Wednesday, February 4, 2026

Seijin no Hi....

Subuh di Tokyo 5.40 pagi. Udara di luar sejuk dingin. Malasnya nak bangun... ndak tak ndak kena bangun juga.

Siap solat mak berempat turun sarapan di dewan makan yang terletak di lantai bawah depan kaunter pendaftaran. Mak cuma ambil dua biji croissant dan secawan tea. Tak berani ambil macam-macam, tak tahu halal ke tidak.

Dewan makan hotel. Susun aturnya kemas dan simple.


Ketika di lobi hotel mak temui beberapa orang gadis Jepun dalam pakaian kimono yang cantik, berwarna warni, mahal dan didandan rapi. Mereka adalah gadis-gadis muda dalam usia 20an yang akan diraikan dalam satu acara yang disebut Seijin no Hi. Dan bagi lelaki pula disebut Seijin Shiki.

Seijin no Hi bermaksud Hari Kedewasaan atau matang. Ia di adakan bagi meraikan gadis-gadis yang baru menginjak usia dua puluhan. Acara ini dianggap penting dalam masyarakat Jepun dimana ia menandakan peralihan ke alam dewasa. Bagi mereka u
sia 20 tahun menunjukkan usia matang.

Upacara ini menjadi satu tradisi serta warisan budaya orang-orang Jepun dan di adakan pada bulan Januari setiap tahun... ia disambut dengan upacara dan perayaan di seluruh negara kerana bagi masyarakat Jepun dewasa melambangkan tanggungjawab. Dan hari ini juga merupakan hari cuti umum. 

Biasanya upacara ini diadakan di pejabat majlis perbandaran atau pusat komuniti, di mana pegawai memberi ucapan dan cenderahati kepada mereka.

Selesai bersarapan dan berfoto dengan gadis-gadis Jepun ini mak dan kawan-kawan memasukkan beg-beg pakaian kami ke dalam kereta dan bergerak menuju ke Nagano. Selamat tinggal Ota City, Tokyo.

4 comments:

  1. Di tingkat 2 osaka castle boleh bergambar dgn kimono.
    Bayaran pun tak mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, dah banyak tempat dan negara yang buat mcm tu skrg. Pakaikan pelancong dgn pakaian tradisional mereka dengan bayaran tertentu.

      Delete