(Anak saudaraku Nina (berkaca mata) dan Nabella.)
Irama deringan telefon genggam yang aku letakkan tepi bantal mengejutkan tidur. Dalam hati merungut, “siapalah yang menalipon pagi-pagi minggu ni. Aku nak tidur tinggi hari sikit pun tak boleh.”
“Mak Anis, ini Anisah ni!”
“Hmmm....”
“Saya nak tanya, macam mana nak keluarkan tart yang dalam acuan ni..”
“Terbalikkan dan ketuk sikit dengan sudu.”
“Saya dah buat, tapi tak mahu... Saya tengah cuba buat tart dalam acuan kecik ni.”
“Bolehhh, ketuk-ketuk banyak kali...”
“Ha ok! Terima kasih!”
Ooo Anisah rupanya, Minggu sudah dia datang belajar buat tart. Pagi ni dia beritahu dia tengah mencuba resipi yang aku beri.
Aku sambung tidur lagi, sedar-sedar dah pukul 12.00 tengah hari. Huh! gila punya tidur sampai tengah hari tak sedar. Kain baju tak berbasuh. Rumah berselerak. Memang aku penat, semalam seharian aku berjalan dengan anak-anak saudara di Shah Alam.
Lepas pendaftaran Aliff di kolej PTPL kami round-round sekitar Shah Alam sekejap. Sempat juga singgah di litar go-kart. Lepas tu kami makan di Plaza Alam Sentral dan beli durian. Pagi ni (eh! tengah hari) aku rasa pening-pening sikit! Tak tahulah sama ada sebab makan durian atau bangun tidur tinggi hari.
(Sempat juga beli kasut di satu kedai di Plaza Alam
Sentral. Kakak ipar tolong bayarkan. Terima kasih kak
tolong bayarkan harga kasut ni!"
aduh... nak kene babap nie... durian tu tak salah tau. nak kene babap nie... besa dia... bangun lambat tu... dorang wat tart acuan kecil plak ke? alah... nak tengok...!
ReplyDeleteMengantuk dan letih. Bayangkan seharian suntuk berjalan. Meh tolong2 saya buat tart!
ReplyDeletetinggi gila wedges tu! menawan oh!
ReplyDelete