Itu cuma kata-kata penyedap hati untuk menolak pelawaan.
Setelah difikirkan sedalam-dalamnya mak menolak pelawaan itu. Walau dalam hati sebenarnya meronta-ronta untuk ikut lagi. Tetapi keadaan tidak begitu mengizinkan. Terutamanya kewangan. Tabung ayam mak dah pecah!
Ojet bawa mak ke Cyberjaya. Katanya ada janji dengan seseorang. Mak ok je... dan dia bawa mak singgah di satu showroom projek perumahan.
Rupanya kawan yang dimaksudkan agen hartanah. Kedatangan kami 'di sambut mesra' managernya. Selepas serba sedikit penerangan kami di bawa melihat rumah contoh. Memang mak teruja... dan berangan kejap...
Selepas dua tiga kali pusing-pusing kami di bawa melihat plan dan Ojet cakap..."mak pilihlah yang mana..." Eh! mak memang betul-betul terkejut. Nak menangis pun ada waktu itu. Petang itu Ojet settlekan booking dan depositnya.
Dalam perjalanan balik mak tanya... kenapa beli rumah tu. Sebab mak risau... besar hutangnya... (biarlah rahsia tentang harga.) Adakah kerana dia memang nak beli... Kata Ojet dia beli rumah tu untuk mak. Dia nak bawa mak pindah dan duduk di satu kawasan seperti yang mak idam-idamkan selama ini.
Jauh dari hiruk pikuk... kawasan pinggir bandar. Bersih dalam konsep ala-ala resort... Rumah dalam taman... dan berpagar. Ada pengawal keselamatan. Semua lengkap dalam satu kawasan...
Dan mulai dari 'tarikh itu' mak mula berangan... Konsep hiasan dalamannya. Kabinet dapurnya dan barangkali sedikit pengubahsuaian. Itulah sebabnya mak tak boleh ikut pelawaan rakan mak puan Aishah jalan-jalan kali ini.
Rumah baru yang bakal mak duduki... - pix dari laman web pemaju.
Selepas balik dari Europe baru-baru ni... Ojet buat surprise untuk mak. Suatu petang dia ajak mak keluar. Katanya saja nak ajak mak round-round. Tanpa banyak soal mak ikut. Lagipun hari minggu. Dah tak ada apa yang nak di buat di rumah.
Ojet bawa mak ke Cyberjaya. Katanya ada janji dengan seseorang. Mak ok je... dan dia bawa mak singgah di satu showroom projek perumahan.
Rupanya kawan yang dimaksudkan agen hartanah. Kedatangan kami 'di sambut mesra' managernya. Selepas serba sedikit penerangan kami di bawa melihat rumah contoh. Memang mak teruja... dan berangan kejap...
Selepas dua tiga kali pusing-pusing kami di bawa melihat plan dan Ojet cakap..."mak pilihlah yang mana..." Eh! mak memang betul-betul terkejut. Nak menangis pun ada waktu itu. Petang itu Ojet settlekan booking dan depositnya.
Dalam perjalanan balik mak tanya... kenapa beli rumah tu. Sebab mak risau... besar hutangnya... (biarlah rahsia tentang harga.) Adakah kerana dia memang nak beli... Kata Ojet dia beli rumah tu untuk mak. Dia nak bawa mak pindah dan duduk di satu kawasan seperti yang mak idam-idamkan selama ini.
Jauh dari hiruk pikuk... kawasan pinggir bandar. Bersih dalam konsep ala-ala resort... Rumah dalam taman... dan berpagar. Ada pengawal keselamatan. Semua lengkap dalam satu kawasan...
(nota mak: catatan ini dibuat sebagai mengingati hari di mana mak betul-betul surprise... hari di mana mak hampir mengalirkan airmata... Moga umur mak panjang dan sempat menjejakkan kaki di rumah baru ini nanti... thank you dikda)
Ya Allah...bersyukurnya. Yang membaca pun terasa aura seronok...panas pulak rasa muka ammi.
ReplyDeleteSebelum ni dia tak pernah cakap atau bincang dgn saya ttg hasratnya nak beli rumah... mmg satu kejutan pada mak ptg tu ammi.
Deleteseronoknya dapat rumah baru. tmpang happy
ReplyDeleteDalam seronok berdebar dan risau juga Rahana... Tapi mungkin dia dah tak 'lalu' dengar rungutan saya ttg persekitaran tempat kami skrg
DeleteHana maklum sendirilah... kawasan2 perumahan sekitar KL dan S'ngor ni... lebih2 lagi kawasan pemindahan... kotor dan 'semak' dengan gerai-gerai haram. Pastu tak jaga kebersihan... Itulah yang membuat anak perempuan saya cari rumah lain.
Alhamdulillah...kwsan Cyberjaya mmg best ala-ala resort..
ReplyDeleteYa, nohas... area2 cyberjaya dan putrajaya mmg cantik... bersih dan tak sibuk. Rumah yang kami duduk skrg tengah-tengah bandar... bising dan paling tak seronok banyak sangat gerai-gerai pacak didirikan membuatkan persekitarannya kotor dan tak teratur. Majlis perbandaran pulak tak ambik pot langsung... dah banyak kali komplen... jawapannya tak sampai hati nak robohkan... itu tempat dorang mencari rezeki... Akibatnya longkang2 jadi tersumbat, air bertakung dan busuk... tikus pun banyak... eei tak gemar saya...
DeleteAllahu...rezeki tu sweetie.berbahagialah mendapat amak yg berbudi kepada ibunya
ReplyDeleteMurah rezeki adik.in sya allah
InsyaAllah! Nieda... tapi bab rumah ni saya tak minta dia tetiba buat surprise.
DeleteAlhamdulillah 🤲🤲🤲
ReplyDeleteSweetie kena rajin bersenam atau jalan Jalan jew kadi keluaq peluh sikit.. Cikbunga tak sabar nak tgk sweetie dot kunci👍👍
Ya.. Ojet pun cakap mcm tu... nanti dah duduk rumah baru ada track jogging dlm kawasan rumah tu... bolehlah mak jalan2 pagi dan petang sebagai exercise.
Delete👍👍
Deletealhamdulillah
ReplyDeleteYa alhamdulillah... sesuatu yg saya tak pernah jangkakan zana...
DeleteAlhamdulillah...cantik rumah tu, terharu kan dengan surprise dari ojet. Moga Allah panjangkan umur mak untuk dapat duduk dirumah tu bersama anak2
ReplyDeleteInsyaAllah! mudah-mudahan.
Delete