Thursday, February 20, 2020

Cara Berlauk...

Ada yang perasan, akhir-akhir ini mak selalu post tentang resepi. Terutamanya kuih muih. Sebenarnya inilah pengisian masa lapang mak sejak bersara ini. 

Selain dari untuk makan-makan dengan keluarga ada juga jiran-jiran yang buat tempahan. Walaupun tak banyak tapi sekurang-kurang bolehlah memenuhi masa lapang mak.

Lemak, lembut dan sedap!

A - Bahan untuk inti:
400 gm ayam cincang
25 gm rempah kari daging
25 gm kiub ayam/pati ayam
125 gm gula
125 gm /1 setengah biji bawang besar (dicincang)
175 ml air
25 ml minyak masak
seinci kulit kayu manis dan sekuntuk bunga lawang

Cara memasak inti:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga baik bau.

2. Masukkan rempah kari dan air. Kacau biar bergaul rata. Apabila menggelegak masukkan kiub/pati ayam dan gula.

3. Setelah gula cair, masukkan ayam cincang dan masak selama 30 minit untuk mengeringkan air.


Biarkan adunan kuih-kuih menjadi masak sedikit 
di bahagian luarnya baru di letakkan inti... ini untuk menghindarkan 
inti tenggelam ke dalam adunan tepung.


B - Bahan untuk adunan tepung:
350 gm tepung gandum
350 gm kentang diracik dan rebus kemudian di lecek
100 ml santan pekat
700 ml air
2 tsp garam halus
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning

C - Hiasan
Daun sup
Cili merah

Cara bancuhan: Satukan semua bahan dalam mangkuk pengadun dan gaul semuanya agar sebati. Boleh juga di gaul menggunakan blender.

1. Panaskan acuan. Sapu dengan sedikit minyak menggunakan berus pandan (daun pandan yang diikat).

2. Tuangkan adunan ke dalam acuan sehingga penuh. Kemudian letakkan inti di atasnya dan taburkan dengan daun sup dan cili yang telah di potong-potong. Tutup acuan dan biarkan kuih masak. Ulangi proses ini sehingga semua adunan habis.

14 comments:

  1. Replies
    1. Ya Ibu Lala, selain dari intinya, kentang yang di campurkan sekali dalam bancuhan tepungnya memberikan rasa yang sedap pada kuih ni.

      Delete
  2. Replies
    1. Ya... Saya mmg letak inti banyak nohas... Barulah sedap... Sebab bancuhan tepung kuih cara ni tawar je... So inti tu yg buat ia sedap.

      Delete
  3. mmmmm....enak nyer ;)
    post ke Melaka yer ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... cik bunga... belum sampai lagi... Kuih tu dah basi dlm perjalanan...

      Delete
  4. Replies
    1. Bagi make-up sikit... Itu yg cantik berseri... Ada merah... Hijau dan kuning...

      Delete
  5. Replies
    1. Saya letak inti banyak2 atasnya zana... baru puas makan.

      Delete
  6. Replies
    1. Selamat berkenalan! Terima kasih singgah di blog mak!

      Delete
  7. bestnyaaa ada masa terluang blh isi dgn aktiviti2 macam ni. sukaaa juga tapi suka makan hehe..

    ReplyDelete