Tuesday, March 10, 2026
Lapar...
Tuesday, March 3, 2026
Gassho-Zukuri di Shirakawa-go...
Pagi datang lagi di Kanazawa dengan kedinginan yang menggigit. Usai bersarapan kami mengisi beg-beg pakaian ke dalam kereta. Hari ini kami akan berpindah lagi. Cukuplah dua hari menjadi tetamu di Kanazawa.
Perjalanan hari ini menuju ke Shirakawa-go yang terletak di kawasan pergunungan. Untuk sampai ke sana, kami melewati kawasan hutan-hutan yang diliputi salji... kaki-kaki gunung dan beberapa terowong yang panjang. Kelihatan juga sungai-sungai yang membeku. Terpegun dengan keindahan yang terbentang di depan mata, kami memotret suasana cantik ini dalam bentuk video.
Hampir satu jam setengah akhirnya kami sampai ke tempat yang di tuju. Shirakawa-go... sebuah perkampungan tradisional Jepun yang wujud 250 tahun dulu... rumah2 petani yang dibina tanpa paku dan bumbung jerami berbentuk curam untuk memudahkan salji tebal mengalir jatuh. Setiap rumah mempunyai loteng yang besar untuk penternakkan ulat sutera.
Terletak di Wilayah Gifu... seni bina rumah ladang ini di gelar gassho-zukuri yang bermaksud 'tangan berdoa'.
Wednesday, February 25, 2026
Teringat Dan Seram...
Rasa sayang nak tanggal dan pulangkan kimono yang mak dan kawan-kawan sewa. Memang ada auranya pakaian itu... dan-dan rasa diri macam Oshin... watak dalam drama bersiri dari Jepun yang popular lewat 80-an dulu... .
Tengahari kami ke Omicho Market untuk makan. Selesai makan kami jalan-jalan sebentar di pasar. Cantik pasarnya, kemas, bersih dan teratur. Mak sering membayangkan kalaulah pasar-pasar di Malaysia begini keadaannya.
Wednesday, February 18, 2026
Berkimono Dalam Titisan Salji di Ishikawa...
Seperti pagi-pagi sebelumnya, mak cuma mengambil secawan kopi, croissant dan salad sayur-sayuran. Mak sengaja pilih meja di tepi dinding kaca supaya nampak suasana di luar cafe. Kenderaan mula sibuk lalu lalang, pejalan kaki melangkah cepat dan ada juga yang berbasikal.
Selesai bersarapan mak dan kawan-kawan bersiap untuk ke Kenrokuen Gardens di Ishikawa. Perjalanan hanya empat minit dari hotel penginapan.
Tuesday, February 17, 2026
Kalau ke Jepun...
Seronoknya travel ini bila kita dapat geng yang sekepala. Jatuh dan terbenam dalam salji ketika bersnowmobile di Hakuba kekal jadi kenangan yang tak akan dilupakan. Terasa jiwa muda kembali..ha..ha..ha.. Yelah kami berempat dalam lingkungan usia 50 dan 60an.
Puas bergolek-golek dalam timbunan salji. Ala nak malu apa kan. Kita dari negara yang beriklim panas... Jumpa salji mesti keterujaannya itu lain macam...
Semua keletihan... Dalam perjalanan pulang semua sudah terlentok dalam kereta. Dari Hakuba kami menuju ke Toyama. Sepanjang perjalananan dari Hakuba ke Toyama kami melalui jalan pesisir pantai Laut Jepun. Kenderaan agak banyak. Kelihatan permukaan laut Jepun berkabus... barangkali mungkin kerana sekarang musim sejuk.
Walaupun cuma perjalanan singkat kira-kira 25 minit di laluan Hokuriku dari Toyama ke Kanazawa iaitu melalui dua station saja tapi sekurang-kurangnya mak dah ada pengalaman itu.
Sunday, February 15, 2026
Tercampak Dalam Salji Yang Dalam...
Sebelum berlepas ke Jepun lagi mak dan kawan-kawan memang dah rancang untuk menunggang snowmobile memandangkan ketika ini salji turun lebat... tapi tak sangka pula track yang akan kami lalui agak mencabar. Laluannya menyusuri sungai, hutan dan berbukit-bukit.
Dengan bayaran 12,500 yen seorang... kami di berikan pakaian yang sesuai, topi keselamatan dan serba sedikit penerangan tentang bagaimana untuk mengendalikan snowmobile.
Hati mak berdebar bila diberitahu kami tidak dilindungi insurans jika terjadi kemalangan ketika menunggang.
Kerana kami budak baru belajar kelajuan yang di bawa sekitar 30km/j ...tetapi apabila motor yang mak tunggangi melewati kawasan sedikit tinggi dan curam, motor mak tiba-tiba hilang kawalan dan meluncur laju ke bawah tebing serta terhumban ke dalam timbunan salji yang dalam. Mak terpaksa merangkak untuk keluar dari dalam salji yang tingginya separas pinggang.
Mengenang kembali kejadian ini kami ketawa. Ia satu pengalaman yang menyeronokan dan meninggalkan satu kenangan manis.
Wednesday, February 11, 2026
Berpayung dan Menggigil kesejukan...
Baru beberapa hari di Jepun mak rasa enjoy sungguh... walaupun terpaksa berpindah dari satu hotel ke hotel yang lain. Ini kerana tempat-tempat yang ingin di lawati jaraknya agak jauh antara satu sama lain.
Hari ini mak dan rakan-rakan mahu ke Hakuba Ski Resort. Kami bercadang untuk bermain snowmobile. Masa untuk sampai lebih kurang satu jam setengah. Selesai bersarapan kami memasukkan beg-beg pakaian kedalam kereta.
Pagi di Matsumoto tenang... udara dingin dan sejuknya menggigit hingga ke tulang. Perjalanan di lebuhraya lancar. Hadlaju yang di benarkan hanya 80km/jam.
Sebaik saja kereta kami melewati Azumino, kelihatan kawasan pertanian yang terbentang luas. Nun jauh di jajaran gunung-gunung kelihatan salji kian lebat.
Semakin kami mendekati kawasan pergunungan tiada lagi pemandangan yang terlihat selain dari timbunan salji di kiri kanan jalan... kawasan hutan tebal... dan kelihatan tompokan salji yang tersangkut pada dahan dan daun-daun kayu. Terasa seolah-olah masuk ke satu dunia lain seperti dalam filem frozen.
Untuk sampai ke Hakuba Ski Resort kereta kami melalui beberapa terowong yang panjang merentasi kaki-kaki gunung.





































