Wednesday, July 6, 2016

Japanese Cotton Cheesecake...

Selamat Hari Raya kawan-kawan blogger yang singgah di blog Sweetie ini.

Birthday Ojet kali ini jatuh pada 1 Syawal. Atas permintaannya aku buatkan sebiji cheese kek. Lembut dan moist. Simple saja toppingnya. Strawberry dan karamel.




Bahan-bahan:

Bahan A:
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 sdk garam
60 gm tepung kek / tepung superfine
20 gm tepung jagung

Bahan B:
140 gm gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
1/4 s/k cream of tartar

Cara mengadun:
1.  Cairkan cream cheese, butter & susu dengan teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dalam adunan cream cheese & gaul hingga sebati. (Bahan A)

2. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama cream of tartar sampai berbuih-buih (foamy). Kemudian tambahkan gula dan pukul lagi sampai kental. (Bahan B)

3. Campurkan Bahan A ke dalam Bahan B dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek (springfoam) bulat berukuran 8 inci, yang dibalut/dibungkus bahagian bawah dan kelilingnya dengan alumunium foil (Ini dilakukan supaya air yang diisikan dalam dulang ketika proses membakar tidak masuk kedalam adunan kek.


4. Bakar kek di atas dulang yang berisi air lebih kurang sejam pada suhu 160C /325 F.

23 comments:

  1. Sedapnya...Selamat Hari Raya Sweetie & family..maaf zahir & batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya nohas, saya pun sama, maafkan saya jika ada salah silap selama kita ber'kawan' di blog ni ya.

      Delete
  2. Selamat hari raya buat sweety juga.Kak Zai pun moon maaf jika ada perkataan yg menyinggung perasaan. Happy belated birthday buat Ojet.Nampak sedap kek tu ada masa kak Zai nak cuba tq for the resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya kak Zai, sama-samalah kita bermaaf-maafan. Kadang-kadang kita pun tak perasan, dalam gurau2 dan usik-usik ada juga kata-kata yang menyinggung perasaan org yang kita usik tanpa kita sedar kan.

      Delete
  3. Selamat hari raya maaf zahir batin sweetie...

    Nampak sungguh kegebuan cheese kek tu ..
    Rasa nak minta sepotong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Yati... juga saya pun mohon maaf kalau ada salah silap saya pada Yati.

      Mehlah dtg rumah kalau nak rasa... tapi kek yang lainlah sebab kek cheese tu dah habis.

      Delete
  4. selamat hari raya sweetie..maaf andai ada tersalah kata semasa komen2 diblog ni ya..

    nampak sedap sangat kek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya mama aryan. sama-samalah kita bermaaf-maafan.

      Trylah buat ikut resipi tu, baru tahu sedap ke tak sebab saya nak bagi sepotong dah habis ni... hhehehh..

      Delete
  5. Replies
    1. Taklah pandai sangat Nieda... setakat boleh buat je.

      Delete
  6. SALAM LEBARAN SWEETIE MAAF ZAHIR BATIN..CANTIKNYA KEK YG SEDAP RASA NK SEPOTONG

    ReplyDelete
  7. Wahhhhh sedapnya....teringin nak buat sampai la tak terbuat..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah je resipi dan cara mengadunnya nini...

      Delete
  8. Selamat hari raya sweetie
    semoga berbahagia disamping family tersayang ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ni tengah meluangkan banyak masa ngan famili ni nayfatimah. saya dah pencen.

      Delete
  9. wow weeeeee...sedapnyaaa ..nak sikik ..mesti sedap ni sweetie..wa pun dah lama tak makan cheesecake

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm kalau teringin bolehlah cuba resipi cheesecake ni.

      Delete
  10. Replies
    1. Sihat mama aryan, cuma skrg ni stop kejap berblog... tapi masih lagi jalan2 ke blog kengkawan baca n3 mereka...

      Delete
  11. Replies
    1. W/salam PI, sehat. Tak buat apa pun skrg, rehat2 duk rumah. Pandang anak2 pergi kerja.

      Delete
  12. Nampak sedap betul kek ni. Seronok family dapat mak yg pandai buat cake sedap :)

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete