Siap solat mak berempat turun sarapan di dewan makan yang terletak di lantai bawah depan kaunter pendaftaran. Mak cuma ambil dua biji croissant dan secawan tea. Tak berani ambil macam-macam, tak tahu halal ke tidak.
Dewan makan hotel. Susun aturnya kemas dan simple.
Seijin no Hi bermaksud Hari Kedewasaan atau matang. Ia di adakan bagi meraikan gadis-gadis Jepun yang baru menginjak usia dua puluhan. Acara ini dianggap penting dalam masyarakat Jepun dimana ia menandakan peralihan individu muda ke alam dewasa. Upacara peralihan ini menjadi satu tradisi dan warisan budaya mereka dan di adakan pada bulan Januari setiap tahun.
Hari Kedewasaan juga merupakan cuti umum di Jepun... ia didedikasikan untuk menghormati orang muda yang telah mencapai usia 20 tahun yang menunjukkan usia matang dalam masyarakat Jepun.
Dewasa bermaksud lelaki dan wanita boleh berkahwin dan dibebaskan daripada kuasa ibu bapa. Pada masa yang sama, mereka dibebaskan daripada pelbagai sekatan keluarga dan sosial yang dikenakan pada kanak-kanak bawah umur.
Sebagai orang dewasa, mereka layak untuk beraktiviti secara sendiri. Seperti minum, merokok dan hak untuk mengundi serta mendapatkan lesen memandu.
Seijin no Hi dianggap satu peristiwa penting dan disambut dengan upacara dan perayaan di seluruh negara kerana bagi masyarakat Jepun dewasa melambangkan tanggungjawab.
Biasanya upacara ini diadakan di pejabat majlis perbandaran atau pusat komuniti, di mana pegawai memberi ucapan dan memberi cenderahati kepada mereka.
Selesai bersarapan dan berfoto dengan gadis-gadis Jepun ini mak dan kawan-kawan memasukkan beg-beg pakaian kami ke dalam kereta dan bergerak menuju ke Nagano. Selamat tinggal Ota City, Tokyo.

No comments:
Post a Comment