#PerintahKawalanPergerakan
#Dudukrumah
#Stayathome
Sejujurnya, ketika berita tentang penularan wabak covid-19 (sebelum ini novel coronavirus) di lapor mula merebak di Wuhan, China, Disember tahun lalu... mak tak berapa ambil kisah pun. Fikir mak jauh di China sana. Tak mungkin dan kalau ianya merebak pun tak akan sempat sampai ke mari... penawarnya sudah tentu di temui.
Saban hari dan waktu berita diTV sentiasa menyorot tentang perkembangan jangkitan wabak tersebut. Sehinggalah Januari lalu sejumlah pelancong dari China masuk ke negara kita. Kebimbangan di kalangan rakyat mula tercetus. Tambahan pula simptom dan jangkitan sudah mula tersebar di negara jiran Singapura.
Suatu petang, awal Februari lalu, Ojet ajak mak ke Cyberjaya. Dalam perjalanan Ojet beritahu kemungkinan syarikat tempatnya bekerja akan melaksanakan 'work from home'. Ini kerana headquaters di singapura telahpun melaksanakannya ketika itu.
Menurut Ojet sebagai langkah berjaga-jaga mesyuarat telahpun di adakan untuk menangani perjalanan syarikat jika wabak covid-19 semakin serius... Tika itu mak masih berfikir, tak mungkinlah sampai begitu sekali.
Tapi apabila kes pertama di rujuk di Hospital Sungai Buluh, kebimbangan mula mengetuk pintu hati mak. Kes jangkitan semakin hari semakin bertambah. Ketakutan mula menjenguk kehidupan harian mak. Pada anak-anak mak pesan, sebelum pulang ke rumah, singgahlah sekejap di pasaraya. Beli barang keperluan sedikit-sedikit, terutama bahan-bahan penting untuk stok. Mak bimbang... manalah tahu kalau keadaan makin serius, kita tak dapat keluar rumah untuk membeli keperluan harian.
Ya, beberapa hari selepas mak nyatakan kebimbangan... Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan.
Hari ini masuk hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Setelah beberapa hari bekerja dari rumah hari ini anak-anak mendapat arahan untuk hadir ke pejabat. Hati mak mana yang tak risau memikirkannya. Redha dan rela saja melepaskan keduanya keluar rumah pagi tadi.
Dari semalam hinggalah ke pagi tadi sebelum keduanya keluar rumah, macam-macam pesanan yang mak titipkan pada keduanya.
Memandangkan tidak ramai yang hadir ke tempat kerja buat masa ini, pesan mak pada Ojet agar park kereta di aras satu saja. Kalau boleh yang berhampiran dengan lif. Pahamlah kenapa kan... dengan PKP ketika ini suasana di luar sana agak lengang dan sunyi. Manalah tahu dalam saat-saat begini 'ada bahaya lain' pula yang menanti. Orang-orang jahat yang cuba mencari kesempatan... lebih-lebih lagi bagi perempuan.
Buat si abang, waktu hantar dia sampai ke pintu pagar, mak pesan jangan lupa bawa surat arahan bekerja dari pejabat dan gantung tag nama di leher. Ini kerana abang akan melalui beberapa sekatan jalanraya sebelum sampai ke tempat kerjanya.
Dan pesan mak lagi, guna sarung tangan bila berhenti untuk mengisi minyak di mana-mana petrol pam. Memandangkan keadaan jalanraya yang sunyi dan lengang, hati-hati memandu. Kalau apa-apa jadi susah... pada siapa hendak minta pertolongan.
Gambar yang di hantar oleh si abang... suasana lengang dan sunyi
sepanjang perjalanannya ke tempat kerja hari ini.
Sendirian di rumah, mak ke dapur untuk memasak. Hari ini masak nasi lemak atas permintaan Ojet semalam... ala kadar saja cuma sambal dan telur rebus. Namun hati mak tak tenang. Risau memikirkan 'keselamatan' anak-anak di luar sana.
(nota mak: ketika catatan ini dibuat... hati mak masih tidak tenteram!)
Semoga negara kita cepat bebas dan selamat
ReplyDeleteInsyaAllah! sama-samalah kita berdoa Nieda moga wabak ini segera berlalu...
DeleteSemoga semua nyer selamat mak🤲🤲
ReplyDeleteYa cik Bunga... InsyaAllah!
Deletesaya sangatlah clueless masa awal2 wabak ni sbb x tahu menahu dari last year rupanya da merebak di China. punyaaaalah x update dgn news.. seram kan sbb kita x nampak virus tu jadi lebih seram.
ReplyDeletemudah2an cepat semua ni berlalu pergi.
Ya virus ini mula merebak di China, Disember tahun lepas. Tak sangka pula ia menyerang seluruh dunia sekarang. MMg menakutkan. Sesiapa saja tidak terkecuali darinya tp yg lebih berisiko adalah orang2 tua dan kanak-kanak.
DeleteSemoga dipermudahkan urusan anak2 sweetie..mak mana yg x risau..
ReplyDeleteMoga suasana kmbali pulih..aamiin..
Ya, kita mohon pada-NYA moga virus dan wabak ini segera berlalu dari muka bumi ini nohas.
DeleteSalam dari cikbunga
ReplyDelete#stayathome
Days 10
Terima kasih cik Bunga, singgah di sini lagi.
Delete