Tuesday, June 18, 2019

Weil am Rhein Titik Pertemuan Tiga Negara...

(catatan siri jalan-jalan Europe 9)

Cuaca berkabus dan hujan sepanjang perjalanan dari
Perancis ke Weil am Rhein, Jerman.

Hujan mengiringi sepanjang perjalanan menuju ke Weil am Rhein. Sebuah bandar yang terletak di tebing Sungai Rhine barat daya Jerman dan berada di sempadan Swiss, Perancis dan Jerman.

Oleh kerana cuaca sejuk dan keletihan selepas membeli belah di La Vallee Village mak tertidur. Suhu sekitar 13 darjah celcius Lagipun tiada apa yang menarik untuk di lihat sepanjang perjalanan, Cuma rumah-rumah ladang dan hutan-hutan kecil yang kelihatan.

Perjalanan mak dan rakan telah jauh menuju ke tengah benua eropah barat. Hampir petang barulah berhenti di satu RnR untuk makan dan solat jamak zuhur dan asar. Kami solat di ruang yang terbuka dalam cuaca sejuk. Ketika mengambil wuduk di pili yang di terdapat di luar bangunan... jari jemari terasa kaku kesejukkan.

Setelah sembilan jam perjalanan dari Paris akhirnya sampai di Weil am Rhein, Jerman. Cuaca telah gelab. Bandar Weil am Rhein juga kelihatan sunyi. Mak dan rakan bermalam di hotel Maximilian yang jaraknya hanya 300 meter dari sempadan Switzerland dan menghadap sungai Rhine yang memisahkannya dengan Huningue, Perancis.

Weil am Rhein ini seolah-olah titik pertemuan tiga bandar iaitu Huningue, Perancis dan Basel, Switzerland. Dan kita boleh berjalan kaki masuk di ketiga-tiga negara ini tanpa sekatan.

Suasana perjalanan menuju ke sempadan Perancis dan Jerman.

Pintu sempadan Switzerland dan Jerman di tengah 
bandar Weil am Rhein dan Basel.

Jambatan yang merentangi sungai Rhine yang 
menghubungkan Perancis dan Jerman. Bangunan yang kelihatan 
di seberang sungai itu ialah hotel Maximilian, Jerman,

10 comments:

  1. WAH CANTIK TEMPATNYA DUA NEGARA DIPISAHKAN SUNGAI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak PI, dan kita bebas keluar masuk di kedua-dua negara dan bersiar-siar di atas jambatan itu tanpa sekatan.

      Delete
  2. Menarik..boleh bebas jalan kaki, keluar masuk dua negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... tidur di Jerman, breakfast di Perancis dan lunch di Switzerland, lebih kurang begitulah menunjukkan betapa dekat dan senangnya keluar masuk ke bandar tiga negara ini. Cuma jalan kaki saja.

      Delete
  3. bestnya pergi 3 negara sekaligus tu..

    ReplyDelete
  4. satu hari leh pi 3 negara ... jalan kaki plak tue ;)
    memang sweet nyer ;)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Ya haslynda... jika kita berjalan di atas jambatan itu... kita akan nampak pula terminal feri dan kapal2 kargo di Switzerland.

      Delete