Thursday, November 7, 2019

Donut...

Mak memang suka donut. Dulu masa zaman-zaman remaja kalau demam arwah mak dan abah akan belikan donut bila tak lalu makan nasi. Donat tu seperti ubat. Bila dapat makan donut rasa macam demam tu sembuh. Dan sampai  dah tua ini pun mak masih suka makan donut.

Kerana suka makan donut mak berusaha mencari resepinya. Bermacam-macam sukatan dan adunan yang mak jumpa. 

Resipi ni mak dapat dari blog Rasa. Bila teliti bahan dan caranya macam senang saja nak buat. Tapi kalau ikut sukatan yang diberi 1 kilo tepung tu memang banyak dapat kuihnya. Hampir empat puluh biji donut. Jom kita buat donut. 

DONUT
(Sumber: rasa)

Bahan A:
2 1/2 cawan air suam
2 peket yis
5 sudu makan gula
5 sudu makan susu pekat manis

Bahan B:
1 kg tepung gandum
5 sudu makan marjerin
4 sudu teh barking powder
2 sudu teh garam halus

Puas hati dengan hasil pertama dari resepi ini.

Cara: 

1. Campurkan bahan A dalam satu bekas. Kacau dan biarkan kembang.

2. Sementara menunggu yis kembang satukan bahan B.

3. Masukkan larutan yis yang telah kembang ke dalam adunan bahan B. Uli lebih kurang 5-10 minit hingga doh licin dan cantik. Tutup dan biarkan lebih kurang 30 minit. (kalau mahukan donut yang cantik gebu uli lama sikit)

4. Bila doh mengembang dua kali ganda... tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.

5. Tabur sedikit tepung pada bahagian atas dan bawah doh dan canai. Ketebalannya ikut citarasa sendirilah... mak buat lebih kurang setengah inci tebal... dan terap dengan acuan donut. Rehatkan sekejap baru goreng dalam minyak yang banyak dan api yang perlahan.

Mak suka donut yang bersalut gula macam ini saja.

(nota mak: terima kasih kepada puan Ina Bakeri yang telah berkongsi resipi ini di blog rasa)

14 comments:

  1. Replies
    1. Yer, sedap donutnya... donut pesen lama-lama.

      Delete
  2. saya suka donut kerana rasa empuk tepung dan manisnya gula ..

    sekarang dah kurang makan ini semua

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Donut pesen lama... org kata donut kampung nohas. Mmg sedap!

      Delete
  4. bhn utk buat donut mudah ke ek..tapi kalau sekilo leh dpt 40 biji mcm dh nk buat jual..kiranya ni sukatan utk 1kg kan..kalau nk kurangkan lagi..agak susah nk anggar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je... bahagi dua semua sukatan.. dpt la separuh adunan... tp ok juga buat banyak... frozenkan... nanti bila nak mkn takyah mengadun lagi...

      Delete
  5. ahahaha lawak..ni pertama kali dgr tau.demam..ubatnya DONUT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Psikologi sebenarnya... hehehe. Tanyalah sesapa... masing2 mesti ada sesuatu yg mesti nak masa sakit yg bila dpt tu mcm... aaaaa... hehehe.

      Delete