Thursday, June 10, 2021

'Di Lamar' VIP...

Mak cuma boleh beri nasihat dan pandangan. Selebihnya biarlah dia yang fikir sendiri dan tentukan. Nak terima atau tidak. Keputusan yang bakal di ambil melibatkan perjalanan hidup masa depan. Mak tak boleh nak kata 'tidak'... juga tak boleh nak kata 'ya'. Lamaran ini bukanlah yang pertama tapi sudah dua kali datang.

Sebolehnya mak tidak mahu permata hati mak ini kecewa lagi. Cukuplah lihat dia menangis dan merintih enam tahun dulu.

Enam tahun dulu, sekembalinya ke tanah air usai menyudahkan pengajiannya di luar negara... dia berharap dapat meneroka bidang yang dipilihnya. Bekerja dalam bidang oil and gas. Tapi waktu itu keadaan tidak seperti yang diharapkan. Harga minyak di pasaran dunia jatuh merudum. Banyak syarikat minyak ternama menghentikan sementara operasi mereka. Malah ada juga yang mengecilkan tenaga kerja.

Tidak dinafikan, mak juga sedih melihat situasi yang dilaluinya. Puas memberikan kata-kata nasihat dan semangat padanya supaya dia tidak terus down. Hinggalah dia akhirnya dengan berani menukar haluan. Walaupun mak kurang bersetuju dengan keputusan yang dibuat. Waktu itu mak pula yang rasa kecewa. Ibarat kata, mak mahu dia begitu... tapi dia pilih begini.

Dengan pengalaman dan kelebihan yang dikutipnya sepanjang tempoh menuntut di luar negara dia dengan beraninya menghubungi seseorang yang berpengaruh di syarikat tempat dia bekerja sekarang. Dia beritahu dia ingin bekerja di situ... yang akhirnya dia dipanggil untuk di interview dan di terima.

Selama bekerja dan menyandang jawatan yang dipegangnya sekarang permata hati mak ini nampak happy dan puas dengan apa yang dilakukannya. Tugas yang di pikul membuatkan dia semakin matang dan berani malah juga di kenali... Hinggalah sesuatu yang tidak di sangka-sangka datang... permata hati mak dilamar VIP untuk mengisi kekosongan satu jawatan.

Setelah berbincang dan mengambil kira pandangan beberapa orang rakan serta keadaan situasi semasa... lamaran itu di tolak dengan alasan dia masih baru dalam bidang yang di ceburinya.

Mak nasihatkan dia carilah dulu pengalaman. InsyaAllah kalau ada rezeki... peluang yang sebegitu akan datang lagi. Ya... seminggu yang lepas permata hati mak dapat offer lagi. Dan semalam dia telah pun ke Putrajaya bertemu VIP berkenaan. 

Dan permata hati mak minta tempoh hingga Ahad ini untuk memberikan jawapan. Dalam hati mak terselit juga sedikit rasa bangga. Dalam usia dua puluh sembilan tahun permata hati mak mendapat perhatian dan kepercayaan untuk menggalas satu tugas yang begitu berat dan mencabar... 

Manisnya lamaran ini, permata hati mak pernah mendapat hadiah galakan dari VIP berkenaan kerana keputusan cemerlangnya dalam PMR tahun 2017.

Nampaknya tak sia-sia permata hati mak bergiat aktif sebagai debeter ketika di universiti dulu serta mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kerana itu antara sebab kenapa dia ditawarkan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

16 comments:

  1. ALHAMDULILLAH TAHNIAH TURUT BERBANGGA DGNKEJAYAAN YG DICAPAI NANDA SWEETIE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak PI. Tp belum ada keputusan samada anak saya terima atau tidak kerja tu. Masih dlm pertimbangan...

      Delete
  2. Alhamdulillah 🤲🤲
    Semoga terus success selalu👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya syukur, setelah mengharungi bermacam cabaran.

      Delete
  3. Alhamdulillah..tumpang gembira...selain technical skill, soft skill juga penting utk maju dlm kerjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Offer tu mmg lumayan untuk seorang yang seusianya...tp anak saya masih belum memberi jawapan walaupun Ahad yang di janjikan sudah berlalu. Dia masih berbelah bagi.

      Delete
  4. Tahniah mak...semoga anak mak terus cemerlang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nieda... harap2nya begitulah.

      Delete
  5. semoga terus sukses

    dan saya sentiasa doakan kejayaan tersebut

    ReplyDelete
  6. Tahniah, at times like this, you shud be proud with good opportunities that come by, semoga anakanda puas hati dgn pilihannya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mengharapkan dia dapat membuat keputusan yang bijak Mck.

      Delete
  7. Semoga dipermudahkan urusan anak mak...Istiqarah lah memohon petunjuk dari Allah..Jika masih berat, mungkin ada hikmahnya yang kita tak nampak lagi sekarang..Teringat saya masa seusia anak mak, saya happy dengan apa yang saya buat sampai lah satu ketika, saya dah tak mampu nak teruskan lagi sebab faktor-faktor sekeliling dan saya terpaksa bawa diri..Awal-awal tu saya sangat sedih, dan setelah bertahun-tahun baru nampak hikmahnya dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, saya juga mengharapkan dia dpt membuat pilihan yg tepat demi masa depannya...

      Delete
  8. semoga dipermudahkan segala urusan anak tu...moga dia dapat buat keputusan yang terbaik dan yang baik buat dirinya

    ReplyDelete