Siap solat mak berempat turun sarapan di dewan makan yang terletak di lantai bawah depan kaunter pendaftaran. Mak cuma ambil dua biji croissant dan secawan tea. Tak berani ambil macam-macam, tak tahu halal ke tidak.
Dewan makan hotel. Susun aturnya kemas dan simple.
Seijin no Hi bermaksud Hari Kedewasaan atau matang. Ia di adakan bagi meraikan gadis-gadis yang baru menginjak usia dua puluhan. Acara ini dianggap penting dalam masyarakat Jepun dimana ia menandakan peralihan ke alam dewasa. Bagi mereka usia 20 tahun menunjukkan usia matang.
Upacara ini menjadi satu tradisi serta warisan budaya orang-orang Jepun dan di adakan pada bulan Januari setiap tahun... ia disambut dengan upacara dan perayaan di seluruh negara kerana bagi masyarakat Jepun dewasa melambangkan tanggungjawab. Dan hari ini juga merupakan hari cuti umum.
Biasanya upacara ini diadakan di pejabat majlis perbandaran atau pusat komuniti, di mana pegawai memberi ucapan dan cenderahati kepada mereka.
Selesai bersarapan dan berfoto dengan gadis-gadis Jepun ini mak dan kawan-kawan memasukkan beg-beg pakaian kami ke dalam kereta dan bergerak menuju ke Nagano. Selamat tinggal Ota City, Tokyo.


Di tingkat 2 osaka castle boleh bergambar dgn kimono.
ReplyDeleteBayaran pun tak mahal.
Aah, dah banyak tempat dan negara yang buat mcm tu skrg. Pakaikan pelancong dgn pakaian tradisional mereka dengan bayaran tertentu.
Deletecantik makwe jepun berkimono
ReplyDeleteKulitnya pun halus dan licin kak PI
Delete