Subuh terdengar ketukan di luar bilik. Mak bergegas lari ke pintu dan buka. Kawan mak datang sebab dah pesan dengannya semalam tolong kejutkan mak. Sebelum tidur memang mak risau sangat kalau tak terjaga waktu subuh. Bateri talipon memang dah kosong. Pengecasnya ada bersama dalam beg telekung dan make-up yang hilang.
Bersiap ala kadar saja... tanpa berbedak dan bergincu mak turun ke cafe untuk bersarapan. Pagi ni perasaan mak kelat. Keyakinan diri itu kurang. Rasa kurang lawa dengan wajah yang pucat tanpa di touch-up dengan solekan.
Mak duduk sendirian di satu meja bila sepasang suami isteri datang dan duduk di meja sebelah. Orang Malaysia. Kemudian si isteri tegur mak dan tanya... "kenal ke dengan orang yang punya beg ni... dia tunjuk beg dan kad nama yang ada dalam beg tu...
Spontan mak terjerit kecil dan jawab... "itu saya punya!" Sukanya waktu tu tak terucap. Beg yang hilang yang buat mood mak down sepanjang malam di jumpai semula. Dan si isteri pun beritahu macam mana beg itu ada padanya.
Ada seseorang memberikan padanya masa di lift petang semalam. Ya baru mak ingat... waktu nak naik ke bilik petang semalam suasana agak kelam kabut sikit. Agaknya waktu itulah beg telekung dan make-up mak tercicir. Mood yang muram jadi ceria... baru rasa nak ambil sarapan.
Strawberry bersalut coklat antara hidangan pagi yang di sajikan.
Sarapan pagi di hotel yang mak inap meriah. Ada strawberry bersalut coklat dan bermacam-macam lagi yang sudah semestinya menjadi hidangan utama kerana Belgium terkenal dengan coklatnya yang bermutu tinggi.
Susunan makanannya pun agak 'teratur'. Yang halal dan tak halal di letakkan berasingan. Tidak seperti cafe di hotel-hotel yang mak dan rakan-rakan inap sebelum ini. Susunannya bercampur-campur. Dan mak di beritahu, ramai pekerja di hotel ini beragama Islam. Malah hampir tujuh puluh peratus rakyat Belgium beragama Islam. Itu dari apa yang di beritahu pada mak.

Kemas... roti, bijirin, buah-buahan dan butter.
Sebelum meninggalkan Belgium mak memotretkan kenangan
di Hotel Charleroi Van Der Valk yang terletak di daerah Gosselies.
di Hotel Charleroi Van Der Valk yang terletak di daerah Gosselies.
Selepas sarapan mak bergegas semula ke bilik. Mengemaskan barang-barang dan mengoles wajah dengan cream muka, bedak dan lipstik. Sebelum meninggalkan bilik mak pastikan betul-betul semua barang milik mak ada bersama.
Hanya semalam saja mak dan rakan-rakan di Belgium. Pagi ini sebelum ke destinasi negara seterusnya, kami akan melawat atomium di dataran Heysel, taman mini Europe dan Grand Place.
Hanya semalam saja mak dan rakan-rakan di Belgium. Pagi ini sebelum ke destinasi negara seterusnya, kami akan melawat atomium di dataran Heysel, taman mini Europe dan Grand Place.