Saturday, April 2, 2016
'Mengekori' Ojet...
Sehari dua ni makan tidur sajalah nampak gayanya hidup aku. Berbaring saja atas katil tanpa buat apa-apa. Penat terlentang, meniarap... pusing kiri... pusing kanan. Nak keluar berjalan-jalan, malas. Tambah-tambah lagi dalam cuaca panas di luar sana. Tak berani aku. Nanti tak pasal-pasal buat sebab je.
Aku sekarang ni di Melaka. Menemani Ojet mesyuarat Persatuan Alumni MPP UiTM Malaysia (PIMPIN). Dah tiga hari dan bermalam di Seri Costa Resort Hotel. Kami sampai hari Jumaat malam. Saja je lah... bukannya aku nak control atau tak percaya tapi memandangkan Ojet baru saja dapat lesen dan inilah pertama kali dia memandu jauh di lebuhraya. Malam-malam pulak tu. Tambah-tambah lagi perempuan... tak senang hati aku melepaskan dia berjalan sorang.
Walaupun dah dewasa, 'layanan' aku terhadap Ojet tetap macam dulu... masa kecik-kecik. Walaupun ada kawan-kawan sepejabat yang perli dan sinis dengan tindak tanduk aku 'mengekori' anak-anak. Aku tak boleh mengubah cara aku. Katalah apa-apa pun... Lagipun dia masih bujang... pada aku dia masih dalam tanggungjawab aku. Tak kisahlah tinggi mana pun jawatannya.
Ojet pun tak kisah. Dia cuma risau aku boring bersendirian di bilik sebab mesyuarat yang di hadirinya panjang. Dari pagi sampai ke petang dan bersambung hingga jam 12 malam. Ada juga dia syorkan aku pergi berjalan-jalan di sekitar Banda Hilir tapi macam aku cakap... dalam cuaca panas ni tak berani. Takut sakit kepala. Ubat pun tak bawak. Ada tidaknya semalam aku ke down town Dataran Pahlawan. Cari cencalok untuk kakak aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalammuallaikum
ReplyDeleteTanggungjawab kepada ojet sangat dapat dijadikan contoh sebagai ungkapan kasih dan sayangnya.
mohon ijin follow blonya kak
W/salam! ya silakan!
Deletetime ibu berilex2 dalam bilik...kan sweetie?
ReplyDeleteYa... bukan selalu kan :)
Deleteselagi dia belum ber'tuan' ini lah masanya nak mengekor kak, dah bertuan nanti.. pandai2lah bawak diri hehe
ReplyDeleteBetul Irfa... jangan dia tinggalkan ekor/gerabaknya kat saya sudah.. hehehheh.
DeleteKak Zai pun mcm sweety biar apa pun org ckp. Selagi anak perempuan belum ada teman hidup kak Zai pastikan sentiasa berteman bila keluar daerah.
ReplyDeleteSaya ni hari-hari berleter dgn anak-anak pasal tu lah kak Zai. Skrg ni tak kira anak lelaki atau anak perempuan... kena nak selalu di ingatkan ttg bahaya yang menanti di luar sana.
DeleteSERONOK TU DPT MENGEKORI ANAK KEMANA SAJA...DULU2 PANTANG KITA BERGERAK MESTI BAWA GERABAK ANAK2 KAN...HAPPY SGT.
ReplyDeleteKalau dulu pantang kita bersiap dan nampak lawa sikit dari biasa, mula lah depa bertanya 'nak ke mana?, nak ikut' Skrg giliran kita pula menanya mereka 'nak ke mana' kalau mcm tu biar mak temankan! :0
Deleteselagi boleh ikut ni, ikut je sweetie, pedulikan kata orang..sebagai mak kita mesti risau dgn anak2 kitakan, bawa kereta malam sorang2 pula tu.
ReplyDeleteYa mmg betul mama aryan. Lagipun saya pernah menempuh pengalaman di buli oleh pemandu lori dalam perjalanan dari Seremban ke Melaka juga.
DeleteYalah sweety anak2 ni lebih senang hati kita bila dapat pantau sendiri depan mata kan.
ReplyDeleteMelaka kan banyak tempat boleh jalan2 sweety...kenpa duk dalam bilek je.
Panas sangat kat Melaka ni... duduk kat dalam bilik berekon ni pun masih terasa bahang panasnya.
Deletetime cuaca panas ni mmg best duduk dlm air-cond, nikmat..sambil brgolek-golek atas katil..
ReplyDeleteMemang nohas, sambil tu boleh layan angan-angan... :) tapi kalau dah lama-lama sgt bergolek gelantang tu bosan jugak.
Deleteari tu akak p melaka..mmg panas berdenting..balik2 rumah ja demam dan batuk2..
ReplyDeleteBetul, panas dan saya mmg tak berani nak keluar jalan-jalan. Kebetulan pulak hotel tempat kami menginap tu berhampiran dengan muara sungai Melaka, lagilah bertambah panas.
DeleteTeringat arwah mak saya kata sweety..
ReplyDeleteWalaupun anak dah besar dan berkahwin..
Anak2 dimata emak ni tetap seperti anak kecik..
Sebolehnya hendak dilindungi..
Ada didepan mata.. selamat.. macam tu lah pengorbanan seorg mak kan..
Patut pun sweety teman kan anak dara tu..
Takut dgn keadaan skrg..
Mana2 ada je jenayah yg tidak diingini kan .
Tentunya sewaktu saya komen ni..
Dua beranak ni dah kembali dirumah manis rumah (homesweethome) :D
Betul Yati, sekarang ni bahaya bukan saja pada anak perempuan anak lelaki pun sama.
DeleteDah lama balik dari Melaka tapi demam pulak, tu yang tak update blog.
sama la sweetie acik ni anak lelaki pun tak rasa anak dah besar..rasa kcik je macam dulu2
ReplyDeleteTak tahulah mcm mana nak cakap acik, tapi kita kaum mak ni, begitulah... itulah kelebihan dan kekurangan kita... nak jaga anak-anak tu kalau boleh selagi ada hayat di badan... padahal mereka dan besar-besar tu.
Delete