(catatan siri jalan-jalan Europe 10)
Perjalanan menuju ke Engelberg, Switzerland.
Impian ingin melancong ke Switzerland telah lama berputik dalam hati. Cerita dan gambaran tentang negara ini begitu menarik. Banjaran Alps yang tinggi dan di penuhi salji, orang-orang bermain ski, padang rumput yang menghijau, lembu dan rumah-rumah kayu di lereng-lereng gunung. Cuaca yang sejuk sepanjang tahun... jam tangan berjenama mahal yang begitu sinonim dengannya. Dan orang-orang kaya menyimpan duit di bank-bank Swiss.
Pagi di Weil am Rhein agak lengang. Selepas bersarapan... mak dan rakan-rakan bersedia untuk memulakan satu lagi 'pengembaraan'. Kami betul-betul teruja. Sebaik saja kenderaan yang dinaiki bergerak meninggalkan Weil am Rhein, Jerman dan memasuki Switzerland kami semua bersedia dengan talipon dan kamera di tangan.
Perjalanan pagi ini menuju ke Engelberg. Sebuah Perkampungan bandar alpine yang di kelilingi banjaran Alps di kaki gunung Titlis dan terletak di tengah Switzerland. Masa perjalanan hampir dua jam dari Weil am Rhein.
Engelberg bermaksud 'gunung malaikat'. Oleh kerana kedudukannya di kawasan pergunungan kami menempuh sebelas terowong sepanjang laluan jalanraya menuju ke sana. Dan Swirzerland satu-satunya negara yang mempunyai laluan terowong yang banyak dan ada yang panjangnya sejauh 57 kilometer. Hinggakan mengambil masa satu abad untuk menyiapkannya.
Terowong yang mempunyai tingkap (lake tunnel) di Stansstad.
Sebaik saja menghampiri kawasan pergunungan, pandangan mata terpukau dengan keindahannya. Sungguh mempersona dan cantik sekali. Dari kejauhan kelihatan gunung-gunung menjulang tinggi. Puncaknya penuh di litupi salji memutih.
Padang rumput menghijau menyejukkan pandangan mata. Lembu-lembu kelihatan meragut rumput dari jenis yang terbaik. Rumah-rumah yang bertingkap banyak... bangsal-bangsal di kaki gunung dengan hutan seolah-olah seperti lukisan hidup. Semuanya tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata.
Sejuk dan tenang mata memandang.
Jalan raya bersebelahan dengan laluan keretapi.
Bangsal dan padang ternakan lembu.
Kebanyakan rumah di Switzerland mempunyai banyak tingkap.
Seperti lukisan...
Ketika ini musim sejuk baru saja berlalu dan taburan
salji masih bersisa di lereng-lereng bukit.
salji masih bersisa di lereng-lereng bukit.
Memukau pandangan.
(nota mak: terima kasih pada rakan mak puan Aishah yang tolong merakamkan foto-foto sepanjang perjalanan menuju Engelberg.)
Bestnya..doakan saya dimurahkan rezeki unuk ke sana ye
ReplyDeleteInsyaAllah! Munirah.
Deletedone follow #217
ReplyDeleteaduhai sweetie memang mata nie dah terpukau dah tengok picture ;)
ReplyDeletesemoga dapat jejak kaki kat swiss ;)
Di Swiss fokuslah ke arah mana pun kamera... hasilnya tetap cantik cik Bunga.
DeleteInsyaAllah!
Subhanallah cantik sungguh pemandangan...dlm wishlist ni, harap2 dptlah jejak kaki di sini..
ReplyDeleteSwitzerland memang cantik nohas, pada yang sukakan scenery rasanya tak rugi melancong ke sini. Kalau ada peluang saya ingin dtg ke sini lagi... pergi ke Interlaken pulak.
DeleteSubahanallah cantiknya Switzerland ye sweety,
ReplyDeleteMmg menakjubkan.. teringin utk smpi ke Sana..
Salam Eidulfitri sweety 😘
Salam di sambut Yati... Ya, kerana cerita2 ttg keindahannya saya memasang impian utk dtg, Alhamdulillah! akhirnya saya dapat menyaksikannya sendiri... mmg cantik!
DeleteTerpukau aih dgn gambar2 cantik ni... Tenang ja nampak.
ReplyDeleteTenang... pemandangan cantik... udara pun segar... McK masa pi sana dulu singgah tak tempat ni..
Delete