Wednesday, January 5, 2011

Cheese tart lagi...

Sebenarnya 'aktiviti dapur' ni dah lama aku tinggalkan. Kira-kira lama jugalah, agak-agak ada tiga tahun. Tapi sejak akhir-akhir ni kembali aktif. Dah tak ada apa nak buat. Nak berenang tak ada kawan. Anak-anak sibuk dengan study dan aktiviti mereka sendiri dan aku selalu kesorangan.

Dari duduk-duduk saja tak buat apa-apa baik aku buat tart. Galakan dari anak-anak dan kawan-kawan tu yang membuatkan aku seronok melakukannya. Dan dapat juga pendapatan sampingan. Terima kasih semua!

Cheese tart ni buat Mislina. 30 biji di bahagi
dua dengan jiran sebelah rumahnya. Mislina
suka yang
garing dan dia siap bawa bekas sendiri
dari rumah. Katanya dia naik motor jadi senang
nak bawa. Terima kasih ye awak!

5 comments:

  1. salam kak,
    mcm mana kira cheese tart tu? akak duduk area mana?

    ReplyDelete
  2. boleh tak poskan cheese tart ni ke Kuantan...teringin sangat.

    ReplyDelete
  3. salam...
    fuhhh sedapnya cheese tat...
    ini email su: kaksu72@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  4. Ok je....nak rasa hasil tangan izan. dan kalau boleh emailkan la resepi tart tu

    ReplyDelete