Timbul keinginan untuk merasanya. Pada penglihatan mak ia nampak sedap. Penuh dengan sayur-sayuran. Dan mak beli satu sekadar untuk merasa. Orang kata kalau sedap nanti boleh beli lagi...
Pada pendapat mak, sedap. Ia adalah cucur sayur-sayuran. Kerana telah terpikat dengan rasanya mak try buat di rumah.
Bahan A:
40 gm daun bawang - potong panjang
160 gm lobak merah – potong memanjang
200 gm burdock root / sengkuang / ubi keledek (mak letak sengkuang) - potong memanjang. Atau boleh tukarkan dengan bunga kobis atau broccoli yang di potong kecil-kecil.
80 gm bawang bombay – hiris
segenggam udang basah yang telah di cincang / ikan bilis atau crab stik.
100 gm tepung gandum. Kalau ada tepung tempura lagi bagus.
Cara:
Sayur-sayur yang telah dipotong, dibersihkan dan toskan kering-kering.
Kemudian gaulkan dengan tepung termasuk udang. Ketepikan.
200 gm tepung gandum / tepung tempura
350 ml air sejuk dari peti ais dan sedikit ketulan ais
Cara mengadun tepung:
1. Bancuh tepung dengan air sejuk. Kacau sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran yang telah di gaul dengan tepung tadi dan dua tiga ketul ais. Ini untuk membuatkan sayur-sayur sedikit garing bila digoreng.
2. Panaskan minyak. Rendamkan acuan dalamnya. Bila minyak dan acuan telah panas masukkan adunan sayur dalam acuan. Tekan-tekan sikit. Agak-agak dah melekat antara satu sama... angkat acuan dan tolakkan adunan ke bawah supaya ia tertanggal dari acuan. Goreng hingga kekuningan.
2. Panaskan minyak. Rendamkan acuan dalamnya. Bila minyak dan acuan telah panas masukkan adunan sayur dalam acuan. Tekan-tekan sikit. Agak-agak dah melekat antara satu sama... angkat acuan dan tolakkan adunan ke bawah supaya ia tertanggal dari acuan. Goreng hingga kekuningan.
cucur udang jepun..sedap ni cicah dgn sos..
ReplyDeleteya betul nohas.
Deletesedap ni..... cantik acuannya...
ReplyDeleteBagi saya sedap la zana sebab saya suka sayur.
Deletesihat ni banyak sayur hehe.. cekodok sayur dan sememangnya penuh sayur =D
ReplyDeleteya, nama je glamor... tp senang citer ianya ialah cekodok sayur. hehhehe.
Delete