(catatan siri jalan-jalan Europe 11)
Tidak dapat di ungkapkan dengan kata-kata... mak kini berada di Banjaran Alps... berdiri di antara kemuncaknya yang tertinggi...10,623 kaki dari paras laut iaitu gunung Titlis. Salah satu destinasi paling indah di Switzerland.
Untuk sampai ke kemuncak Titlis, pelancung akan di bawa menaiki cable car dengan lapan tempat duduk dari Stesen Lembah di Engelberg untuk ke stesen Stand. Dari situ, pelancung di bawa pula menaiki cable car berpusing/gondola yang boleh memuatkan hampir 40 orang ke Stesen KTT, di puncak Titlis.
Sebaik saja cable car bergerak meninggalkan stesen... kelihatan kawasan penempatan penduduk di Lembah Engelberg yang sangat cantik... tasik serta sungai yang terbentuk dari glacier yang mencair dan pokok-pokok pine yang tumbuh di kiri kanan laluan cable car.
Sepanjang perjalanan mendaki ke puncak mak menikmati pemandangan panorama Alpen Swiss di sepanjang jalan. Jari tangan pula tidak berhenti-henti memetik kamera dari pelbagai sudut.
Lembah Engelberg yang cantik dan tasik yang terbentuk dari glacier .
Kereta kabel yang boleh memuatkan lapan orang.
Ketika melewati kawasan ini kita seolah-olah berada
di atas hamparan salji dan kelihatan pokok-pokok pine di kiri dan
kanan laluan cable car.
Pendakian ketika menghampiri stesen pertama/stand.
Cable car berpusing/gondola yang membawa pelancung
ke puncak Titlis dari stesen Stand.
Trek khas untuk pelancung yang ingin merasai
pengalaman meluncur di atas salji
Cliff Walk... jambatan gantung yang menjangkaui jurang
pada ketinggian 1,640 kaki (500 meter) dari tanah.
(notak mak: Mak dan rakan-rakan turut merasai menggelongsor di atas salji di laluan/trek yang di sediakan. Malah sebelumnya kami juga diingatkan tentang risiko kecederaan dan kos yang tinggi untuk membawa peluncur yang cedera dengan helikopter turun dari puncak Titlis.)
Subhanallah sweetie cantik2 nya gambar
ReplyDeletePemandangan di Switzerland mmg cantik2 acik. Tak kiralah di mana sekalipun. Suasananya bersih dan segar. Kemana pun kita halakan lensa kamera, hasilnya ttp cantik.
DeleteBestnye sis..doakan saya ada rezeki ke sana juga
ReplyDeleteInsyaAllah! pergilah melancong ke sana... scenery di Switzerland mmg cantik.
DeleteMasyaAllah. Indah ya ciptaan Allah... Luasnyer bumi ini.. Semoga cikbunga juga dapat sampai ke sana... InsyaAllah🌹🌹
ReplyDeleteInsyaAllah! cik bunga... pergilah melancong ke sana... cantik tempat2nya.
Deleteseronoknya..cantik sungguh view lembah Engelberg...ada ke org naik jambatan gantung tu, gayatnya..
ReplyDeleteAda org naik jambatan tu... saya pun naik... dan bergambar atas tu... ok tak rasa gayat pun. Jln sampai ke hujung tu dan di situlah view yg paling menakjubkan... Tp gambarnya tak dpt saya postkan kat sini kerana madih dlm kamera kawan.
Deleteoh ya ke..kalau mcm tu mmg berbaloi naik cliff walk ni..
DeleteBagi pelancong yg sukakan scenery rugi tau kalau tak naik kerana cliff walk ni antara tarikan pengunjung naik ke mt. titlis.
DeleteWOW SALJI MERATA INDAHNYA PERGUNUNGAN ALP
ReplyDeleteYa kak PI, di pergunungan ALP ni salji sepanjang tahun.
Delete