Wednesday, May 18, 2016

Selendang pink...

Dah seminggu berlalu...
Mak tak mahu cerita apa-apa...
cukuplah dengan apa yang telah ditulis 
oleh wartawan BERNAMA dan jadi viral 
di laman sosial serta komen-komen...


Antara penerima Anugerah Naib Canselor 
pada konvokesyen UiTM ke 84.



Ditemubual wartawan BERNAMA.

Apapun banyak juga ucapan tahniah yang sampai 
kepada kami sekeluarga serta dari Nestle juga. 
Terima kasih!

27 comments:

  1. tahniah tahniah tahniah
    wah sampai kena interview lagi Ojet ye
    mama mesti happy ni
    anak mama memang hebat lah
    sehebat mama nya jugak
    TAHNIAH SEKALI LAGI DARI AUNTY YA
    SEMOGA TERUS CEMERLANG DALAM KERJAYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...terima kasih...terima kasih
      Terkejut jugak bila kami sekeluarga tgh berposing2 tiba-tiba 'disapa' wartawan. mmg tak sangka.

      Mak mmg happy tapi maknya ni taklah hebat. Sekolah pun tak tinggi mana... takat ada sijil je.

      Terima kasih kak Noor saya sampaikan ucapan itu pada dia. InsyaAllah! mudah-mudahan terus cemerlang dan berjaya dunia akhirat.

      Delete
  2. Tahniah buat ojet,sweety dan suami.Semoga terus cemerlang didunia dan diakhirat.
    Seronok kan sweety bila anak2 sudah berjaya kak Zai tinggal lg sorang.Terasa apa yang anak2 lakukan doa dari kita sudah berhasil kan.Tahniah sekali lg dari aunty buat ojet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Zai. Kami sekeluarga gembira menerima ucapan itu.

      Sapa yang tak seronok kak Zai melihat anak yang kita lahirkan membesar dan berjaya dalam pelajaran kan... Oooo kak Zai ada lagi... saya dua ni jelah. Terima kasih dah saya sampaikan ucapan tahniah aunty Zai tu pada Ojet.

      Delete
  3. Tahniah ojet,tahniah sweety.Bahagia nya dapat melihat anak dah berjaya begini....kan sweety.Tak sabar rasanya nak lalui saat2 seperti ini .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Saniah. InsyaAllah! tak lama... 4-5 tahun lagi gradlah... sabar ye... panjang umur nanti bolehlah saya baca perasaan Saniah pulak menyaksikan anak berkonvo.

      Delete
  4. TAHNIAH OJET SWEETIE..TURUT TUMPANG BERBANGGA DGN KEJAYAAN OJET...SEMOGA AKAN SUKSES SETERUSNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PI. Walau kita semua sekadar rakan blog dan cuma kenal melalui tulisan saja tapi apabila membaca kejayaan anak-anak dikalangan rakan-rakan blog kita tetap rasa teruja dan seronok. Dua minggu sudah anak Kak Noor menerima Ph.D-nya. Kemudian anak kak Zai mendapat pengiktirafan sebagai peguam dan anak Saniah mendapat four flat dalam exam asasinya. Semua ini buat kita rasa seronok.

      Delete
  5. hebat,hebat,hebat Ojet
    tahniah mama juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecilnya dulu ketika sekolah rendah Ojet ni tembel... pelajaran dan keputusan periksa biasa-biasa saja. Saya tak pernah memaksa dia mengulang kaji pelajaran atau marah kalau keputusan peperiksaan dia kurang memuaskan. Semuanya berlaku perlahan-lahan sehingga ke tahap ini.

      Terima kasih Nieda.

      Delete
  6. Alhamdulillah, tahniah Ojet, tahniah Sweetie..

    ReplyDelete
  7. tahniah utk Ojet dan tahniah untuk akak juga...

    ReplyDelete
  8. Salam kenal Sweetie...
    Tahniah atas kejayaan anak. Tambah lagi dapat anugerah NC, mmg satu bonus tu.

    Saya sedang membayangkan kegembiraan seorang ibu bila anaknya grad...mesti menangis gembirakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berkenalan hainom OKje. Terima kasih atas ucapan.

      Delete
    2. Tahniah2...untuk kedua2nya, anak dan ibunya juga... semoga terus sukses.

      Delete
  9. tahniah..a nugerah naib cancelor

    ReplyDelete
  10. Tahniah Ojet..
    Tahniah Sweetie ..
    Ibu pendoa anak..
    Anak menuju kecemerlangan..
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Yati.

      Ya, alhamdulillah akhirnya dia berjaya mengharung segala susah payah dan cabarannya sebagai pelajar.

      Delete
  11. tahniah ojet dan mamanya..moga terus cemerlang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mama aryan... mudah-mudahan. InsyaAllah!

      Delete