Saturday, November 16, 2019

Baru Terasa di Thailand...

(cop pasport - 3H2M - Hadyai - 2)

Bila nampak signboard baru terasa berada di Thailand.

 Sarapan pagi merangkap makan tengahari.

Urusan di pintu masuk imigresen Thailand selesai sejam kemudian. Pemandangan sepanjang jalan dari Padang Besa menuju ke pekan Hadyai cuma rumah-rumah kampung dan kebun-kebun getah. Kelihatan juga masjid. Tak jauh beza pun dengan suasana pemandangan di Malaysia. Cuma terasa lain bila nampak signboard yang ditulis dalam tulisan Thai.

Dan dalam perjalanan ini kami singgah makan di satu warung untuk sarapan pagi merangkap makan tengahari juga. Tentunya pilihan mak adalah nasi dan lauk-lauk seperti tomyam dan kerabu. Barangkali kerana terlalu lapar... mak rasa semua makanan yang terhidang ketika itu sungguh sedap! Gambar pun tak sempat ambil.

Setelah kenyang dan perut pun berhenti memainkan lagu keroncongnya, kami meneruskan perjalanan hari pertama di Hadyai ini terus ke Chang Puak Elephant Camp. Tapi mak tak masuk pun... sebab tak begitu berminat. Lagipun depan mata mak nampak gembala gajah itu menekan tengkuk gajah berkenaan dengan besi tajam untuk menyuruh gajah berkenaan bergerak. Kesian! Dan hati mak rasa pilu melihat binatang diperlakukan begitu.

Oleh kerana kembara mak ini cuma 3 hari 2 malam... jadi dalam perjalanan ke hotel penginapan kami singgah di Nora Plaza. Sebagai kenangan mak beli sehelai sarung kusyen bersulam gambar gajah, kacang gajus, pulut dan snek-snek ringan lain di sekitar kawasan berhampiran.

Lewat petang baru mak dan kawan sampai di hotel penginapan kami iaitu Lee Garden Hotel, yang terletak di Leepatana Alley. Penatnya tak dapat di gambarkan. Sehari semalam berjalan. Kulit dah rasa melekit-lekit.

Sehelai sarung kusyen sebagai kenangan tanda dah sampai Hadyai.

(nota mak: (belah Thai di sebut Pdg. Besa... huruf 'r' hilang.)

8 comments:

  1. duduk Lee Gardens bestlah..hari2 gi night market..hehe..saya pun tak naik gajah, sbb free entry,masuk utk gi toilet & ambik gambar je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kesian tengok gajah-gajah tu. Mesti dia penat di kerah berjalan tak berhenti-henti dan membawa pelancong di atas belakangnya.

      Delete
  2. saya pergi hatnyai masa cuti deepavali hari tu. konvoi naik motor ramai ramai. kami stay kat friendlytel hotel. femes jugak la lee garden hotel ni. next time boleh try la.

    ReplyDelete
  3. Bila lah nak dapat pergi sana ni? heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya hati Mekar... siapkan pasport dan duitnya... apa di tunggu lagi... bukannya jauh... sebelah je... naik basikal pun boleh sampai... hehehhe.

      Delete
  4. Tuilsan THai tu..adehh..x nk try belajar bahasa thai ke hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah... bahasa Melayu pun tak habis belajar lagi... hehehehhe.

      Delete