Sunday, February 15, 2026

Tercampak Dalam Salji Yang Dalam...

 Akhirnya hasrat untuk menunggang snowmobile tercapai juga.

Ini memang kali pertama bagi mak... Sebelumnya tak pernah terfikir untuk melakukan aktiviti lasak ini.

Sebelum berlepas ke Jepun lagi mak dan kawan-kawan memang dah rancang untuk menunggang snowmobile memandangkan ketika ini salji turun lebat... tapi tak sangka pula track yang akan kami lalui agak mencabar. Laluannya menyusuri sungai, hutan dan berbukit-bukit.

Dengan bayaran 12,500 yen seorang... kami di berikan pakaian yang sesuai, topi keselamatan dan serba sedikit penerangan tentang bagaimana untuk mengendalikan snowmobile

Hati mak berdebar bila diberitahu kami tidak dilindungi insurans jika terjadi kemalangan ketika menunggang.

Kerana kami budak baru belajar kelajuan yang di bawa sekitar 30km/j ...tetapi apabila motor yang mak tunggangi melewati kawasan sedikit tinggi dan curam, motor mak tiba-tiba hilang kawalan dan meluncur laju ke bawah tebing serta terhumban ke dalam timbunan salji yang dalam. Mak terpaksa merangkak untuk keluar dari dalam salji yang tingginya separas pinggang.

Mengenang kembali kejadian ini kami ketawa. Ia satu pengalaman yang menyeronokan dan meninggalkan satu kenangan manis.

8 comments:

  1. wahh...bestnya..seram jg laluannya..pengalaman menarik nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya nohas, sepanjang laluannya di penuhi pokok-pokok berduri, agaknya itu sebab dorang bagi pakaian khas dan tebal.

      Delete
  2. wah sonoknya bermain salji sejuk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan baju khas yang dorang bagi pakai tu tak rasa sejuk kak PI. Baju tu tebal dan kalis air.

      Delete
  3. Replies
    1. Betul, yelah kat negara kita mana ada salji2 ni.. tpi sekejap je seronoknya lepas tu tak tahan dah sejuk.

      Delete
    2. Sejuk lain macammm...by the way bila tgk snow fall from the sky it was "maha suci Allah yang menjadikan bumi ini" SubahanAllah

      Delete
    3. Sejuk lain macammm...by the way bila tgk snow fall from the sky it was "maha suci Allah yang menjadikan bumi ini" SubahanAllah

      Delete