Tuesday, November 12, 2019

Kaswi Labu Lemak Manis...

Kaswi Labu yang lemak-lemak manis

Ada sepotong labu kat kabinet dapur. Dah beberapa hari mak pegang-pegang dan fikir nak buat apa dengan labu tu. Nak buat apam... dah selalu sangat buat. Nak buat koci macam jemu pula. Lalu mak pun buka komputer dan 'merayau-rayau' mencari idea. Akhirnya mak singgah di blog Izah Muffin Lover dan 'selongkar lemari' kuih-kuihnya dan jumpalah resepi labu.

Puan Izah pun mendapat sumber resepi ini dari blog lain juga tapi mak 'tiru' puan Izah punya sebab dia dah tukar sikit kuantiti sukatan gula dan tepungnya.

Bahan:

250 gm labu dikukus
200 gm gula pasir
250 ml santan
100 gm tepung ubi
200 gm tepung gandum
25 gm tepung jagung
350 ml air
1sudu teh garam
3 helai daun pandan 
1sudu teh air kapur

kelapa parut (putih) yang digaul 
dengan sedikit garam dan
 dikukus anggaran 6 - 10 minit.

Mudah dan sedap!

Cara:

1. Labu dikukus hingga empuk dan dilecek.

2. Satukan santan, gula, garam serta daun pandan dalam periuk dan dimasak hingga gula larut.

3. Gaul dan bancuh semua tepung dengan air... kemudian tuangkan santan panas. labu yang telah di lecek dan air kapur. Gaul rata dan tapis.

4. Tuang dalam loyang. Kukus hingga masak (lebih kurang 1/2 jam). Apabila masak sejukkan dulu baru potong dan gaulkan dengan kelapa parut.

(nota mak: akhir-akhir ni memang mak kerap cuba buat kuih-kuih dan memasak... Setiap resepi yang dah dicuba dan dah 'pasti menjadi' kenalah simpan di blog ni. Sebabnya lain kali tak payah dah menyelongkar lemari dapur blogger masakan.)

14 comments:

  1. Biasa makan kaswi biasa je. Tak pernah lagi makan kaswi labu. Nampak sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Fizah! Cuma kaswi biasa tu rasa manis dan lemak masin kelapa... yang ni pula ada rasa labu.

      Delete
  2. Tak pernah makan kaswi labu..... Nanti nak cuba......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru ni pertama kali buat dan makan Zana.

      Delete
  3. Kaswi labu ye.. tak pernah makan malah tak pernah jumpa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun! ini pertama kali makan dan buat sendiri Yan.

      Delete
  4. Cantik nyer kejadian kaswi tue... Dalam piring pon cantik๐ŸŒน๐ŸŒน
    Cikbunga nampak jugak labu kat kedai.... Selalu buat pengat jew... Sbb senang... Buat kuih banyak plak process nyer๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka buat pengat, apam dan koci... kali ni try buat kaswi. Tengok resepi mmg rasa macam leceh mengadun semua tu... tpi lepas tu nak buat kali kedua dah takde hal dah cik bunga...

      Delete
  5. Menarik tapi tak pernah makan hehe. Sy pun ada share resipi juga dekat blog, jemput la baca jika berkelapangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Syed... nanti saya jenguk resepi kat blog U pulak ye...

      Delete
  6. labu kuning ni best..boleh buat sayur, boleh buat kuih-muih..suka yg texture halus..selalu dapat yg texture kasar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli yang dah siap belah dan tengok betul2... selalunya nampak kalau yang texture kasar tu nampak 'urat2' kat isinya tu. Kalau yang halus ia nampak padat dan tak ada 'urat' tu.

      Delete
  7. kuih kaswi ni x berapa suka sgt jadi x mabik la resipinya hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap jugak JM. Saya suka kaswi. Yerlah org tua2 mcm mak ni mmg suka kueh lembut-lembut... pempaham je la yer... hehehhe

      Delete