Sebelum cerita tentang resipi, aku nak ucapkan terima kasih pada
kak Noor... sebabnya aku ambik resipi ni dari blog dia. Aku dah beritahu kak Noor sebelum menyalin resipi ni. Sebelum tu bila
blogwalking ke blog-blog masakan sentiasa saja jumpa gambar dan resipi roti ni. Lama-lama teringin pulak nak membuatnya.
Lembut rotinya... walaupun sakit-sakit juga pergelangan tangan mengulinya sebab aku guna cara 'tradisional'. Inilah antara sebabnya kadang-kadang aku berfikir banyak kali bila nak buat roti. Tak 'kuasa' nak mengulinya. Entah bilalah agaknya 'mampu' beli sebiji breadmaker.
Yang membuat aku 'jatuh hati' pada roti ni ialah pada sos butterscotchnya... Lebihan dari yang di tuangkan atas roti tu aku buat cicah pulak.
Sedap roti ni lembut tapi aku paling suka butterscotchnya...
Nampak tu dah 'rongak' sebaik keluar saja dari oven
adik aku dah korek sebiji sarangnya.
Bahan untuk membuat Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh yeast kering / mauripan
1/4 sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
¼ cawan minyak masak (saya guna minyak Naturel)
1/2 cawan air suam
Sedikit Almond flakes untuk di taburkan atas roti.
Cara Penyediaan:
1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan tepung gandum, baking powder serta garam dan gaul rata.
3. Masukkan yogurt dan larutan yeast.
4. Uli dengan tangan dan tuangkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh sehingga tak melekat lekat lagi di tangan. (Cara mengulinya dengan cara tolak dan tarik). Uli sehingga kenyal.. roti akan menjadi makin gebu jika di uli lebih lama. Biarkan/rehatkan doh di ruang panas atau tertutup dan biarkan ia naik dua kali ganda.
5. Bila doh dah naik, tumbuk-tumbukkan untuk mengeluarkan angin.
6. Sapukan tangan dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susun rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. Buat sampai habis. (Kalau doh melekat-lekat di tangan jangan di tambah tepung cukup sekadar menyapu tangan dengan minyak masak saja).
7. Taburkan dengan almond flakes dan biarkan doh rehat dan naik dua kali ganda sekali lagi.
8. Sementra menunggu doh naik, Panaskan oven... (Aku guna oven jenama Europa dan setting suhu 180-200
C. Pastikan oven betul-betul panas baru masukkan doh. 10 minit pertama guna api bawah dan 5 minit terakhir guna api atas bawah. Masa untuk membakar ialah antara 10 - 15 minit.
9. Sebaik roti di keluarkan dari oven tuangkan butterscotch di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:
1. Doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tangan dengan minyak masa nak bahagi-bahagikan doh.
2. Tak perlu betul-betul bulat sebab roti akan jadi bulat dan cantik dengan sendirinya apabila di bakar.
3. Pastikan oven betul-betul panas supaya roti apabila masak jadi lembut.
4. JANGAN bakar terlalu lama kerana roti akan jadi keras.
5. Simpan roti dalam bekas kedap udara jika tak habis makan.
Butterscotch Sos:
1/2 cawan brown sugar.
1/2 cawan susu cair atau whipping cream
Secubit garam
1/2 sudu teh vanilla essence
25 gm butter
1. Cairkan butter dalam periuk kecil. Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair dan larut sepenuhnya.
2. Tuangkan susu cair / whipping cream perlahan-lahan sambil mengacaunya.
3. Masukkan esen vanilla dan bila semuanya sebati angkat dari api dan sejukkan sedikit... dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
(
Nota mak: Kalau nak lebih
detail lagi tentang resipi ni dan tengok gambar roti yang cantik pergilah ke
blog kak Noor. Sayang kak Noor!)