Monday, January 3, 2011

Dah tak ke sekolah lagi....

(Hanisa dan Ojet belajar buat tart.)


(Ini fruit tart Hanisa.)


(Blueberry cheese tart untuk Lin. Terima kasih Lin.)


Heh! Tahun baru dah! Mulai tahun ni tak ada lagi aku berulang alik ke sekolah menghantar anak-anak. Ojet dah tamat tingkatan lima dan tengah tunggu result SPM. Abang sedang menghabiskan foundationnya satu semester lagi sebelum berangkat ke UK.

Bila di hitung kembali ada sebelas tahun aku berulang alik ke sekolah. Bermula dari abang masuk tahun satu pada tahun 1999 sehinggalah Ojet tamat tingkatan lima tahun 2010.

Nampak ibu bapa menghantar anak-anak tahun pertama sekolah aku teringat kisah menghantar abang masa mula-mula masuk sekolah. Masih segar lagi diingatan dengan kata-katanya pada hari pertama aku bawa dia ke sekolah. Dalam kereta dia cakap, “Mak nanti abang nak kawin dengan Amalina.”

Ha.. ha.. Bukan dia cakap tentang cita-cita nak jadi cikgu ke, doktor ke tapi dia bercita-cita nak kawin dengan kawan satu tadikanya.

“Heh!, belajar dulu pandai-pandai, kalau tak pandai Amalina pun tak nak kan abang!”

Dan alhamdulillah! syukur, tak sia-sia nampaknya usaha aku berulang alik kesekolah. Setakat ini abang sentiasa cemerlang dalam pelajaran. Paling terbaru dia dapat four flat dalam foundation semester pertamanya.

Dan bila aku tanya, masihkah dia bercita-cita untuk kahwin dengan Amalina, abang cuma senyum je!


(Blueberry cheese tart untuk Odi. Terima kasih Odi.)

2 comments:

  1. amalina tu kat mana skang? aduhai... sweet aja. gud luck ya kat abang... seronok ja ada anak yang pandai dan dpt further study. hurmm... seronoknya ada anak ya. pandai dorang buat tart.

    ReplyDelete
  2. Tak pasti pulak di mana dia sekarang. Sebab bapanya polis. Tapi rasanya dia masih lagi tinggal di flat polis berhampiran rumah kami tu.

    ReplyDelete