Baru beberapa hari di Jepun mak rasa enjoy sungguh... walaupun terpaksa berpindah dari satu hotel ke hotel yang lain. Ini kerana tempat-tempat yang ingin di lawati jaraknya agak jauh antara satu sama lain.
Hari ini mak dan rakan-rakan mahu ke Hakuba Ski Resort. Kami bercadang untuk bermain snowmobile. Masa untuk sampai lebih kurang satu jam setengah. Selesai bersarapan kami memasukkan beg-beg pakaian kedalam kereta.
Pagi di Matsumoto tenang... udara dingin dan sejuknya menggigit hingga ke tulang. Perjalanan di lebuhraya lancar. Hadlaju yang di benarkan hanya 80km/jam.
Sebaik saja kereta kami melewati Azumino, kelihatan kawasan pertanian yang terbentang luas. Nun jauh di jajaran gunung-gunung kelihatan salji kian lebat.
Melihat salji yang kian lebat kami benar-benar teruja dan berhenti di Omachi Village untuk berfoto-foto. Pemandangan sangat cantik walau cuma salji yang memutih memenuhi kawasan sekitarnya.
Semakin kami mendekati kawasan pergunungan tiada lagi pemandangan yang terlihat selain dari timbunan salji di kiri kanan jalan... kawasan hutan tebal... dan kelihatan tompokan salji yang tersangkut pada dahan dan daun-daun kayu. Terasa seolah-olah masuk ke satu dunia lain seperti dalam filem frozen.
Untuk sampai ke Hakuba Ski Resort kereta kami melalui beberapa terowong yang panjang merentasi kaki-kaki gunung.







No comments:
Post a Comment