Rasanya macam lama sangat tak update blog. Tahun 2015 pun dah sebulan berlalu. Tapi bila di kira balik baru sebulan setengah saja aku tak membuat apa-apa catatan di sini dan ketinggalan banyak story dari entri rakan-rakan.
Saat diuji oleh-NYA, aku hampir patah semangat. Dalam hati terdetik, "mungkinkah masaku telah tiba."
Teringat kata-kata abang, "mak jagalah kesihatan, jangan buat kitorang susah hati."
Alhamdulillah! aku masih diberi peluang untuk bernafas dan menyaksikan suka duka dan pahit manis kehidupan ini.
Berbicara tentang anak-anak.., Ojet juga dah habis pengajian. Seperti yang diimpikannya dalam entry aku 'Berebut Cuti...(26 Mei tahun lepas)... Ojet bakal penerima Anugerah Naib Cancelor (ANC) pada hari konvonya yang dijangka bakal berlangsung Mei ini. Berita gembira ini di terima ketika kami sekeluarga masih lagi di United Kingdom.
Ojet pun dah bekerja sekarang. Balik dari UK lepas dia terus settlekan beberapa perkara yang tertangguh. Belajar memandu dan menghadiri beberapa temuduga kerja. Dan dalam beberapa siri temuduga itu dia berjaya dan telah memilih salah satu darinya. Tapi maaf,.. demi privasi dan keselamatan aku terpaksa merahsiakan syarikat tempat dia bekerja sekarang. Siang Ojet bekerja di pejabat dan pada sebelah malam pula dia jadi guru di satu pusat tuisyen mengajar subjek matematik. Nampaknya aku tidak lagi boleh menulis kisah anak-anak lepas ini tanpa izin mereka.
Ojet juga sudah memiliki sebuah kereta kecil hasil titik peluhnya sendiri. Walau cuma sebuah kereta kecil tapi akulah mak yang paling happy melihat perubahan hidup anak-anak. Dari kecil di asuh.., di beri pendidikan... membesar sehinggalah boleh berdikari dan memiliki kerjaya.
Dan ini membuatkan aku yakin dengan keputusan untuk bersara dari tugas yang aku buat sekarang. Janjinya dulu sebaik anak-anak tamat pengajian dan bekerja aku ingin bersara. Ingin jadi suri rumah sepenuh masa. Melaksanakan tugas-tugas yang banyak terabai dan memberi sepenuh perhatian terhadap rumah tangga. InsyaAllah!
Alhamdulillah.... apalah yang di harapkan oleh seorang ibu selain melihat kejayaan dan kebahgiaan anak2 kan...
ReplyDeleteSemoga anak2 sweety terus maju jaya dan sweety sendiri sehat dan dapat bersara dalam suasana yang tenang... aamiin..
InsyaAllah KN. Mudah-mudahan... Setiap yang kita hajati di makbulkan oleh-NYA.
Deletesenang hati mak , anak2 dah bekerjaya.
ReplyDeletesemoga ojet dan abang terus berjaya
Nak kata senang hati seratus peratus tu taklah lagi Nieda... Tugas saya/kita sebagai mak ni belum selesai lagi... Walaupun dah bekerja tapi masih perlu bimbingan dan pemerhatian.
DeleteMeluangkan masa utk diri sendiri, anak2 dn keluarga lebih membahagiakan..selamat bersara and enjoy your life..
ReplyDeleteIya nohas, kini masanya 'lebihkan sikit' je untuk diri sendiri. Rasa penat dah terkejar-kejar menjalani rutin kerja sehinggakan adakalanya tergesa-gesa mengerjakan solat.
DeleteAlhamdullilah...anak2 sweety sudah berjaya sweety pun sudah sihat.Selepas ini boleh rehat2 sambil tu cari hobi baru.Selamat bersara.
ReplyDeleteIngat nak pelihara pokok-pokok bungalah kak Zai.
DeleteSelamat Bersara. Jaga kesihatan........ kalau dah bersara nanti jangan asyik makan tido ajer tau!!!!
ReplyDeleteInsyaAllah tak kot zana... body mesti maintain.. hehehheh...
Deleterindunya dgn celoteh sweety,
ReplyDeleteanak2 pun dah ada kerjaya sendiri,skrg masa utk diri sendiri utk berehat..welcome pension kak
Betul Zie... masa kerja asyik terkejar-kejar... kerja pejabat nak buat, kang balik rumah nak buat kerja rumah lagi... letih!
DeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteAnak2 dah berjaya dan punya kerjaya sendiri SG..
Elok juga nak bersara tu..
Beri perhatian pada diri sendiri dan berehat..
InsyaAllah Yati... Cita-cita saya tak tinggi... nak jadi suri rumah sepenuh masa je... dan tambahkan ilmu akhirat. Kerja saya ni masanya tak menentu... adakalanya balik lambat dan terkejar-kejar... sampai ada masanya nak makan pun tak sempat.
Deletesyukur alhamdulillah..pabila anak2 dh dewasa selesailah tugasan ibubapa menjaga mrk...tapi mrk tetap anak2 yg msh dlm yanggungjawab kita sbb mrk anak2 yg kita syg...selammat menikmati hidup dgn gembira sweetie.
ReplyDeleteNak kata selesai sepenuhnya tak juga PI. Masih ada lagi baki tanggungjawab... selagi mereka masih dalam jagaan kita...
DeleteHehehe... taklah macam tu Diana... kalau kerja boleh lagi ni...
ReplyDeletesemoga sweetie n famili sht sejahtera n berbhgia selalu.
ReplyDeleteAlhamdulillah..moga Sweetie sentiasa sihat sejahtera dan dapat jadi surirumah yang awsome nanti :)Tahniah buat Ojet
ReplyDeletealhamdulillah..happy family, anak2 berjaya ibubapa bahagia
ReplyDeletesemoga terus diberi kesihatan yang baik ye kak..tahniah buat anak2 akak semoga terus berjaya
ReplyDeleteSinggah pagi...hujung minggu...
ReplyDeletealhamdulillah.. kalau ikut pandangan saya, akak dah berjaya dalam mendidik anak@
ReplyDeletetinggal nak timang cucu je lagi, hihi
al-hamdulillah , semoga anak-anak akan dapat membalas jasa ibu bapa yang banyak berkorban
ReplyDelete