Lama rasanya tak buat catatan di blog ni. Akhir-akhir ni aku jadi malas nak menulis dan lebih suka berangan. Tapi bukanlah berangan nak jadi kaya ke... atau berangan nak jadi
superstar dan
glamour. Oh! tidak.
Kawan-kawan mungkin dah baca
entry aku sebelum ni. Itu kisah dalam satu temuduga yang di lalui oleh abang di London baru-baru ni. Panjang lagi kisahnya... yang aku catitkan itu hanya sebahagian sepertimana yang di ceritakan oleh abang pada aku.
Abang berjaya dalam
interview tu dan insyaAllah, tamat pengajian Julai nanti abang akan masuk lapor diri dengan
company tersebut. Maknanya, walaupun belum tamat belajar dan grad, jawatan dan kerja sudah menanti.
Cerita abang, awalnya si
interviewer agak serius dan masam saja mukanya bila dia menyoal abang, “apa yang awak tahu tentang syarikat kami”. Abang jawab dia tak tahu apa-apa. Si
interviewer tanya lagi, “habis kenapa awak masuk
interview ni?” Jawapan abang sebab dia isi borang dan di panggil.
Si
interviewer cakap, abang cuma membuang masa dia saja. Kemudian dia tanya abang, macam mana sekiranya abang di suruh oleh orang atasan menguruskan satu projek tapi projek tu tidak mengikut
rules yang di tetapkan. Abang cakap dia akan buat, sebab siapa dia untuk menasihat dan memberitahu orang atas tentang perkara itu tidak betul. Dan tahu apa yang abang cakap dengan si
interviewer yang membuatkan si
interviewer tu ketawa.... “cepat saya dapat naik pangkat!”
Bila dengar cerita abang, aku pun terjerit. Beraninya abang cakap macam tu dalam satu temuduga kerja. Memang berderai gelak kami dalam talipon. Abang cakap itu adalah satu taktik... tapi beranikah kita mengucapkan kata-kata seperti itu dalam temuduga kerja. Tentulah tidak kan. Lebih-lebih lagi kalau kerja yang kita pohon tu memang kita betul-betul nak.
Kemudian bila si
interviewer bertanya tentang kejatuhan harga minyak dan kesannya kepada syarikat itu. Abang mengaitkannya dengan politik dan senario yang berlaku di Britain. Abang berikan hujah-hujahnya macam dalam ber
debate. Itulah sebabnya si
interviewer cakap, ".."The way you speak, you ll make a lot of enemies that way. You should realize only select few will be able to comprehend your views. Some may think you're arrogant"
"So, it seems you have no idea at all what our company does?"
"When I asked you how the slumping oil price would impact us you talked about how it would boost the Tories' chance in the coming election and even went to explain their budget. Not the answer I was expecting" Komen si
interviewer, "...kalau CEO yang dengar hujah awak, pasti dia suka."
Di pengakhirnya, abang di beritahu, dia berjaya dalam temuduga tu. Aghh! lega, sekurang-kurangnya abang tak perlu lagi mencari-cari peluang pekerjaan lepas tamat belajar nanti. Dan abang cakap, dia masih mempertimbangkan tawaran itu. Masih 50 - 50. Dalam hati masih teringin nak sambung belajar. Tapi dalam waktu yang sama dia terfikir juga, lama sangat belajar sedangkan kawan-kawan yang seangkatan dengannya sudahpun tamat pengajian dan ada pengalaman bekerja.
Malah sebelum tawaran ini abang juga sudah mendapat tawaran kerja di Kanada. Tapi abang menolaknya sebab memikirkan jauh sangat di Kanada.
(
nota mak: Berlagak (
arrogant)? ...buat aku berfikir dan membayangkan diri abang. Seorang yang berlagak ke anak lelaki ku ini. Ini bukan kali pertama aku mendengarnya...?)