Sebelum berpisah dan serahkan kunci rumah pada Diana.
Kembali dari Isle of Skye semua kepenatan. Tidak ada upaya untuk memasak. Order
online saja di
Just Eat. Boleh pilih nak makan apa dan dari restoran yang menyajikan makanan halal. Kejap saja dah sampai depan pintu.
Sebelum masuk tidur pesan dengan anak-anak. Kemaskan pakaian siap-siap. Jangan sampai ada yang tercicir.
Pagi... kakak aku dah bangun. Aku pun. Macam biasa sebelum memulakan perjalanan kami siapkan bekal. Yang
simple saja... sandwich dan nasi goreng. Itu saja yang senang.
Diana datang dan menunggu kami di bawah. Senyumannya meleret dan bertanya adakah kami selesa selama tiga hari menginap di
homestay miliknya. Aku berani
rekomen pada kawan-kawan... sewanya murah, rumah pun cantik. Kalau ada yang ingin ke Edinburgh boleh menginap di sini.
Sebelum pulang ke Sheffield dan meninggalkan Edinburgh kami singgah sebentar di Royal Mile lagi. Masing-masing rasa tak puas dan seakan enggan meninggalkannnya.
Aku pun. Yang di ‘cari’ belum bertemu. Si jejaka Harry Potter. Ingin sekali singgah di Hogwarts tempat dia ‘menuntut ilmu’. Hahahah... aku memang suka malah menonton kesemua sirinya. Pada lelaki mat saleh yang menegur aku di Royal Mile tempohari ada aku bertanyakan... di mana Hogwarts School.
Alnwick Castle yang dikenali juga sebagai Hogwart kerana
menjadi lokasi penggambaran filem Harry Potter.
Padang memanah. Gambar ini aku ambil dari atas
kubu pertahanan castle. Zaman ia didiami serangan sering
datang dari Scotland.
Apapun dengan berat hati kami tinggalkan Edinburgh. Kali ini kami tidak ikut jalan yang sama ketika datang. Maksudnya kami tidak akan melalui Jedburgh. Kami melalui A199 kemudian keluar ke A1. Sepanjang jalan kami nampak laut iaitu Laut Utara. Sehingga sampai di Berwick-upon-Tweed sempadan Scotland dan England.
Kami mencari tunjuk arah ke Alnwick daerah Northumberland. Masuk saja England... pemandangan kembali kepada biasa. Ladang-ladang gandum dan ternakan. Kali ini Ojet jadi penunjuk arahnya dan tukang baca
signboard.
Tidak nampak lagi laut... Luas daerah Northumberland ini. Aku rasa ladang gandum yang paling luas sekali tentu di Northumberland. Kalau tengok kat UK ni ada macam-macam jenis jenama roti, rupa dan rasa. Besar-besar dan murah. Tak ada pun yang melebihi dua pound (ikut nilai duit mereka jgn
convertkan ya). Sebabnya setiap kawasan ladang akan mengeluarkan produk roti mereka sendiri. Jadi persaingan itu banyak. Harga tetap sama tapi mereka bersaing dari segi rasa, rupa dan saiz serta kepelbagaian produk.
Harimau Putih... keluaran Warburtons. Besar dan
cantik roti ni. Memang menarik perhatian aku apabila ternampak
ianya tersusun di atas rak-raknya bersama roti-roti lain.
Sepanjang di UK aku jadi ‘wartawan’ tak bertauliah kejap. Suka benar bertanya itu ini... Sampaikan berapa gaji minima setiap pekerja di sana pun aku tanya. Sewa rumah, penjagaan anak dan pendidikan sekolahnya.
Kawasan dalam castle. Cantik seni binanya.
Di sini selalunya di adakan aktiviti untuk kanak-kanak
dan 'naik' penyapu terbang.
Akhirnya lewat tengahari kami sampai di Alnwick Castle atau popular dengan panggilan Hogwart. Luas juga kawasan
castle ini. Siap dengan kubu pertahanan, bilik tahanan bawah tanah dan taman-taman bunga serta sayurnya. Tapi aku tidak sampai ke tamannya kerana untuk masuk ke taman lain harga tiketnya. Ada bilik penyembelihan dan penyimpanan daging serta 'galeri berbisik" dimana kita boleh bercakap secara berbisik dengan orang yang bersebelahan dinding. Dinding Alnwick Castle setebal tujuh kaki.
Dengan harga tiket empat belas pound sorang aku terkesima sekejap melihat hiasan dalam
castle. Klasik dan di susun letak seperti asal katanya. Ukiran-ukiran, lukisan dan potret pemiliknya dulu. Meja, kerusi baldu bewarna maroon bersalut emas dan antik sungguh. Dipamerkan juga baju-baju yang di pakai oleh Lord dan Lady yang mendiaminya dulu. Selama ini cuma tengok dalam drama saja para pelakonnya mengenakan pakaian sedemikian rupa untuk melakonkan watak orang-orang kaya Inggeris.
700 tahun dahulu castle ini didiami oleh keluarga Percy dan merupakan istana terbesar di UK.
Dari ruang tamu hinggalah ke ruang dapurnya aku masuk. Mereka memasak guna dapur kayu. Periuk belanganya juga. Tapi tak semua ruang boleh di masuki. Dan juga tidak di benarkan mengambil gambar. Luas dan berbelit-belit. Ada banyak tangga-tangga. Dan pintu-pintu. Masuk sini nanti boleh keluar sana. Ada bilik-bilik rahsia dan bilik tahanan bawah tanah.
Dungeon... ada bunyi sound effect
orang mengerang... menakutkan bunyinya.
Barangkali kerana ia pernah di gunakan sebagai lokasi penggambaran filem
Harry Potter ada bilik naga. Masuk dalam bilik ini eloklah berkawan. Gelab suram dan pening nak cari jalan keluar. Hehehe... mak pun terjerit-jerit jugak panggil Ojet. Kalau teringin nak pakai gaun-gaun klasik itu pun ada di sediakan. Boleh ambik gambar lepas tu.
(
nota mak: Tak jumpa Harry Potter. Dia dah
graduate dan pergi melawat ladang gandum hari itu... Hanya bawak balik
key chain Gryffindor sebagai kenangan.)