(catatan siri jalan-jalan Europe 6)
Kesesakkan lalulintas dalam perjalanan menuju ke Champ de Mars.
Kesibukan di kota Paris macam di KL juga. Kesesakkan lalulintas di mana-mana. Dan kita boleh lihat sikap tidak sabarnya sesetengah pemandu kenderaan. Mereka selamba saja membuat pusingan U dan memandu menentang arus.
Waktu mak ajak abang ke sini tiga tahun dulu dia tak mahu. Katanya tak seronok... lagipun tak ada apa. Hari ini mak saksikan sendiri bandar Paris yang mendapat jolokan Kota Cinta ini.
Ketika sampai di Champ de Mars, Avenue Anatole, sekumpulan penjual souviner warga Afrika menyerbu dan menawarkan jualan mereka. Ke mana saja kita bergerak mereka sentiasa mengekori. Sampai naik rimas dan hilang sabar di buatnya.
Untuk menghindarkan mereka dari sentiasa mengekori akhirnya beli juga tujuh keping fridge magnet dengan harga sepuluh euro. Selepas itu barulah rasa selesa berposing depan Eiffel Tower yang menjadi mercu tanda kota Paris ini.
Selain dari penjual souviner gadis-gadis berketurunan gipsi juga ramai berkeliaran. Mereka akan berpura-pura bertanyakan sesuatu pada pengunjung tetapi sebenarnya mereka ini adalah penyeluk saku.
Effiel Tower ikon budaya global Perancis
dan paling dikenali di dunia.
Dari Champ de Mars mak ke Avenue des Champs Elysees... Di sinilah nadi kota Paris kerana sepanjang avenue ini banyak butik-butik barangan jenama mewah antaranya LV, Boss, Tag Heuer dan banyak lagi. Dan di pintu butik LV orang ramai beratur panjang menunggu giliran untuk masuk.
Malah di sini juga terletaknya cafe Nespresso yang menghidangkan kopi termahal di dunia... juga bulatan Place Charles de Gaulle di mana tegaknya tugu Arc de Triomphe. Kawasan ini sentiasa menjadi tumpuan ramai dan sering menjadi medan perhimpunan penunjuk perasaan.
Avenue des Champs Elysees sentiasa menjadi tumpuan pelancung.
Cafe Nespresso, yang menghidangkan kopi termahal di dunia.
Sekadar bergambar di hadapan butik LV...
(nota mak: teringin juga nak 'menjinjit' LV tapi bila mengenangkan mak dalam kembara bajet...)
byk scammer jg..ok kot 7 biji 10 euro..cantik2 ke..
ReplyDeleteSaya tak tengok... lepas bayar terus ambik dan masukkan dlm handbag. lagipun dah ada satu kat rumah pemberian kawan2 yg dah sampai ke Paris ini dulu.... saya cadang nak bagi pada kawan-kawan blog... Sapa yang lebih dulu bagi alamat kat email saya pasni, saya poskan.
DeleteParis... Kota❤️❤️
ReplyDeleteKota Cinta yang sesak dengan pengunjung..
Deletememang nampak kesesakannya tu, tapi kenapa ya paris dinamakan kota cinta hahaha
ReplyDeleteEntahlah mama aryan... mungkin org Perancis suka bercinta kot ... haha
Delete