Dah setahun lebih dia kerja. Ingat lagi sebulan lepas dia dapat gaji pertama dia beli kereta. Aku tak masuk 'campur'. Segala down payment semua dia yang sediakan. Tau-tau dia cakap "mak, ong nak beli kereta". Aku iyakan jelah. Dalam hati risau jugak. Waktu itu aku masih belum yakin dengan kemampuannya. Tapi bila dengar macam mana dia mengatur kewangan dan perancangan hidupnya aku pelan-pelan rasa yakin dan harapkan yang terbaik saja untuknya.
Baru-baru ni Ojet dapatkan aku satu 'job'. Buat cup cakes. Seribu biji. Terkesima aku kejap. Banyaknya... Kawan sepejabat Ojet... baya-baya aku jugak nak mengadakan majlis kawin anak perempuannya. Dua hari aku menyiapkan tempahan tu. Sorang-sorang... dengan oven kecik aku tu.., alhamdulillah berjaya jugak aku laksanakan.
Inilah cup cakesnya... Ada enam kotak semuanya...
Bila balik kerja dan tengok kek-kek yang dah siap tu... Ojet seronok sangat. Dialah yang mengira kek-kek tu dan menyusunnya kemas-kemas dalam kotak. Hari penghantaran tu Ojet tolong aku. "Mak kalau tiap minggu mak dapat order macam ni... banyak 'masuknya'."
Tapi aku taknaklah serius sangat dalam baking ni. Tak larat. Suka-suka je..
(nota mak: Dan selepas tolong hantar
kek-kek tu mak belanja Ojet minum dekat cafe.
...'kenaaaa' jugak mak kan...)
Alhamdulillah anak sweety dah boleh berdikari...dah matang kan semua dilakukan sendiri.
ReplyDeleteDengan kemahiran sweety buat cup cake dapat juga hilang kan kebosanan sweety di rumah kan.
Seronok dan bangga dlm diri sendiri tengok dia 'jadi' seperti yg kita ndakkan.
DeleteBosan tu tak Saniah... cuma sunyi jer.
Alhamdulillah sweety..bila kita sihat dan ada kemampuan memang seronok bila buat kerja2 yang kita suka
ReplyDeleteBetul acik. Tapi saya kekadang ikut mood jugak.
Deletewah ... rezeki namanya
ReplyDeleteRezeki org duk rumah cik Bunga.
DeleteWah next time boleh order ni kak..........
ReplyDeleteInsyaAllah boleh... kalau saya larat... ok jer zana.
Deletebestnya mak...dok rumah pun masyuk.rezeki jangan di tolak
ReplyDeleteSikit2 je Nieda... taklah banyak mana pun. Sekadar utk ringan2kan badan. Nanti kalau duduk jer tak buat apa2 sakit2 sendi.
DeleteBeli oven barulah Sweetie. Boleh ambik business besar sikit.
ReplyDeleteTulah kan, nak meniaga ni kena minat. Terer dah terer tu hihi..
Dah masyuk kan.... haruslah kena pau ye Sweetie
Hajat nak beli oven besar tu ada...tp takut nanti dah beli nanti tak guna pulak. Sebab kalau dah ada yg besar kena rajin buat marketing klau tak job tak ada.
DeleteTaklah terer sgt Nom... takat boleh2 jer.
Kena pau sudah semestinya pastu demand mesti stabak...
Wahh..masyuk ksweetie wat bisnes cupkek lak ye. Alhamdulillah ojet pun dh selesa dan matang dlm kerjaya. Moga kita semua dipermudahkn Allah swt dlm semua urusan dunia juga akhirat. Aamiinn.
ReplyDeleteEh tak la Ina... kadang2 je ambik tempahan ni.
DeleteInsyaAllah segala urusan kita di permudahkan olehNYA.
bagus anak sweetie ya. sangat menjaga ibunya. ibu pun murah rezeki betul. dapat order sampai 1000 biji cupcakes.mesti sedap tu.
ReplyDeleteFedback yg saya dapat customer kata sedap!
DeleteTulah... dua hari saya menyiapkannya.
wah double masyukkk ni..
ReplyDeleteTak banyak pun murah je saya bagi KN.
Deletekena pau starbuck..takpelah kan, sekali-sekala..hihi..mesti ada repeat order ni, sbb sedap..
ReplyDeleteBegitulah... apa nak buat... alhamdulillah kalau ada repeat order.
DeleteOjet anak yang baik... santai2 boleh la buatkan... kalau larat ambil order... kalau tak, tak payah la... tapi nampak sedap cupcake tu... alhamdulillah dapat siapkan amanah 1000 cupcakes tu... 😍
ReplyDeleteMemang pun Nora, walaupun dapat duit tapi saya tak mahu serius sangat. Badan dah tua... tak larat... hehehe.
Deletebestnya pandai membaking, sedap nampak cupcake tu
ReplyDeleteBiasa2 je mama aryan.
Delete