Sunday, January 26, 2014

Dilanda wabak BI....

Introduced this is Aideel and Alisha

Feel better... setelah hampir dua minggu... segar dan rasa lega. Fikiran dan perasaan tidak berat lagi. Abang hampir setiap hari call. Ojet pulak dah cuti semester tiga. Sekarang ni dia ada di kem Tanjung Rhu, Sepang. Kursus kepimpinan tiga hari. Petang esok aku akan pergi ambik dia. Tapi dia tak tinggal lama di rumah kali ni sebab dua minggu lagi barisan MPP ada perjumpaan dengan Tun Dr. M di PWTC. Habis saja majlis perjumpaan tu Ojet akan berangkat balik semula ke Arau. Ada kerja lain pulak yang nak di bereskan di kolej. Hai! sibuknya YB ni.

Di rumah pulak sekarang ni di landa wabak BI. Sejak bakal nak beriparkan omputih ni... kat rumah masing-masing dah mula mengasah lidah. Semua... memanjang je speaking omputih. Betul tak betul belakang kira... belasah je. nak biasa-biasakan diri. Sampaikan anak buah aku Alisha yang baru berumur 4 tahun pun sama... Setiap kali uncle Darylnya call atau datang rumah, dia jelah yang nak bercakap dengan Daryl. Dan aku pun terkejut juga bila abangnya si Aideel yang baru darjah dua bercakap dalam bahasa Inggeris dengan Daryl di talipon. Selama ni kami semua tak pernah dengar pun dia menggunakan bahasa tu.

Bila aku cakap dengan abang situasi dalam rumah sekarang, abang cakap, 'teruk tu!' hehehe...dia pun gelak dengar cerita aku... dan siapa yang tak tahu berbahasa Inggeris dalam family aku sekarang ni kena belajar dan biasakan diri nampaknya. Tiga minggu lagi keluarga belah Daryl dari United State akan sampai dan nak berkenalan dengan kami semua. Pak Teh mereka cakap, "wei tergeliat lidah aku!".

Friday, January 10, 2014

"Abang akan jaga mak..."

 Mungkinkah..?

Minggu ini minggu yang sangat letih pada aku. Sepanjang minggu ni aku balik kerja selepas pukul sepuluh malam. Sejak balik dari Arau aku langsung tak cukup tidur. Mata dah jadi macam mata beruang panda. Bila berjalan terhuyung-hayang. Memandu pun tak fokus. Aku menangis kepenatan... sungguh!

Balik rumah fikiran lagi bercelaru. Keadaan dalam rumah dah macam tongkang pecah. Berhabuk dan berselerak. Kain baju bertimbun sana sini tak berlipat. Makan pun bila sempat dan rasa lapar. Dan yang paling sedih ikan-ikan yang aku bela di kolam dah seminggu tak di beri makan. Rasa bersalah sangat.

Aku jadi hiba dan sebak. Tiba-tiba saja rasa begini. Airmata bergenang-genang ketika aku memandu balik ke rumah. Dalam hati teringatkan itu... teringatkan ini... anak-anak sudah semestinya. Pada siapa ingin aku luahkan isi hati...

Sampai rumah capai laptop... on dan hantar message pada abang. Hanya pada dia aku boleh mengadu keresahan. "Abg busy ke skrg... kalau tak meh chat ngan mak jab... mak nak luahkan isi hati... sebak rasanya ni." Tak lama lepas tu dia call... kami berbual lama. Dan dia mendengar saja segalanya.

"Mak! abang dah fikir. Abang pun dah cakap dengan Aja (Ojet).." dan abang ceritakan tentang perancangan masa depannya untuk aku. "Abang akan jaga mak dan..." Indahnya bayangan masa depan yang abang aturkan untuk aku. Aku sesekali menyampuk dan kami gelak-gelak, Lenyap perasaan sedih. "Aik! macam tu bankruplah abang!" Bila aku cakap aku nak makan hari-hari di satu restoran di Sheffield. Harga makanannya agak mahal tapi sedap.

Kalaulah benar dan bila tiba saat itu alangkah sukarnya untuk aku membuat keputusan. Tak sangka abang berfikir dan telah pergi sejauh itu. Sedar dirinya anak yang sulung dan tanggungjawab yang tergalas di bahunya serta harapan aku yang tinggi menggunung terhadap dirinya. Terima kasih abang, moga impian dan cita-cita abang... cita-cita kita akan terlaksana.

(nota mak: sampai masanya nanti aku akan up-date n3 isi perbualan aku dengan abang ini! InsyaAllah!)

Monday, January 6, 2014

'Berkejar' ke Arau....

Letih sangat hari ni... teramatlah letihnya. Seluruh badan rasa sakit-sakit. Pagi tadi subuh pun kelaut. Sedar-sedar dah jam 10 pagi. Dah berkira-kira dah nak ambik MC hari ni. Tapi memikirkan banyak kerja yang nak kena settlekan hari ini aku gagahi juga diri bangun dan bersiap.

Sabtu hari tu aku ke Arau. Bertemu dengan Ojet. Ada beberapa borang dan dokumen yang bersangkut paut dengan penajaannya yang terpaksa mendapat tandatangan Ojet.

Aku tak berani nak postkan... in case kalau apa-apa terjadi dalam pengeposan, rosak, lambat atau Ojet tersilap tanda dan isi. Lagipun semua surat dan dokumen ni nak kena hantar cepat. Sebelum tu aku kena dapat pengesahan dan saksi dari beberapa orang tertentu dan nak matikan stem hasil bagai.

Memang tak plan pun nak ke Arau sebab borang-borang ni semua dapat pagi hari Sabtu tu. Tengok-tengok semuanya kena hantarkan semula sebelum akhir bulan ni ke JPA. Bulan ni pulak aku sibuk dengan persiapan perkahwinan adik aku.... dan kerja yang bertambah di tempat kerja.

Kelam-kabut juga masa bertolak ke Arau. Baju persalinan pun aku tak bawa. Nak cepat jadi capai mana yang sempat dan teringat saja. Aku nak mengejar masa takut kemalaman di jalan raya. Aku memang ‘lemah’ kalau memandu malam. Begitu begini pukul 4 petang aku bertolak dari rumah sebab jiran sebelah rumah menjemput ke majlis akad nikah anak perempuannya lepas solat Zuhur.

On the way ke Arau aku talipon taukeh homestay... nak bilik dan beritahu aku akan sampai pukul 11 atau 12 malam. Yang menemani aku malam tu kakak, adik (bakal pengantin) dan anak saudara aku Along - (Yang aku ceritakan dalam n3 ni - link).

12 Disember 2013 (bulan lepas) padi-padi di belakang 
homestay yang aku sewa masih hijau lagi... tapi Sabtu semalam 
padi-padi ni dah mulai dituai.

Tengok pokok-pokok padi tu dah mula menguning. 
Ni dekat satu hentian sebelah area Alor Setar. Aku lupa pulak 
namanya. Berhenti di sini sekejap sambil menikmati rojak buah 
dan tiupan angin bendang yang nyaman.

Sepanjang perjalanan dari KL sampai Penang hujan. Lagilah menyukarkan penglihatan aku.  Suasana pulak dah gelab... aku sentiasa berdoa dalam hati agar semuanya di permudahkan dan selamat. Ngam-ngam pukul 11 malam aku sampai. Singgah di kolej ambil Ojet dan bawa dia ke homestay yang aku sewa. Malam tu sampai pukul 3 pagi kami berdua ‘mengerjakan’ dokumen dan surat perjanjian biasiswa tu. Siap!

Bila nak masuk tidur dan nak tukar baju baru sedar aku tak bawa baju salin yang ada cuma sehelai t-shirt untuk di pakai balik ke KL nanti.  Aku tak ada pilihan pakai saja t-shirt tu untuk tidur dan masa balik KL aku pakai t-shirt yang sama. Tak siapa tahu aku pakai baju tidur balik KL... nasiblah!

Ahad semalam, selepas makan tengahari di Anjung Keli (warung ni dah keluar dalam JJCM TV3 beberapa minggu sudah) aku hantar Ojet balik ke kolej... lepas tu aku pun memandu semula balik ke KL. Kali ni aku memecut 140 KM/jam di lebuhraya. Nak cepat dan dalam hati aku sentiasa berdoa agar hari tak hujan dan kamera AES tak berfungsi waktu malam dan polis traffic tak bertugas hari minggu. Badan rasa letih dan sesekali mengantuk juga. Untuk menghilangkan mengantuk dan 'meluruskan' pinggang boleh dikatakan aku berhenti di setiap R&R. Dan 10.45 malam tadi aku sampai di rumah. Letihnya hanya Tuhan saja yang tahu.

Hari ni semua dokumen-dokumen tu telah siap ditandatangani dan cop pengesahan dari Datuk KP. Esok atau lusa aku nak ke pejabat hasil untuk beli stem hasil dan matikan stemnya.... lepas tu postkan ke JPA semula... selesai!

Friday, January 3, 2014

Kisah chating dengan abang...

Kisah ni dah berlalu sebulan lepas. Tapi aku suka topiknya... pasal aku menginding dengan abang. Sehari sebelum tu aku beritahu dia aku berada di Arau berjumpa dengan adiknya Ojet. Dua hari lepas tu baru dia message aku.

Abang: Mak dah balik dari Perlis ke?

Aku: Haah.. Hari Isnin haritu...

Abang: Umi ngan acik ikut ke? (umi, panggilan anak-anak pada kakak aku dan acik panggilan untuk adik aku yang nak kawin tu)

Aku: Ikut! masa perjalanan balik tu memang takut... mak balik malam. (Pastu aku pun trylah masuk jarum dengan harapan... hehehe) Dekat-dekat nak krismas ni... diskaun barangan gila-gila kat London... tak nak ke belikan mak sourviner, cam handbang LV ke apa..

Abang: Abang dah shopping dah hari tu dekat Doncaster.. situ murah-murah... beli kasut sume... abang baru taw tempat tu.. Kalau abang taw dulu abang dah bawak acik dengan mak pegi... coklat pun murah-murah... Kotak-kotak coklat cantik-cantik.. yang macam acik nak pun banyak.. LV memang la diskaun, tapi lepas diskaun pun masih mahal pada abang...

(Lepas tu abang pun tunjukkanlah gambar ni pada aku...)
 
Ni la ha makanan hari-hari... sepaket 1 pound... goreng 
ayam je hari-hari... hehehe...

Aku: Ni nak minta simpati ke apa... abang jaga kesihatan... makanan yang dimakan tengok betul-betul. Ingat tak pengarah kolej KK12, UM dulu kata apa? Pandai dan cemerlang dalam pelajaran tapi pengakhirnya lepas tamat pengajian penyakit pulak yang dapat.

Abang: Tak lah. Sedap je nasi dah siap ni... Panas kan je... dah boleh makan.

(nota mak: Nampaknya tak da canlah aku. Sebenarnya aku cuma mengusik dan memancing dia je pun. Tapi kalau sangkut pun best juga).

Ketika melawat dia di UK Januari tahun lepas, aku ada juga belek-belek satu handbag dekat satu gedung membeli-belah dengan dia. Tapi abang kata, tak cantik... toksah beli dan ingatkan aku yang handbag aku pakai ketika itu masih baru. Anak-anak memang tahu minat aku dengan handbag dan yang aku pakai sekarang ni pun pilihan mereka.

Rahsia kenapa aku masak...

Hari ni ramai yang mengeluh harga makanan mahal di kantin sekolah. Kawan-kawan yang mana ada anak-anak sekolah semuanya bercakap pasal ni. Aku dengar je sebab aku dah tak ada anak yang bersekolah. Cuma sesekali tu menyampuk juga dan cuba memberi pandangan dan cadangan.

Tentulah ramai yang tak setuju dan beralasan bila aku cakap cadangan aku tu. Cadangan aku tu sebenarnya berdasarkan pengalaman... yang aku lalu selama 11 tahun anak-anak bersekolah... yelah dari tahun 1 sampai tingkatan 5. Sebelas tahun kan.

Cadangan aku, buatkan bekal untuk anak-anak ke sekolah. Bila aku sebut bekal je... ramai yang menyangkal dan memberi bermacam-macam alasan. Tak perlu aku sebutkan... semua tahu sendiri. Lagipun bukan susah sangat nak menyediakan bekal seperti nasi goreng, bihun/mee goreng dan kuih-kuih. Siapkan rempah ratus dan penyediaanya pada belah malam. Bangun pagi cuma tinggal goreng saja. Atau paling teruk sangat bekalkan roti. Di kantin-kantin sekolah pun itu juga makanan yang dijual.

Akupun isteri dan mak yang bekerja. Di rumah tidak ada pembantu. Semua aku lakukan sendiri. Kerja aku pun kadang-kadang tak tentu masa. Tapi aku masih cuba berusaha memperuntukkan masa untuk keperluan anak-anak. Hubby tidak membantu sebab dia jarang berada di rumah. Hal anak-anak semua lepas ke tangan aku.

Tidak terucap rasanya perkataan penat tu... dengan tugas di tempat kerja dan tanggungjawab sebagai mak. Nak menangis pun tak boleh. Setiap masa aku cuba mengingatkan diri, “itu tanggungjawab aku”.

Masa abang dan Ojet  Tahun 1, aku tak beri mereka duit belanja. Tujuan aku supaya mereka faham, pergi sekolah bukan untuk berbelanja tapi untuk belajar dan bersungguh-sungguh supaya jadi orang yang pandai. Memang aku cakapkan begini pada mereka dulu. Mereka angguk.

Abang dan Ojet bersekolah sesi pagi saja sampai tahun 6. Dari tahun 1 sampai tahun 3 aku cuma bekalkan mereka roti yang di sapu dengan butter, sandwich, kuih-kuih yang aku buat sendiri atau paling teruk sangat aku bekalkan goreng kentang dan nugget. Bergantung pada permintaan mereka. Senangnya anak-anak aku terutamanya abang (Ojet ikut je), dia ada kuih-kuih yang dia suka dan kuih-kuih tu pulak senang nak buat. Dia suka kuih keria, jadi aku boleh sediakan pada belah malam sebelum tidur dan bangun paginya aku cuma goreng saja.

Masuk tahun 4 sampai 6 barulah aku beri anak-anak duit belanja. Itupun 50 sen saja. Sekadar untuk membeli aiskerim. Ini biasalah budak-budak. Nak juga jajan-jajan. Waktu tu harga makanan di sekolah untuk sepinggan nasi lemak biasa seringgit. Apabila menengah aku cuma beri satu ringgit. Adalah kadang-kadang adik aku beri dua tiga ringgit sebab biasalah bila dah remaja tu kadang-kadang nak lepak-lepak juga di warung minum air batu campur dengan kawan-kawan selepas waktu sekolah. Biasanya bila ada aktiviti belah petang di sekolah.

Mula-mula tu kedua mereka ke sekolah dengan bas sekolah. Tapi selepas aku membeli kereta, aku sendiri yang menghantar dan mengambil mereka di sekolah. Selain dari untuk berjimat aku lakukan juga demi mengingatkan diri sendiri...  itu juga rezeki anak-anak. Mereka tidak perlu lagi berkejar awal pagi... berpanas dan bersesak-sesak dalam bas sekolah.

Selepas menghantar mereka ke sekolah dan sebelum ke tempat kerja aku memasak dulu untuk mereka makan tengahari bila balik dari sekolah nanti. Selalunya aku masak lebih untuk makan malam sekali. Ala budak-budak bukan susah sangat makanannya. Setakat ayam goreng biasa/kicap atau cili, ikan goreng dan sup. Lagipun bukan payah sangat nak masak tomyam, kari ataupun kurma. Tambah-tambah sekarang semua tu pakai pes saja. Dan aku pun boleh bawa bekal juga ke tempat kerja.

Kebetulan sehingga tahun 2007 time kerja aku dari pukul 3 petang sampai malam. Balik selalunya tak tentu. Selepas tahun 2007 iaitu tahun 2008 hingga sekarang aku masuk kerja pukul 10 pagi sampai 6 petang. Tapi waktu balik tu selalunya tak tentu. Kalau banyak kerja kadang-kadang sampai malam. Hari-hari cuti pun kadang-kadang kena kerja juga... jadi aku sentiasa cuba sedaya upaya untuk 'dekat' dengan anak-anak. Cara yang paling mudah dengan memasak untuk mereka.

Dulupun masa anak-anak masih kecil dan sekolah aku jarang bawa mereka makan makanan segera dan melarang mereka minum minuman bergas. Semua tu sebab nak jaga kesihatan mereka. Sampai sekarang pun aku sentiasa mengingatkan mereka.

Rahsianya... menyediakan sendiri makanan untuk keluarga terutama anak-anak juga turut membantu perkembangan dan daya ingatan anak-anak. Apabila kita memasak sendiri kita tahu kebersihan, khasiat dan cara penyediaannya.

Bermula awal pagi, kita bangun mandi dan membersihkan diri. Kemudian sembahyang subuh. Lepas tu baru kita ke dapur menyediakan sarapan untuk keluarga. Seorang kawan bekas pelajar tahfiz pernah bertanya dengan aku, tahu tak kenapa pelajar tahfiz di sekolah-sekolah pondok memasak sendiri makanan mereka. Sebabnya mereka ingin memastikan si tukang masak sentiasa dalam keadaan ‘bersih’. Maksudnya tidak dalam berhadas besar, nifas atau haid. Kalau makan makanan yang disediakan oleh orang-orang yang begini, ketajaman dan ingatan si pemakananya akan kurang atau lemah. Cepat lupa apa yang mereka pelajari. Wallahualam! tapi kita berusaha untuk kebaikkan anak-anak dan keluarga.

(nota mak: Restu dan doa mak sentiasa bersama Dik Da (YB Ojet). Tenang dan mak pasti exam kali ni akan dapat 4 flat juga. - ... sekarang ni Ojet sedang exam dan setiap pagi sebelum melangkah ke dewan peperiksaan dia akan call dan sms aku mohon doakan untuknya. Abang pun macam tu juga sebelum exam beberapa minggu sudah... dia pun call aku minta aku doakan kejayaannya.)

Wednesday, January 1, 2014

Bergossip seminggu sebelum berakhirnya 2013....

Lama juga aku berbual dengan abang. Hampir sejam aku rasa. Berpeluh-peluh telinga sampai talipon pun panas dalam genggaman. Penat duk belah kiri tukar pulak belah kanan.

Mujurlah bukan aku yang talipon abang... tapi abang yang talipon aku. Kalau tidak pasti bil melambung tinggi. Lagipun abang selalu pesan,.. biar dia yang buat panggilan sebab kalau aku yang buat panggilan cajnya tinggi. Bayangkan untuk satu panggilan ke UK... RM15...

Kami bergossip... Anakku abang boleh tahan juga kalau bergossip. Mengalahkkan wartawan hiburan. Tapi kami bukanlah bergossip hal orang lain. Cerita kami berkisar kisah untienya yang nak kawin. Sesekali tu diselitkan juga dengan cerita-cerita lain. Bila tiba bab yang kelakar tu bagai nak pecah perut kami ketawa.

Itulah istimewanya abang ni dalam hidup aku. Aku boleh bercerita apa saja. Berkongsi suka duka dan gelak tawa dengannya. Melontarkan pendapat dan pandangan. Malah idea. Kadang-kadang bila aku 'berkonfrantasi' dengan abahnya pun aku mengadu dengan abang.

Abang ni ibarat teman rapat aku. Semenjak dari dalam kandungan lagi aku sering bercakap-cakap dengannya. Apabila dia lahir aku bukan saja telah mendapat anak pertama tapi juga ibarat mendapat seorang teman rapat. Apabila hati aku gundah gelana, kecewa, geram dan sakit hati aku bercerita dengan dia.

...........Gossip 1:............

Ini pelamin rekaan salah satu kedai yang menjual 
barangan untuk majlis kawin yang aku masuk di Balakong, 
Kajang selasa lepas.

Sebaik saja adik perempuan aku mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya kekalutan mula melanda hidup aku. Manakan tidak aku kena membantu dia membuat persiapan. Sebab aku ni saja yang 'banyak masa' dan boleh memandu serta menghantar dia ke sana kemari. Mencari itu ini untuk hari besarnya tu nanti.

Memilih baju untuk majlis akad nikah... bunga telur, baju sanding, make-up, hantaran dan macam-macam lagilah... semua benda yang remeh temeh... ya aku kata remeh temeh... sebabnya adik aku ni sorang yang susah nak membuat keputusan. Contohnya, dah jumpa barang yang di cari... tapi tak mahu ambik... biar dulu.... cuba cari yang lain... kot-kot ada yang lebih murah.... lebih cantik... atau apa-apa jelah. Penat dan letih melayan karenahnya. Adakalanya aku naik tension jugak dengan dia.

...........Gossip 2:............

Rabu 25 Disember, kami ke Euro Moda, Gulatis, Jalan Ampang. Cari baju untuk majlis akad. Aku yang pilih corak dan warnanya. Itupun tak sependapat dengan kakak aku yang sulung. Dia pilih warna lain aku pulak nak kaler lain. Aku nak warna pearl white dia pulak nak kuning cair. Kakak aku ni tak mahu putih... tak elok katanya... macam-macam... percaya sangat segala karut marut tu. Akhirnya dia akur dengan pilihan aku. Adik pun setuju malah suka dengan corak dan warna yang aku pilih. Dan bakal pengantin lelaki juga menyukai warna pilihan aku.

Keluar dari Gulatis, adik mengajak aku ke Nilai 3. Katanya nak cari bekas dan bunga telur. Jenuhlah aku mengikut dia dari satu kedai ke satu kedai. Tapi satu barang pun dia tak beli. Semuanya tak berkenan di matanya. Kalau berkenan pun... biar dulu... cuba lagi cari di tempat lain... masalahnya tempat lain tu di mana?... di Jalan Masjid India, KL. Nak survey pulak kat situ... nanti kalau masih tak jumpa yang berkenan di situ berpatah semula balik ke Nilai. Wei! aku nak tanya korang, sanggup ke? Tapi itulah yang aku hadapi.

Itu baru satu hal... banyak lagi. Macam tu juga halnya dalam memilih pakej, tempat dan perunding majlis. Dah dapat pakej A... harga dan lokasinya pun cantik... biar dulu. Pergi cari pakej lain. Dapat pakej B dan C... tak jadi juga... patah semula ke pakej A. Akhirnya pakej A pun tak dapat sebab kekosongan tarikh yang nak di ambil tu telah di booking orang lain... ha... kan.

Bekas bunga untuk isi candy atau gula-gula. Buah 
tangan untuk tetamu... tapi ini cuma cadangan aku... 
pengantin tak setuju.

Ketika di Nilai, ada satu kedai tu buat jamuan 
untuk pelanggan yang datang ke kedai mereka. Aku tak 
lepas peluang masuk juga menjamu selera.

...........Gossip 3:............

Khamis 26 Disember, aku menemani kakak aku yang sulung ke JJ Maluri... mencari kelengkapan bilik tidur. Sekali ni dia lepaskan semuanya pada aku tentang pemilihan corak dan warna. Cuma harganya janganlah mahal sangat. Ok, akupun faham. Cuma yang aku geram tu, dah tahu tak larat tapi masih berkeras juga nak buat majlis tu di rumah. Aku dah cadangkan, buat dan habiskan saja di lokasi yang dipilih dan ambil pakej. Semuanya tahu siap saja. Tapi dia masih berkeras mahu satu majlis lain di rumah. Entah apa yang istimewanya nak buat di rumah tu pun aku tak tahu...

Abang turut menyatakan pandangan dan komen tentang hasrat umienya (kakak aku) nak mengadakan majlis di rumah ni.

...........Gossip 4:............

Jumaat 27 Disember, seluruh tubuh aku menggeletar. Tangan dan jari jemari sejuk menggigil. Airmata pulak bergenang di kelopaknya saat aku diminta oleh petugas di MAIP untuk menjadi saksi pengislaman Daryl. Tidak dapat aku gambarkan bagaimana perasaan aku waktu itu. Beberapa kali aku tanya dia, betul ke dia ingin menjadi seorang muslim... dan dia memberitahu aku 'ya' malah niat untuk memeluk Islam itu telah lama terpendam dalam hatinya.

Usai solat Jumaat tu, bersaksikan dua orang saksi, Daryl rasmi memeluk agama Islam dan mengucap dua kalimah syahadah. Pengalaman ini adalah satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan seumur hidup. Alhamdulillah! Cita-citanya ingin ke Mekah menunaikan haji bersama bakal isterinya (adik aku) suatu hari kelak. Lepas ni dia akan menghadiri kelas bimbingan di Perkim.

Lepas semuanya selesai, baru perut terasa lapar. Kami (aku, adik dan Daryl) ke restoran Kenny Rogers untuk makan. Kelakar juga bila Daryl kata Kenny Rogers ada restoran di Malaysia... sebab di US tak ada restoran Kenny Rogers. Sebenarnya ramai yang menemani Daryl di MAIP... Cadangannya selepas selesai pengislaman Daryl kami semua akan keluar makan bersama-sama tapi semuanya dah balik sebaik saja urusan pengislaman Daryl selesai kerana masing-masing ada urusan lain pula.

...........Gossip 5:............

Sabtu 28 Disember, aku kesunyian di rumah. Adik pulak keluar dengan Daryl membeli persiapan untuk perkahwinan mereka. Aku talipon kakak dan ajak dia keluar minum. Tentulah dia suka dan setuju. Aku bawa dia ke Precint 14, Putrajaya dan kami minum di restoran Haji Tapah. Tengok betapa jauhnya aku mencari kedai... dari Ampang ke Putrajaya semata-mata untuk minum secawan teh. Seperti yang aku cerita dalam satu n3 di blog aku ni, aku tak pandai masuk Putrajaya. Adalah beberapa kali aku ke sana... dan setiap kali itu jugalah aku sesat dan berpusing-pusing untuk mencari jalan keluar.

Tapi hari Sabtu tu aku nekad masuk ke Putrajaya. Lepas minum di Precint 14, aku masuk ke arah Alamanda dan terus memandu mengikut gerak hati. Hinggalah akhirnya aku sampai ke kawasan masjid Putrajaya dan sembahyang zuhur di situ. Selesai sembahyang zuhur aku bawa kakak aku jalan-jalan dan pusing-pusing dalam Putrajaya. Rasanya taklah sesusah mana dan teruk sangat. Mudah saja aku cari jalan keluar untuk balik ke KL... dan kemudiannya aku ke DRB Park untuk menjemput adik aku. Banyak barang-barang yang di belinya dan juga beberapa buah beg pakaian Daryl. Lama juga dia menunggu aku di situ sorang-sorang sebab Daryl sudahpun terbang ke Terengganu.

...........Gossip 6:............

Ahad 29 Disember, aku tak jadi menghadiri satu jemputan kenduri di Gombak. Sebaliknya menemani kakak dan adik lagi mencari persiapan untuk majlis perkahwinannya. Pun sama... tengok je dulu. Hai letih aku!

Abang ketawa bila aku ceritakan kisah ni. Adalah lagi insiden-insiden lain yang terpaksa di off recordkan. Abang amat memahami situasinya.

...........Gossip 7:............

Baju sanding, kasut, bunga telur, juru solek, pelamin, catering, tempat... pendek kata semualah tak jumpa lagi yang berkenan. Itu belum lagi senarai tetamu yang nak dijemput. Surat itu... surat ini... borang itu ini semua belum di isi. Kursus kawinnya lagi... dan ujian HIV (sekarang wajib buat ujian untuk setiap bakal pengantin). Majlisnya penghujung bulan Februari nanti.

Alih-alih hari ni dia cakap, buat akad nikah je dulu pada tarikh tu nanti. Sandingnya kemudiankan. Kakak aku pulak macam tak jadi nak buat di rumah. Bincang-bincang dengan sorang lagi adik aku, keduanya macam sepakat nak buat majlis doa selamat saja di rumah dan majlis sandingnya ikut cadangan aku. Sebab bila difikir-fikirkan balik nampak lebih jimat dan teratur. Tengok, maunya lintang pukang dan caca marba majlis ni nanti. Kejap cakap macam tu... kejap cakap macam ni... Rumah aku pulak dah jadi macam stor untuk letak barang-barang yang dah dibeli oleh kakak dan adik aku.

Abang?... dia ketawa dan komen jugalah sikit-sikit tentang apa yang terjadi ni. Ojet tak cakap apa cuma dengar saja ngomelan aku.

SELAMAT TAHUN BARU !