Berakhir sudah percutian 3 hari 2 malam di Hadyai. Seronok... walaupun mulanya mak 'berkira-kira' juga.. nak ikut ke tidak.
Berpeluang menyaksikan aktiviti berjualan di Khlong Hae floating market. Walaupun ia mungkin tidak sehebat pasar terapung di Bangkok barangkali. Tapi sekurang-kurangnya dapatlah menyaksikan sendiri macam mana peniaga-peniaga di atas sampan itu beroperasi dengan para pelanggannya.
Merasai keenakkan makanannya sepanjang tiga hari di Hadyai. Persekitaran bandarnya yang bersih walaupun rakyatnya sibuk berjualan dan berurusan dengan pelancong tapi persekitaran terjaga rapi.
Hari kedua malam akhir di Hatyai, sempat dah gagah juga mak 'merayau-rayau' di Asean bazar night market. Sekadar melihat-lihat... Kemudian mak bersama kawan berjalan pula di Greenway night market. Lebih luas dan besar dari Asean night market. Segala-galanya ada... dari pakaian dalam hingga lollipop, jeans, jus dan makanan ringan. Pun mak cuma berjalan-jalan dan melihat-lihat saja. Dan untuk balik ke hotel malam itu, mak naik tuk-tuk.
Suasana di Asean night market. Bersih dan susun atur kedainya
memudahkan pelancong bergerak dan membeli belah.
Greenway Night Market. Lebih luas dan besar dari Asean Night Market.
Ada zone ABCDE. Setiap zone mewakili barang dan gaya. Ada zone sexy look.
Memang tidak banyak tempat pun yang mak kunjungi masa di Hadyai. Hanya dua malam. Apa sangatlah yang boleh di buat... Dan hari ketiganya mak dan kawan bertolak semula balik ke Kuala Lumpur. Tapi laluan kami bertukar.
Waktu datang kami masuk ikut pintu di Padang Besar. Masa pulang kami ikut Bukit Kayu Hitam. Dan sebelum keluar kami singgah makan nasi ayam di pekan Danok.
besarnya..ada 5 zone...ramai yg singgah Danok..sambung shopping..hehe..
ReplyDeleteYang tak boleh tahan tu ada zone sexy look. Sapa yang ingin berpenampilan sexy boleh masuk dan cari keperluannya di zone tu.
DeleteSya tak membeli pun di Danok. Sekadar singgah makan saja. Takut juga nak merayau2 sangat kat pekan cowboy tu.
Wow... Short trip... Tapi banyak juga tempat leh jalan๐๐
ReplyDeleteYa... dua hari je cik bunga... lama-lama sangat banyaklah pulak duitnya...
DeleteOk la 2 mlm pun terapi jiwa juga.
ReplyDeleteKira bolehlah Nieda... 2 malam terapi jiwa kalau bermalam-malam sakit jiwa... hehehhehe
DeleteNanti boleh repeat lagi pegi sana. boleh jalan jalan puas puas. ek eh. kenapa masuk ikut lain balik ikut lain pulak.
ReplyDeleteSaja.. round-round Rahana.
DeleteShopping di Danok pula ya.......
ReplyDeleteTak... kat Danok tak ada apa pun yang menarik... saya pun tak berani sangat nak mundar mandir di pekan cowboy tu.
Delete