Saturday, December 14, 2019

Macam Senang Tapi...

Kueh seri muka ni nampak macam senang nak buat. Tapi mak dah cuba beberapa kali... dan setiap kali buat ada saja silap dan tak jadi seperti yang diinginkan. Selalu lapisan atasnya... lembik dan kena sudu pula bila nak makan... Rasanya bukan mak sorang saja yang mengalami perkara yang sama.

Kadang-kadang sampai mak terfikir... betul ke resepi yang dorang kasi ni. Sampai naik geram dan tahu-tahu sajalah... kalau tak jadi dan cantik sapa pun taknak makan. Akhirnya terbiar sepi atas meja dan...

Mak tak putus asa... cari dan cari lagi resepi kueh ni dan bermacam-macam versi yang mak jumpa. Dalam banyak-banyak resepi itu, yang inilah yang paling mak berkenan. Itupun mak dah ubah suai sikit.

Setelah beberapa kali mencuba... 

KUIH SERI MUKA
(Loyang 8 in bulat)

Bahan Lapisan Bawah:
250 gm beras pulut
150 ml santan (sedikit minyak masak anggaran1 sudu makan jika guna santan kotak)
150 ml air
1 sudu kecil garam halus

Cara-cara:
1. Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.
2. Gaulkan dengan semua bahan-bahan dan kukus selama 30 minit. Apabila masak ratakan dalam loyang yang telah di alas dengan plastik dan tekan pulut dengan sudu supaya padat.

Akhirnya mak berjaya dan puas hati dengan hasilnya.

Bahan lapis atas:
(A)
125 gm gula kaster
50 gm tepung kastard
1 sudu makan penuh tepung gandum
200 ml santan pekat
200 ml air untuk diblender dengan 5 helai daun pandan

(B)
2 biji telur
Sedikit garam halus
Pewarna hijau

Cara-Cara:
1. Gaul semua bahan A dan masukkan bahan B. Kacau hingga sebati.
2. Tapis ke dalam periuk dan kacau atas api hingga naik wap (lebih kurang 2 - 3 minit agak-agak nampak pekat sikit)
3. Kemudian tuangkan atas lapisan bawah dan kukus selama 30 - 40 minit.
4. Supaya nampak cantik... apabila kueh benar-benar sejuk barulah dipotong dengan pisau plastik.

12 comments:

  1. Boleh ikut resepi ni nanti.tq sweetie

    ReplyDelete
  2. Wow... Kuih favourite nie👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai yang menggemari kuih ni cik bunga. Tapi yang membuatkan rasanya berbeza ialah lapisan atasnya. Sesetengah orang guna tepung gandum untuk lapisan atas. Ada juga yang mencampurkannya dengan tepung jagung. Tapi saya lebih suka lapisan atasnya adunan tepung kastad. Baunya wangi dan rasanya pun sedap.

      Delete
  3. Tak pernah cuba buat tapi kalau bab kuih ni agak failed sikit. Kena rajin buat dan cuba sampai berjaya. Kuih sedap kalau pandai buat memang syoklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... saya gitulah.... sekali buat tak jadi... try lagi... dan lagi... akhirnya ok... jgn give up... dan bila dah jadi... syoknya tu mmg lain macam...

      Delete
  4. cantikmenjadi pulut sekaya sweetie feveret kak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya pun sedap kak PI... (eh puji diri sendiri..) hehe...

      Delete
  5. tak pernah buat seri muka ni tapi saya suka makan kuih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak mcm senang je nak buat... tp payah juga nak bagi atasnya tu cantik dan 'keras'. Saya pun dah beberapa kali mencuba... baru kali ni menjadi.

      Delete