Nasi kerabu sarapan yang mak makan di warung tepi
jalan Niyomrat pada hari kedua di Hadyai.
Menikmati aiscream kelapa yang segar dan sedap
di Sukhum Road selepas turun dari Tangkuan Hill.
Seorang rakyat tempatan bertanya... apa pandangan mak tentang Thailand. Apakah yang terlintas dan terbayang di fikiran mak.
Secara jujurnya mak jawab, maknyah dan pelacuran. Dan dia senyum. Katanya dia tak salahkan mak tentang jawapan itu. Mana-mana pun rakyat asing yang diajukan soalan yang sama akan memberikan jawapan serupa.
Katanya, sebagai rakyat Thai dia memang malu dengan pandangan orang luar tentang negaranya. Kerana itu menurutnya rakyat Thailand berusaha untuk mengikis pandangan negatif itu. Mereka bersama 'membersihkan negara' mereka dari aktiviti tidak bermoral tersebut.
Antaranya mereka jadikan produk makanan sebagai tarikan pelancong. Lihat saja di sini... maksudnya Hadyai... dan katanya lagi selepas kunjungan ini nanti anda akan mengingati betapa enak dan sedapnya makanan kami sepanjang anda berada di sini. Dan tidak mustahil anda akan kembali lagi ke sini untuk menikmatinya.
Pada hari kedua di Hadyai.. selepas menikmati pemandangan dari atas Tangkuan Hill dan Samila Beach... mak dan kawan singgah di satu restoran yang terletak di Rajuthit Road untuk makan malam.
Pada hari kedua di Hadyai.. selepas menikmati pemandangan dari atas Tangkuan Hill dan Samila Beach... mak dan kawan singgah di satu restoran yang terletak di Rajuthit Road untuk makan malam.
Banyak sungguh jenis hidangan makanan yang di sajikan. Malam itu mak makan steambot. Selain itu mak cuba juga kerabu dan lauk-lauk lain yang di sediakan. Termasuk pencuci mulut juga buah-buahan. Sungguh sedap dan mak bagaikan terasa-rasa lagi keenakannya.
Makanan di hidangkan secara bufet. Ada banyak
di mana lokasi makan halal yg byk lauk tu ?
ReplyDeleteAliff Hotpot di Rajuthit Road, Songkla.
Deletenasi kerabu daging bakar mmg jadi santapan kalau ke hadyai ...di restoren rohana . 60 baht sepinggan
ReplyDeleteSaya order juga bihun sup dan roti canai... warung nasi kerabu ni di belakang petrol stesen depan Lee Garden Hotel.
Deleteada 2 hotel nama Lee Garden...satu lg yg Lee Gardens Plaza..
DeleteLee Garden Plaza kat Prachathipat road... saya duduk kat Lee Garden hotel yg di Leepatana Alley.
Deletemakan2 di Hatyai mmg best..steamboat dia banyak betul pilihan..murah pulak tu..
ReplyDeleteSaya kalut nohas... tak tahu mana satu nak pilih... sedap2. Steambot pun sedap jugak. Last-last mcm ular sawa lepas menelan kambing... hehehhehe.
DeleteBestnya...
ReplyDeleteMmg best dan sedap2 makanan dorang zana... Restoran yg saya pergi ni milik org Pattani... bersih dan ada disediakan bilik solat sekali.
Deletewow...tengok gambau pon dah tahuu sedappp ... cam ner tue ;)
ReplyDeleteKena pergi sanalah tue... hehehe
DeleteInsyaAllah jika ade rezeki ๐๐
DeleteCuti2 sekolah ni boleh bawak anak2. Tak mahal sgt cik Bunga... percaya tak... kos perjalanan saya ni RM299 termasuk hotel.
Deleterugi kalau diet bila p sana,, makanan sedap sedap tau.. hehe
ReplyDeleteBetul Yati... mcm syurga makanan..
Deletememang leh diet la kan kalo kesana..
ReplyDeletesapa diet diaa rugi ehehik..
Mmg rugi diet... dtg ke Hadyai ni bestnya mmg tang makanlah hehehe.
DeleteDi thailand pun ada nasi kerabu kan. Tp daging bakar dia memang osem la.
ReplyDeleteYer... kebanyakan peniaga org Pattani. Loghat dorang bunyi org Kelantan...
DeleteSalam kenal dari JM..nak nak panggil MAK ke Auntie Sweetie ke kak Sweetie hihih..JM dpt tahu pasal blog ni dari entri Kak Nieda dan Cik Bunge..nak cari resipi kat blog ni hihihi
ReplyDeleteSalam JM... mak boleh... untie pun boleh.... kak sweetie tu mcm muda sgt ... hehehe...
DeleteActually blog saya ni blog masakan.. klau ada kisah masakan atau resepi... tu cuma kisah saya memcuba resepi yg saya dpt dari blog lain.
memang byk betul hidangan..KERABU??? feberet JM tu..iskk tgh ni rasa nk buat kerabu lak makan ngn nasi hihhi
ReplyDeleteKerabu ni sedap ratah2 gitu je kan. Baru2 ni saya ke Hadyai... mmg mcm2 kerabu saya jumpa dan makan...
Delete