Monday, May 14, 2012

Nota Hari Ibu...


Ucapan Hari Ibu dari anak perempuanku Ojet, Thanks You
Very Much! Dik Da!

Thursday, May 10, 2012

Cuma Angan-angan...

(Masih ada beberapa tahun lagi bekerja
sebelum bersara.)

Petang tadi seorang kawan satu tempat kerja (tapi lain-lain department) tiba-tiba tanya berapa umur aku sekarang. Hai!  apahal tiba-tiba tanya pasal umur aku. Aku tak fikir apa-apa tapi soalan tu pada aku agak peribadi dan sensitif.

Dia ketawa bila aku cakap soalan dia tu soalan maut. Aku tanya balik kenapa dia nak tahu umur aku. Tak ada maksud apa-apa pun katanya. Cuma dia nak tahu berapa lama lagi aku nak pencen. Nak buat apa lepas pencen.

Entahlah, aku cuma fikir nak berehat je. Ada juga beberapa orang kawan sarankan buka perniagaan. Tentunya yang bersangkut paut dengan kek dan roti. Tapi aku kata aku tak larat dah. Sekarang ni pun dah rasa penat bekerja. Tak sabar rasanya nak bersara.

Sekarang ni aku membayangkan aku nak duduk di rumah saja bila bersara nanti. Aku angankan, pagi aku hantar anak-anak sampai di pintu pagar, kemudian cium-cium dan lambai-lambai mereka untuk ke tempat kerja. Dan bila petang sambil duduk atas kerusi malas aku tunggu anak-anak pulang kerja. Tentunya sambil menunggu kepulangan mereka, aku dah siapkan minuman petang dengan kuih-kuihnya sekali.

Aku juga angankan sebuah rumah yang ada sedikit tanah untuk aku bercucuk tanam. Paling tidak aku boleh menanam pokok bunga ros dan sebuah kolam ikan kecil. Sepanjang hari di rumah bolehlah aku lekakan diri dengan membelek pokok-pokok bunga, memerhatikan ikan berenang-renang di kolam dan bila mahgrib ke surau sembahyang berjemaah dengan jiran tetangga. Ya, ada banyak lagi aktiviti bercorak keagamaan yang boleh aku sertai waktu tu. Lagipun bersara pada umur 55 tu belum lah tua sangat. Masih kuat lagi, yang penting mulai sekarang aku sentiasa menjaga kesihatan.

Hmm! cuma angan-angan selebihnya hanya Allah yang maha mengetahui.

Wednesday, May 9, 2012

Sama Banyak Dengan Bintang di Langit!...



(Ojet yang prepare meja ni...)

“Abang sayang mak?”

“Sayang!”

“Banyak mana...” dan dia (abang) akan tunjukkan sepuluh jarinya pada aku. “Banyak ni, ni..ni.. banyaklah. Aaaa sama banyak dengan bintang-bintang kat langit.”  Lepas tu abang akan peluk aku.

“Mak pun sayang abang, banyakkkk, macam bintang-bintang kat langit jugak!”

Tapi semua tu kenangan. Kenangan masa abang kecik-kecik dulu. Sekarang abang dah besar panjang. Sudah 20 tahun umurnya.

Saat ini aku merindui waktu dulu-dulu. Emo...lah pulak aku sempena Hari Ibu kali ni.

Buat abang yang sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun 1 sekarang ini, mak doakan segalanya dipermudahkan dan semoga abang berjaya dengan cemerlang! Aminnnn!

Tuesday, May 1, 2012

Ojet & MEdSI

Seperti yang telah di beritahu, anak perempuan ku Ojet sekarang ni jadi penanam anggur sehingga bulan September nanti.  Masa tu keputusan UPU keluar. Tengoklah, Ojet akan dapat universiti mana. Tapi Sabtu lepas, Ojet ke Sekolah Menengah Sungai Pusu untuk menduduki ujian MEdSI.

Apa MEdSI tu? Aku sebelum ni pun tak tahu apa MEdSI. Jadi aku pun searchlah makna MEdSI ni. Ooo rupanya Malaysian Educators Selection Inventory atau kalau di Melayukan Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia.

Ujian MEdSI ni di berikan kepada calon/pemohon yang ingin mengikuti bidang perguruan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Ianya ujian khas kepada yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Tujuan MEdSI ni adalah untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi personaliti, minat kerjaya, nilai integriti dan kecerdasan emosi. Mereka yang berjaya dalam MEdSI ini pula akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Seterusnya meneruskan pengajian dalam jurusan pendidikan di universiti yang telah di pilih oleh pemohon.

(Sebahagian dari bakal-bakal pendidik Malaysia yang
mengambil ujian MEdSI di dewan SMK Sungai Pusu
Sabtu lepas.)

Besarlah harapan aku, agar anak perempuanku Ojet berjaya dalam ujian tu dan meneruskan pengajian TESLnya sehingga menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Dah terbayang-bayang depan mataku Ojet dengan jubah dan topi konvonya... Hmmm! angan-angan seorang emak. Mudah-mudahan menjadi kenyataan. Aminnnnnn!!!.