Friday, March 27, 2020

Menggeletar satu badan...

#covid-19
#PerintahKawalanPergerakan
#Dudukrumah
#Stayathome

Sebaik sahaja berita tentang Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD) terhadap dua kampung di daerah Kluang, Johor di umumkan, seluruh tubuh mak menggeletar. Tidak terucap satu perkataan pun ketika itu. Yang ada cuma ketakutan.

Lama juga mak terduduk di sofa dengan fikiran yang kosong. Semua yang hendak dilakukan serba tak kena. Lama.. barulah mak teringat hendak wasap beberapa orang rakan-rakan dan kenalan yang tinggal di Johor, bertanyakan keadaan mereka.

Sepi... hantaran wasap mak tidak berbalas.

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul dua pagi. Tapi mak resah di tempat tidur. Keadaan di luar sana suram dan sunyi. Tiada lagi kedengaran deruman motor dan kenderaan lainnya seperti selalu. Mungkinkah masing-masing sudah lena di ulit mimpi atau seperti mak juga yang tidak mampu memejamkan mata walau sepicing pun.

Bilakah semua ini akan berakhir.... tiada siapa yang dapat menjawabnya. Hanya DIA yang mengetahui segala-galanya...

8 comments:

  1. smoga kita semua dilindungi dr wabak covid19

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah hendaknya mama tisya. Hidup kita tak aman dan sentiasa dlm ketakutan.

      Delete
  2. Take care Sweetie..semoga kita terhindar drpd pandemik ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sama-sama kita mematuhi arahan PKP ini supaya rantaian wabak ini segera di putuskan dan kita terhindar dari jangkitannya.

      Delete
  3. Semoga kita terhindar dari segala wabak penyakit dan harap semua ini akan berakhir hendaknya. 🤲🤲

    ReplyDelete
  4. nak beli barang pun x senang. dlm pasaraya boleh 20 minit je utk pilih brg. main capai je apa yg nmpk. macam masuk pertandingan dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Ibu Lala, seeloknya tak usahlah kita berlama-lama sangat di luar sana. Sebab itu kita di galakkan menyediakan senarai barang yang hendak di beli supaya tidak terfikir2 bila berada dlm pasaraya.

      Delete