Monday, March 30, 2015

Dalam satu temuduga...

A: "The way you speak, you ll make a lot of enemies that way. You should realize only select few will be able to comprehend your views. Some may think you're arrogant"

B: (Ouch!)

A: "So, it seems you have no idea at all what our company does?"

B: (Damn, I messed up)

A: "When I asked you how the slumping oil price would impact us you talked about how it would boost the Tories' chance in the coming election and even went to explain their budget. Not the answer I was expecting"

B: (Did I do something wrong?)

A: "And I'm not sure if John Rawls theory of justice is a wise topic to talk about at an engineering interview"

B: (Hey, everyone should be forced to learn Rawlsian justice)

A: "So I will shortlist your name for our successful candidates..."

Sunday, March 1, 2015

Momen indah...

Pagi ini aku keluar rumah seawal 8 pagi untuk ke tempat kerja. Selalunya pukul 9.30 baru aku keluar. Waktu tu jalan dah tak jammed. Dalam masa 20 minit sampailah ke tempat kerja. Tapi pagi ini special sikit dan merupakan satu momen indah dalam hidup aku.

Dua puluh tahun dulu tak pernah aku terfikir akan melalui saat seperti pagi ini. Sukar untuk gambarkannya. Tapi terasa macam diri kembali muda...

Sebenarnya pagi tadi aku menghantar Ojet ke tempat kerjanya. Hari ni dia dah mula buat latihan industri. Tak sangka kan... pada hari ini aku merasa keluar bekerja bersama dengan anak. Dan bila aku keluar bergandingan dengan dia pagi tadi terasa macam kawan serumah pulak... hahaha.

Kami sama-sama bersiap, sarapan dan keluar bersama. Aku tumpangkan dan turunkan dia betul-betul depan ‘officenya’. Walaupun jarak antara rumah dan tempat dia buat latihan tu dekat je dan boleh naik LRT tapi aku sengaja menawarkan diri untuk menghantarnya sebab hari ini banyak benda yang dia nak bawak. Kesian pulak tengok tertonggek-tongek dengan kasut tinggi dan menjinjit beg berjalan ke LRT station. Lepas turunkan Ojet aku memandu pulak ke tempat kerja aku yang jaraknya cuma lima belas minit untuk sampai.

Ojet buat praktikal di Petronas. Macam yang aku cerita dalam entri sebelum ini. Hanya lima station LRT dari rumah untuk sampai ke Menara Berkembar tu. Ada empat syarikat dia dapat buat praktikal sebenarnya. Dua syarikat GLC dan dua lagi syarikat multinasional. Dan salah satunya beribu pejabat di London.

Tapi nampaknya Ojet memilih Petronas. Sebab syarikat luar negara tu mahu Ojet teruskan praktikalnya sehingga hujung tahun ini atau sekurang-kurangnya sampai bulan Julai. Tentulah tak boleh sebab Julai ini kami akan terbang ke UK untuk menghadiri majlis konvokesyen abang dan bercadang jalan-jalan di beberapa buah negara Eropah selama sebulan.

(nota mak: Teringin pulak nak keluar lunch date dengan Ojet nanti...and good luck Dikda! Sungguh-sungguh ya dan dapatkan markah A.)