Tuesday, December 3, 2019

Surat untuk Cempaka Biru...

"Salam Nieda! barangkali Nieda tertunggu-tunggu berita pengeposan kiriman Nieda pada saya. Maaf lambat saya memberitahu. Kiranya barang berkenaan telah sampai seminggu yang lalu. Tapi cuma beberapa hari lepas ianya benar-benar sampai ke tangan saya.

Alamat yang tertera pada sampul tersebut sebenarnya alamat rumah lama... Rumah arwah orang tua saya. Kini saya tidak tinggal lagi di situ. Tetapi saya masih menggunakan alamat tersebut untuk urusan surat menyurat.

Terima kasih atas kiriman keychain dan fridge magnet tersebut. Saya amat berbesar hati menerimanya dari seorang sahabat maya."

Pemberian dari blogger Cempaka Biru

Asalnya cuma bertegur sapa dalam blog dan bersahabat di dunia maya. Bagaimana mulanya 'berkenalan' pun mak dah tak ingat. Tapi mak suka nama blognya Cempaka Biru. 

Kalau nak terjah blognya tekan saja Cempaka biru ni... Cuma sekarang ni mak susah sikit nak terjah blognya sebab setiap kali tekan link tu... keluar iklan perkataan ni "99.widgetserver.com" Harap Nieda maklum...

Sejujurnya mak senang bersahabat dengan rakan-rakan blogger ni. Walaupun tak kenal mereka siapa. Tapi lama kelamaan jadi makin 'akrab' pulak.

(nota mak: Moga suatu hari kelak ada 'jodoh' kita berjumpa di alam nyata.)

21 comments:

  1. haii..salam kenal juga dari sisyat :-)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..smoga ukhuwwah terjalin indah di alam maya & alam nyata..in shaa Allah..

    ReplyDelete
  3. seronok jugak kalau dapat jumpa kwn kwn blogger depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rahana, setakat ini saya dah pernah bertemu dgn beberapa orang kawan blogger.

      Delete
  4. betul2.. mmg ada problem dari hari tu.. but then i pun ada bagi tau Nieda thru my comment kat my blog. and now i rasa dah ok. cuba ke blog CB semula.. insyallah boleh.. kita bila boleh jumpa. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah ni dah lama..dah cuba nak hilangkan widget tu tapi masih x berjaya.sedihnya hati

      Delete
    2. Tanya pada yg pandai mcm mana nak settle masalah ni... Ada antara kawan2 blog yg arif tentang ni.

      Delete
    3. Owh yan.. you pun dah pernah beritahu nieda juga sebelum ni.

      nak jumpa boleh je...

      Delete
  5. Replies
    1. Mungkin sebab 'widget' tu buat org tak boleh masuk dan tinggalkan komen.

      Tapi saya ada tinggalkan komen kat beberapa n3 nieda... tp tak appear.... cer tgk dlm spam... kadang2 komen masuk kat situ... tak tahu kenapa... komen di blog saya pernah jadi mcm tu.

      Delete
  6. Salam ukhwah dari cikbunga 🌹🌹

    ReplyDelete
  7. ammi pun teringin jumpa kawan-kawan blog secara live... mcm manalah agaknya reaksi masing-masing. mesti ammi malu2 kucing masa tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah bertemu dengan sorang kawan blog... Masa tu dia masih belajar di luar negara. Secara seloroh saya cakap nanti bila kawin jgn lupa jemput saya.... dan ya.. selepas kembali ke M'sia dan pada majlis akad nikahnya sya hadir bertemu dengannya buat pertama kali. Ada saya catatkan dalam blog ni.

      Delete
  8. Pun pernah jumpa dgn blogger...org penang Makcik kantin.

    ReplyDelete