#covid-19
#PerintahKawalanPergerakan
#Dudukrumah
#Stayathome
Berkurung dalam rumah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Mak pun dah mula rasa resahnya. Walaupun sebelumnya mak bukanlah yang suka 'berpeleseran' di luar sana... akan tetapi sesekali hendak juga bermandi cahaya matahari. Berjalan-jalan menikmati keindahan alam sekitar.
Melepak dengan anak-anak di cafe. 'Cuci-cuci mata' di pasaraya. Dan paling perlu ke pasar tani setiap Sabtu untuk membeli stok sayur-sayuran dan lauk pauk.
Tapi apakan daya... keadaan tidak mengizinkan. Jika kita ingin situasi begitu kembali semula dalam kehidupan harian kita, patuhilah arahan PKP. Sosial kehidupan kita di luar sana amat terbatas kini. Berkurunglah kita walau tidak suka macam mana pun.
Setelah hampir empat belas hari 'terkurung' dalam rumah memang macam-macam boleh jadi. Silap haribulan emosi pun tidak dapat dikawal dan boleh meledak juga.
Jadi kalau ada yang post pasal makanan dan apa yang dimasak dalam FB tu biarkanlah. Mungkin itu boleh 'mengembirakan' hati dan merawat jiwa yang resah kerana PKP. Janganlah kita pertikaikan dan mempersoalkan tentang suruh berjimat cermat bagai. Pada mak itu bajet mereka... tahulah mereka bagaimana hendak menguruskannya. Yang penting asal dia tidak 'berjimba' keluar rumah.
Pasti ada yang mempersoalkan tentang bagaimana pula kalau orang susah dan miskin tengok gambar-gambar tu semua. Pada mak senang saja, orang miskin dan susah tidak ada masa nak 'layan' sosial media.
ya, betul..mcm2 org buat utk release stress time PKP ni..kita yg tengok video tu pun nak tergelak..
ReplyDeleteTerhibur juga kita kan.
DeleteYer beul tue👍👍
ReplyDeleteKannn!
Deletesemoga berakhir dgn yg baik2 saja
ReplyDeleteInsyaAllah Nieda!
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSaya pun rindu cuci mata di pasaraya.
Betul tu dorang tayang gambar bukannya keluar berpeleseran.
Salam singgah ke 'rumah' Puan Sweetie.
W/salam NA. Welcome2... bila2 pun boleh 'singgah rumah' saya ni... takda sekatan..
DeleteDalam masa PKP ni la saya ada masa untuk menulis dan blogwalking...
ReplyDeleteSaya pun... lepas masak dan berkemas... dah tak ada apa nak buat... bolehlah mengadap laptop.
Deleteibu saya juga jadi sensitif karena gak bisa kemana mana jadi sering marah-marah. duh gak kebayang kalau puasa masih begini statusnya
ReplyDeleteKita sama2 mohon pada-NYA supaya wabak corona ni cepat berlalu... Dua Dua minggu saja lagi Ramadan.
Deletemula2 rasa stress juga x dapat kluar.
ReplyDeletetapi masuk minggu ketiga ni da rasa normal..
routine pun da rasa boleh adjust.
tabahla kita semua insyallah sikit lagi..
Kalau follow China mereka mengambil masa 76 hari (hampir 3 bln) baru melonggarkan lockdown.
Delete