Thursday, April 29, 2010

Pengetahuan am dan graphic....

Sebahagian lagi tugas harian di pejabat. Fakta dibekalkan oleh pusat sumber company manakala lukisan dan graphic saya sendiri yang melukiskannya. Dan ia adalah untuk siaran sebuah akhbar lama dulu (beberapa tahun dulu). Tapi saya tukar by line dan susun aturnya untuk di postkan pula di blog ini.


Ada banyak lagi fakta dan graphic yang saya buat dulu dalam simpanan. InsyaAllah akan saya postkan disini.

Cabaran...

Pernah sorang kawan sekerja kata, kalau nak merasakan cabaran cubalah melukis wajah orang-orang tua. Ya! agak sukar, terutama untuk melukis dan menghidupkan kedutan-kedutan diwajah.

Permulaan grafik...


Sweet Memory dalam Catatan Kehidupan Seorang Emak! Memang itulah tujuan saya membuka blog ni. Saya ingin mencatatkan hari-hari yang saya lalui sebagai seorang surirumah, ibu, isteri dan kerjaya saya. Dan hari-hari itu ingin saya catatkan di sini sebagai Sweet Memory.


Dan apa yang saya postkan kali ini adalah berkaitan dengan kerjaya saya. Malah ia juga mungkin berguna sebagai sumber pengetahuan am. Bahan ini juga adalah antara permulaan saya dalam bidang graphic dan adobe ilustrator.

Friday, April 16, 2010

Karya lama..

Hobi masa lapang untuk menghilangkan kebosanan dan membuatkan aku leka.
Asalnya dilukis menggunakan ilustrator 8 kemudian di 'convert'kan dalam Adobe photoshop CS3.
Any comments?

Wednesday, April 14, 2010

Bang Ngah sudah pergi...

(Yang hidup pasti mati... Siapalah kita yang mampu
menahannya. Semakin jauh kita melangkah didunia ini semakin
dekat kita dengan kematian.)

Genap sudah seminggu bang ngah pergi meninggalkan kami adik beradik. Pergi yang tidak akan kembali lagi. Yang tinggal hanya seberkas kenangan buat mengubat kesedihan dan kerinduan.

Tuesday, April 6, 2010

Doaku buat bang Ngah cepat sembuh...

(Ronda-ronda Putrajaya...)

Lama betul aku tak membuat catatan disini. Bukan tak ada cerita dan peristiwa dalam diari hidup seorang emak ni. Malah seminggu dua ni ada macam-macam cerita tapi aku tak mampu untuk menulis. Ada cerita sedih dan ada juga cerita gembira.

Cerita sedihnya, hari ini masuk hari yang keenam abang kandungku (bang ngah) di rawat di ICU Hospital Selangor, Shah Alam. Belum sedarkan diri lagi selepas menjalani operation jumaat lepas. Oh! aku tak suka menulis tentang ini.... Hati aku gementar bila memikirkan keadaannya.

Cerita gembiranya... biarlah aku simpan dulu ...

...DAN...

Aku menunggu apa agaknya ole-ole yang di bawa oleh husband dari Beijing!