Deretan kedai body massage di hadapan hotel penginapan mak.
Tidak lengkap percutian ke Thailand atau Hadyai ini kalau tak buat urutan traditional Thai. Inilah masanya untuk memanja dan membelai tubuh badan.
Urut traditional Thai ini memang popular dan ke mana saja kita pergi di Hadyai ini kita akan jumpa banyak kedai-kedai urut dan spa.
Memandangkan dah sampai Hadyai, mak pun tidak melepaskan peluang untuk merasa urutan traditional Thai ini. Tapi mak tak buat di kedai-kedai urut yang terdapat di luar hotel penginapan... sebab agak mahal. Mak beritahu pihak hotel dan mereka yang uruskan dan bawa dua orang tukang urut ke bilik. Kenapa dua?... ialah kawan sebilik mak pun nak berurut juga... hehehe
Sebenarnya kalau kita panggil mereka datang ke bilik harganya lebih murah berbanding di kedai. Dan boleh tawar menawar.
(Pix from Google)
Mak minta urut minyak untuk satu badan. Mula-mula memang rasa takut juga. Macam menguli tepung roti badan kita di buatnya. Tapi lama kelamaan mak rasa best pula. Dan lepas berurut... badan rasa lega dan ringan. Hilang lenguh-lenguh dan sakit-sakit sendi.
Sebab puashati dengan khidmat urut yang dilakukan oleh tukang urut yang di hantar oleh pihak hotel mak beri sedikit tip untuk amoi si tukang urut. Dan malamnya mak tidur lena sampai ke pagi. Sedar-sedar hari dah tinggi.
Wah seronoknya dapat berurut.... Legakan....
ReplyDeleteTapi kalau Zana, keesokkannya akan rasa sakit2 dan terus demam....
Ya... mmg ada org mcm tu...
DeleteKalau pergi thai rugi la kalau x berurut. Senang sikit klw berurut dalam bilik nih.
ReplyDeleteSebelum berurut tu mandi siap2 lepas urut boleh terus tido... biarkan minyak urut tu kering dan meresap dlm kulit. Lena betul tido lepas tu.
DeleteSeronok nyer... Masa tue laaa. Nak memanjakan diri kan 😘😘
ReplyDeleteBadan kita pon nK kena rehat juga 😍😍
Betul cik bunga... sesekali memberi keseronokkan utk diri.
DeleteBuat juga sekali masa ke hadyai dulu.
ReplyDeleteLepas gian org kata.
Lepas tu tak nak buat dah..sebab pelanggan sebelah kerusi kekadang lelaki. Lebih baik upah org urut dlm bilik.
Itu antara sebab kenapa saya taknak urut kat kedai...
Deletebest urut thai..
ReplyDeleteRingan badan lepas tu.
Deletekalau pergi thai
ReplyDeletekena cuba nie
Cuba liynda... best. Lega dan terang mata lepas tu... hehehe...
Deleteohoohoi sedap kena urut. lega urat2 semua..
ReplyDeleteTerang mata lepas kena urut haha
DeleteBEST kalau dpt urut! lancar darah tau...paling penting tido nyenyak
ReplyDeleteMmg... lepas urut ni... mlmnya saya tido nyenyak... sedar2 matahari dan tinggi..
Delete