Kerana lama sungguh tidak menulis dan mencatat dalam blog ini, rasanya agak payah untuk memulakannya kembali.
Tapi kali ini mak gagahi juga untuk menulis... walaupun ia sudah hampir sebulan berlalu kerana apa yang ingin mak catatkan di sini adalah satu memori manis yang patut di kenang selamanya...
Pada Ahad,1 September 2024... terjalin satu janji untuk menyatukan anak dara mak... Ojet dan pilihan hatinya.
Brownies tower hasil tangan dan
sumbangan salah seorang jiran.
Bertemakan warna ungu lembut... majlis yang berlangsung petang itu santai, dipenuhi gelak tawa dan pantun-pantun yang mencuit hati para tetamu.
Mak amat berterima kasih dengan adik beradik dan jiran-jiran yang banyak membantu menguruskan majlis sehingga semuanya selesai.
Gubahan hantaran hasil tangan mil jiran mak yang secara sukarela membuatnya.
Pelamin ringkas ciptaan dan hasil kreativiti jiran-jiran.
Tahniah Ojet, selamat bertunang....tahniah Sweetie, tak lama lg terima menantu...bagus sungguh jiran2 Sweetie..Alhamdulillah..
ReplyDeleteTq Nohas... ya, tanpa mereka (adik-beradik & jiran) memang saya buntu...
DeleteTahniah.. bakal dapat menantu.
ReplyDeleteTq Aisya, insyaAllah.
Deletetahniah.. semoga dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteTq pakcikblogger...aminnn
DeleteTahniah Ojet, selamat bertunang... semoga dipermudahkan segala urusan...
ReplyDeleteTq Zana, aminn.
DeleteAssalammualaikum... Tahniah mak... Semoga dipermudahkan segala urusan...
ReplyDeleteW/salam cik bunga. Terima kasih, aminn
Deletealhamdulillah tahniah ojet selamat bertunang menuju gerbang perkahwinan
ReplyDeleteTerima kasih kak PI... InsyaAllah.
Deletealhamdullillah dan tahniah mak dan ojet . semoga dipermudahkan urusan menjelang hari bahagia.
ReplyDeleteTq Nieda, insyaAllah, aminn...
Deletealhamdulillah..tahniah ojet dan mak ojet..hehehehehe
ReplyDeleteTq fzy fuzzy
Delete