Gabungan ubi parut yang di masak dengan gula merah
dan lemak santan memberikan rasa pada kuih ini.
Sedap kuih ni. Mak suka... Gabungan rasa ubi parut yang di masak dengan air gula merah dan tepung beras yang di kacau dengan lemak santan di lapisan atasnya memberikan rasa pada kuih ini.
Rupa dan rasanya seakan-akan talam ubi... bezanya cuma ia lembik dan cair... Kena sudu bila nak makan.
Pertama kali buat, anak-anak tak mahu makan. Anak bujang mak si abang kata macam kuih talam tak jadi. Pelik sangat pada dia.
Boleh tahan juga harganya kalau beli di gerai-gerai kuih. Kerana suka makan kuih ni... mak belajar dengan kawan. Walaupun nampak mudah dan simple tapi langkah-langkah penyediaannya itu kena ikut dan fahami betul-betul. Jika tidak rupa kejadiannya nanti tak cantik dan keras.
Untuk menyediakanya, masak dahulu lapisan bawah. Kemudian sejukkan. Apabila lapisan ubi/lapisan bawahnya benar-benar sejuk baru buat bancuhan untuk lapisan atas dan tuangkan terus ketika ia masih panas supaya bahagian yang putih ini rata dan licin.
Boko Ubi Kayu
Mak kukus dalam bekas-bekas kecil begini untuk
memudahkan menyimpannya dalam peti sejuk.
(bahagian bawah)
1000 gm ubi parut
400 ml air gula merah
400 gm gula putih
1,300 ml air
1 sudu teh garam halus
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan-bahan kecuali ubi parut ke dalam periuk. Dan didihkan atas api hingga menggelegak. Sambil itu kacau supaya adunan ini tidak hangit dan berkerak di dasar periuk
3. Sukat sebanyak 180 gm dan masukkan ke dalam bekas plastik ukuran 12 oz. atau dalam acuan talam. Ikut pada kesukaan masing-masing.
4. Kemudian kukus selama 20 minit di atas api perlahan. Apabila masak sejukkan dahulu baharu tuangkan lapisan atas.
Bahan B:
(bahagian atas)
150 gm tepung beras
500 ml santan
1000 ml air
1 1/2 - 2 sudu teh garam halus
Cara-cara:
Masak kesemua bahan B hingga menggelegak. Kemudian sukat anggaran 90 gm dan ketika masih panas tuangkan ke atas ubi kukus (lapisan bawah) yang telah disejukkan. Adunan B ini hendakah dituangkan ketika panas-panas supaya permukaannya nanti rata dan licin (tidak berketul-ketul).
Macam2 resepi sekarang..boleh jadi tempat rujukan masak memasak
ReplyDeleteSaya share kat blog ni untuk mudahkan adik saya di US tgk bila dia nak buat... Takdelah tiap kali nak masak call atau wasap saya tanya resipi.. 😁
DeleteNyummmm sedapnya 🤤
ReplyDeleteYa sedap lagi dari talam ubi umi
DeleteSedapnya......
ReplyDeleteMmg sedap zana... Saya mmg suka kuih ni.
Deletesedap nih..versi keras, versi lembik..dua2 suka..
ReplyDeleteTp saya lebih suka yg versi lembik nohas.
Deletesedapnya
ReplyDeleteTrylah hana... mmg sedap kuih ni.
DeleteNi boko ubi kayu eh. Memang sedap kuih ni. Kalau beli sebekas rm5.
ReplyDeletemmg itulah harganya. Klau bekas kecik tu RM2.
DeleteAduhaiii.... Tak boleh tahan tgk nie.. Ubi kayu👍👍
ReplyDeleteApalagi... buatlah cik bunga
Deletesedap ni.. mak Sisyat selalu buat.. :-)
ReplyDeleteLebih sedap dari talam ubi kan.
Deletesedap ni boko ubi kayu
ReplyDeleteBetul... memula dulu saya tak tahu kueh ni namanya boko ubi... ingatkan sesaja dorang buat talam ubi cair :)
Deletesaya suka kuih ni. kuih ni citarasa org2 seusia macam kita . memang sedap , lemak manis semua ada
ReplyDeleteCitarasa orang tua :) memang anak-anak langsung tak sentuh pun kueh ni masa saya buat.
Deletekalo kuih dua layer ada putih2 ni sy makan yang putih je hahaha..
ReplyDeletehabis cedok yang putih =P
Yang putih tu lemak2 je rasanya... Kena mkn sekali dgn yg merah baru terasa sedapnya.
Delete