Tuesday, September 25, 2012

Kereta pulak nak 'bermanja'...

 Kereta aku yang di'usung' dengan trak tunda sampai
ke Seremban, semalam.

Hai, kereta meragam dan nak 'manja-manja'lah pulak. Kenalah naikan atas trak tunda dan usung ke workshop. Kejadian ni berlaku semalam. Aku out station. Pergi ke Temeris, Bahau Negeri Sembilan. Ada urusan dengan pejabat Felcra di sana. Ditemani kakak aku memandu santai je sambil borak-borak cerita perihal anak-anak. Begitu begini urusan selesai pukul 4 petang. Dah kebetulah sampai di Bahau aku dan kakak bercadang nak melencong ke Jempol untuk menziarah seorang mak saudara yang tinggal di Kampung Jelutong dalam daerah Jempol.

Biasalah, kalau dah jumpa mak saudara aku sorang ni, dia suruh masaklah, makanlah, minumlah, pergi kutip sayur-sayur kampung yang di tanam sekeliling rumahnya bagai. Siap je memasak dan makan, lepas maghrib tu aku dan kakak bertolak balik ke KL. Tak sampai beberapa meter berjalan aku rasa kereta lain macam. Pergerakkannya seperti 'meloncat-loncat'. Sekejap laju sekejap slow.

Kejadian seperti ini pernah terjadi waktu aku ke Singapore hujung tahun lepas. Tapi lepas di hantar servis kondisinya ok balik. Jadi aku ingat mestilah problem yang sama berulang balik. Apapun cemas tetap ada. Tiba-tiba aku terdengar seperti ada sesuatu berdetap dan lampu gear D berkelip-kelip. Enjin kereta bunyi lain macam. Kereta jadi slow. Aku panik! Pulak tu kejadian berlaku waktu malam dalam kawasan kampung yang gelap dan sunyi. Aku cuba bertenang dan memandu perlahan menuju ke pekan Batu Kikir yang berhampiran.

Dalam pada bertenang-bertenang tu, berpeluh juga cari nombor ejen insuran dan maklumkan kejadian yang berlaku. Takut pun ada, faham-faham jelah, pekan kecil. Lepas pukul enam petang dah 'mati'. Orang semua dah balik rumah masing-masing. Suasana sunyi dan macam tak berpenghuni. Lebih kurang pukul 8.30 malam macam tu, trak tunda sampai. Malam tu aku dan kakak merasalah naik trak tunda sampai ke Senawang Seremban. Nak gelak pun ada, hilang glamour.

Tapi aku solutelah pada pemandu trak tunda dan pengawal keselamatan di workshop Honda Senawang. Sebelum balik, pemandu trak berbangsa Cina beragama Islam tu tanya aku, macam mana nak balik KL. Aku beritahu adik lelaki ku datang. Dia tanya lagi, adik aku tu dah tahu ke? Aku kata adik aku dalam perjalanan dan hampir sampai. Dan pengawal keselamatan workshop tu lelaki Melayu separuh umur, sentiasa menemani aku dan kakak di tepi jalan Senawang tu sehingga adik lelaki ku sampai. Dia kata bahaya perempuan duduk tepi jalan malam-malam macam tu. Dan ejen insuran pun call, tanya aku dah sampai ke workshop ke belum.

Alhamdulillah! semuanya dah selesai. Kereta pun dah dibaiki. Masalahnya, setting sensor gearnya dah lari. Kena reset dan setting balik semula. Hendaknya janganlah meragam lagi. Aku ni jenis yang cepat panik jugak. Kena pulak sekarang ni selalunya sangat long distance.

Thursday, September 20, 2012

Kembali sendirian...


Hampir dua bulan aku 'tinggalkan' blog ni. Banyak peristiwa dan kenangan sepanjang dua bulan tu.Sekarang aku kembali sendirian di rumah. Anak-anak semuanya sudah kembali ke universiti masing-masing.

Abang, Sheffield Universiti, UK.

 Ojet, UiTM.

Semoga mereka kembali dengan kejayaan yang membanggakan kami sekeluarga.