Friday, November 15, 2019

Merentasi Sempadan...

(Cop pasport... 3H2M, Hadyai - siri 1)

Bila nampak signboard ni mak rasa macam tak percaya dah sampai Thailand.

Tiada perancangan untuk berjalan ke Thailand. Maksud mak ke Hadyai. Tiba-tiba saja pelawaan datang dari bekas rakan sekerja dulu. Lama mak ambil masa berfikir tentang ajakan itu. Bincang juga dengan Ojet. "Boleh ke mak ikut!"

Macam-macam yang bermain di fikiran. Dan yang paling ligat bermain di minda ketika itu ialah tentang keselamatan. Kita sendiri pun selalu dengar tentang banyak kejadian yang tidak seronok dan menakutkan di selatan Thai.

Setelah minta pendapat Ojet dan hubby akhirnya mak setuju. Lagipun belanjanya murah saja... dan Ojet berjanji akan beri mak sedikit duit untuk berbelanja di sana.

Dengan duit sebanyak RM500 ringgit yang Ojet beri mak dan rakan bertolak sekitar jam sepuluh malam dari KL Central menuju ke Padang Besar. Semalaman berada di lebuhraya... pukul enam pagi kami sampai di Padang Besar. Dan singgah di Masjid Solahuddin Al Ayyubi untuk solat subuh.

Urusan kemasukan di pintu imigeresan Thailand agak lama. Walaupun mak dan kawan sampai awal pagi... rupanya ada yang sampai lebih awal dari mak... dan beratur menunggu pemeriksaan.

Lama juga rasanya mak beratur. Kaki dah rasa lenguh. Mata pula mengantuk. Badan pun rasa tak selesa sebab tak mandi dan dalam waktu yang sama perut pula lapar dan minta diisi.

16 comments:

  1. salam....FM dah selamat sampai ke hari ni. Barakah JUmaat,
    Tkasih banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... saya dah tgk kat blog... dan tinggalkan komen...

      Delete
  2. bagi alamat sweety ke hasnidaramly@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sampul pos ekspres tu ada alamat saya.... mmg alamat surat menyurat tu...

      Delete
  3. Selamat bercuti dan enjoy your trip :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Fizah... percutian tak dirancang ni...

      Delete
  4. Kita yang kat sebelah pun tak pergi lagi, harap-harap dapat pergi jugak nanti :p

    ReplyDelete
  5. memang seronok kalau ke thailand. klw dapat spend lama sikit kat sana boleh jaan puas puas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 hari je Ibu Lala... sgt terhad masanya... perjlanan yg tak di rancang ni.

      Delete
  6. JM suka pergi Hatyai sbb suka mkn Tomyam!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya pun makanan pertama yang saya makan di Hadyai ialah tomyam. sedap! rasa dia lain dari tomyam yang kita makan kat warung2 di KL ni.

      Delete