Rasa sayang nak tanggal dan pulangkan kimono yang mak dan kawan-kawan sewa. Memang ada auranya pakaian itu... dan-dan rasa diri macam Oshin... watak dalam drama bersiri dari Jepun yang popular lewat 80-an dulu... .
Tengahari kami ke Omicho Market untuk makan. Selesai makan kami jalan-jalan sebentar di pasar. Cantik pasarnya, kemas, bersih dan teratur. Mak sering membayangkan kalaulah pasar-pasar di Malaysia begini keadaannya.
Beginilah suasana pasar basah dua tingkat di Omicho,
Kanazawa. Di bahagian atasnya restoran dan gerai-gerai makan.
Sayur-sayuran.
Wasabi
Penjual ikan.
Tabung sumbangan derma.
Selepas makan dan sebelum ke destinasi seterusnya... mak dan kawan-kawan kembali semula ke hotel untuk solat zohur.
Di sebelah petangnya kami berempat ke Nomura-ke, Samurai Heritage Residence. Di sinilah kediaman samurai pada zamannya. Keadaannya masih utuh dan terpelihara.
Tetapi pada malamnya mak tak boleh tidur dan rasa takut. Terbayang-bayang keadaan dan suasana dalam rumah samurai.
Taman yang terdapat dalam rumah kediaman samurai.







No comments:
Post a Comment