Monday, June 10, 2019

Rose Layu dan Saksi Kebakaran Notre Dame...

(catatan siri jalan-jalan Europe 7)

Memorial berbentuk sekuntum rose sempena memperingati Puteri
Diana yang maut dalam kemalangan... di atas terowong Alma.

Penatnya... seharian 'berpusing keliling' di kota Paris. Bermula dari Champ de Mars, kemudian berjalan sepanjang deretan butik-butik mewah di Avenue des Champ Elysees... dan akhirnya sampai di Bateaux Mouches di pinggir sungai Seine.

Untuk sampai ke Bateaux Mouches mak dan rakan melintasi terowong alma dan di situ dibina memorial berbentuk rose berwarna kuning sebagai memperingati Puteri Diana yang maut dalam kemalangan di situ.

Setelah membeli tiket mak bersama rakan-rakan belayar menyusuri sungai Seine. Hembusan angin dingin membelai wajah. Sepanjang pejalananan dengan cruise mak menyaksikan keindahan senibina bangunan lama kota Paris yang terpelihara rapi di kiri dan kanan sungai.

Sebelum kembali semula ke hotel mak jalan-jalan di Petit Pont. Melihat-lihat lukisan yang di jual di kakilima jalan dan membeli makanan di satu restoran Turki dan sedikit souviner sebagai kenang-kenangan. 

Ketika dalam perjalanan untuk keluar dari bandar Paris, jalan raya sesak dan bunyi siren polis kedengaran merata-rata. Beberapa jalan masuk kebanyakkannya di tutup. Rupa-rupanya Notre Dame Cathedral yang berusia ratusan tahun terbakar. Dan mak menyaksikan asap berkepul-kepul serta api menjulang tinggi.

 Menurut cerita penduduk Perancis arca berwarna emas yang 
di letakkan atas dua tiang batu yang kelihatan seperti di kiri dan 
kanan Eiffel Tower itu diperbuat daripada seratus peratus emas.

Orang Perancis suka lepak-lepak di cafe. Sepanjang berada di sini, 
mak perhatikan cafe-cafe sentiasa penuh dengan pengunjung.

Lukisan-lukisan yang di hasilkan pelukis jalanan 
menggunakan colour pencil di pinggir sungai Seine.

Deretan kedai souviner dan restoran di Rue du Petit Pont. Dan
jika di perhatikan rumah-rumah kedai di Paris kekal dengan konsep 
balkoni yang dipagari dengan besi berkerawang. 

Ketika cruise melintasi menara Eiffel.

Sempat bergambar kenangan di hadapan Notre Dame 
sebelum ianya musnah dalam kebakaran.

(nota: mak antara yang menyaksikan kebakaran Notre Dame
ketika di Paris malah ketika berfoto dan mengabadikan kenangan
di hadapan bangunan tersebut mak sudah tercium bau asap.)

10 comments:

  1. ALHAMDULILLAH DPT MNGABADIKAN PIC KENANGAN NOTRE DAME

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak PI... pasni bangunan tu tentu di baikpulih tp dah tak ori la kan..

      Delete
  2. Kenangan ni..lihat bgn femes terbakar..rumah kedai dgn balkoni berkerawang bertambah cantik kalau ada pokok bunga menjalar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Nohas, saya antara org yg menyaksikan kebakaran itu secara live...

      balkoni tu kecik je, nak duduk pun tak boleh tp dah jadi konsep turun temurun pembangunan kota Paris. mmg cantik.

      Delete
  3. setakat ini belum rasa lagi berada di luar nagara yang begitu jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah! lepas juga satu hari nanti Tuan Napi... Saya pun inilah pertama kali ke Paris.

      Delete
  4. Semua kenangan indah untuk dikenang Dan diingati 🌹🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama kali saya sampai ke Paris, tak sangka pulak menyaksikan kebakaran notre dame bangunan gereja tertua di dunia ni.

      Delete
  5. terkejut jugak dengar berita notre dame tu terbakar sebab memang ia tarikan di paris tu kan. tak sangka pulak akak disitu waktu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mama aryan... inilah pertama kali saya jejak kaki di bumi France... dan antara ribuan yg menyaksikan kebakaran notre dame secara live.

      Delete