namakan Superstar Libra kot.
Adik dan suaminya Daryl pula di pilih sebagai pasangan paling romantik dalam pelayaran kali ini. Hadiahnya ‘sungguh’
surprise iaitu dua tiket untuk menonton persembahan tarian 18sx di Stardust Lounge (abang cakap "itu membuka minda, mak"). Tapi mereka tak pergi pun. Sungguhpun ipar aku ni omputih tapi dia amat menjaga imej dirinya. Statusnya sebagai Sir Knight dan adik sebagai Lady membuat keduanya berhati-hati ketika ber'sosial’ di khalayak.
Malam hallowen... Penumpang dan crew kapal
menari sakan. Ada juga yang cuma duduk-duduk
saja menjadi penonton.
Hantu-hantu menari dan berjalan mengeliling
kolam renang di deck 9.
Usai saja majlis makan kebanyakan penumpang cruises naik ke deck 9 dan sundeck. Kali ini crew-crew kapal berpakaian aneh dan wajah mereka di solek seram. Parti hallowen dan menari lagi. Semua crew kapal terlibat dan mengambil bahagian. Bermain muzik, menari dan menyanyi. Sampaikan bahagian pembersihan (
cleaner) juga hebat menari.
Makanan dan minuman turut di sediakan. Ketika seluruh orang menari aku rasa seolah-olah cruises bergegar. Muzik bergema kuat di deck 9 dan rancak. Rasanya kapal-kapal nelayan yang berada di Laut Andaman mendengarnya. Waktu ini cruises telah bergerak laju balik ke M’sia. Dan pesta hallowen berakhir pada pukul 12 tengah malam.